Mawar Terpinggir - Francessca Peters
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu di dalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar menghilang
Siapa sebenarnya aku padamu
Aku sendiri terkeliru
Kau mengharapkan aku sentiasa mengerti
Terima saja apa yang terjadi
C/o: Diri mawar yang terpinggir
Terkadang dipuja (Ter)kadang tersingkir
Hati disebalik tenangku
Bagai kaca musnah
Terhempas ke batu
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu di dalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar hilang
Ini lagu sedih. Sayu. Gambaran hatiku tika dan saat ini. Sedih bukan kerana cinta kekasih tetapi sayu diri dianaktirikan.
Aku sayangkan dia kerana dia yang melahirkan aku. Walaupun tidak dapatku zahir dan kuucap, tapi hanya Tuhan tahu betapa aku menghargai dia. Kuharapkan dia juga berperasaan yang sama, menyayangi aku kerana aku darah dagingnya. Kalaupun tidak membelai, cukup sekadar bertelefon bertanya khabar. Memadai sekadar berbual kosong, bertukar cerita, bertanyakan perkembangan diri paling tidakpun mengambil tahu kisah peribadiku.
Namun, hubungan kami tidak begitu. Perasaanku sering terbiar sepi. Dia dengan caranya, dan aku membawa haluan sendiri. Boleh kubilang patah perkataan antara ku dan dia. Boleh kukira berapa kali dia menyebut namaku dan aku memanggilnya. Perhubungan ini tidak aneh tetapi pembawaan diri saja yang janggal.
Tidakku ingin membuka kisah luka kerana lirik lagu ini cukup mencerita kan segala. Mimpi aku dan dia tak pernah bersatu. Walau sealiran darah tapi pertalian tidak sampai ke dasar hati. Entah mana silapnya, aku selalu meneguk derita.
Tak usah nak diharapkan kata2 indah dan pujian darinya. Usah bermimpi memeluk dan mencium pipinya. Usah berangan berbaring di ribanya. Semuanya wujud dalam mimpi tetapi tidak pernah mampu dizahirkan.
Entah sampai bila perhubungan ini harus begini. Sampai salah seorang menghembus nafas akhir kemudian merintih dan meratap sesal. Selalu aku ingin mengalah tetapi sebanyak itu juga hati ini menegah. Kerana luka terlalu dalam, kerana hati kerap terhiris. Tuhanku kenapa hidupku tak serupa orang lain? Kenapa takdir tidak selalu manis. Aku tidak mahu menyesal malah aku berterima kasih dilahirkan dia. Di jariku ada dia, bibirku mirip dia, malah ikal rambutku diwarisi daripada dia. Tapi kenapa dia tidak menerima hakikat yang aku ini juga anaknya....Oh Tuhan, bantulah hambaMU ini, tunjukkan jalan buatku. Kasihankan lah aku...
9 comments:
mungkin masing2 tgu pihak satu lagi yg mulakan langkah....
Salam..kisah kita sama cuma jalan ceritanya mungkin berbeza..kamu ada 'dia'..tahu diri kamu tumbuh dari mana sedang aku msh mencari akar ku di mana.. . Dari kecil aku mencipta kata2 ini 'JIKA KITA TIDAK DILAHIRKAN UTK MENERIMA APA2,KITA MSH BOLEH MEMBERI UTK MERASA BAHAGIA'.kuatkan hati ye!
Intan - aku dah mulakan pun...tetap sama...tak pe la...dia banyak anak lain...
Bintang - thanks...kamu penguat semangatku..
ben...bersabarlah...satu hari nanti, hari yg kamu tunggu-tunggu itu akah datang jua. Sabar ya.
Apa yg aku rasakan, kasih dan sayang dia ada utk kamu. Langkah yg sudah kamu aturkan itu masih perlu diatur lagi...tanpa perlu rasa jemu.
Usaha ben, selagi peluang masih terbuka!
Mungkin ini ujian untukmu Ben, saya tau perasaan itu kerana saya tidak lagi boleh memeluk atau mencium insan itu. Kalau boleh diputarkan masa, saya tidak akan berdegil atau melawan kata-katanya, tapi itu takdir saya. ketepikan sebentar perasaan 'enggan' dalam dirimu. Jika sudah diluah dan dia masih begitu anggap saja ia sebagai angin lalu.
Pastinya selain dia, ada insan lain yang sangat menyayangimu...
Love is a 'verb'...all u have to do is love n love n love...don't stop loving..
Cik Liz, kalau nak diceritakan, tak akan ada yang percaya. Tapi, tak pe la, saya reda dengan apa yang berlaku...
thanks kawan2 semua..
Betul..hanya yg melaluinya je tahu bagaimana 'sakitnya'...terlalu sakit..
Suatu hari di dalam kereta, seorang kawan bercerita mengenai latar belakang hidupnya. Lebih kurang kisah Ben. Rupa-rupanya `kehilangan' seseorang anak di hadapan mata, boleh membuatkan dia lupa akan anak itu. Ya, mungkin kerana dia mempunyai ramai lagi yang lain. Ternyata Ben tidak seorang bernasib begitu. Sabar dan berdoa.
Post a Comment