Tuesday, August 18, 2009

Bersederhana dalam kelebihan

Letihnya memandu dalam cuaca panas terik hanya Tuhan yang tahu. Cuaca memang tidak pernah kasihan dan manusia macam aku pula tidak pernah mahu bersyukur. Sepatutnya, aku berterima kasih kerana garang sinar matahari membawa pergi musibah jerebu. Belajar2 lah bersyukurkan...kerana ketika ini ada yang bertunggu-tangga di hospital aku masih sihat.

Dalam kerlingan sepicing, kugagahkan diri memandu. Penghawa dingin kereta walau paling maksimum pun masih juga merenikkan peluh. Ahhh..kulitku ini memang sensitif, pantang meleleh peluh akan jadi ruam2 halus. Haruslah pulang ke rumah nanti kutuang bedak hampir setengah botol ke kulit yang mula dihinggapi bintil2 ruam.

Kali ini destinasiku ke rumah penyampai berita sambilan sebuah stesyen televisyen swasta. Oleh kerana kediamannya terletak di ceruk perumahan (perlu juga melalui kawasan kampung), dia memintaku menunggu di stesyen minyak Mobil saja. Selepas sepuluh minit menunggu, dia muncul bersama PR stesyen televisyen itu. Berkali2 memohon maaf kerana terlewat, ada accident katanya. Aku pun tak kisah sangat kerana belum pun lama menunggu.

Selepas dua simpang dan menyusur jalan tar kecil, sampai lah kami ke kediamannya, banglo setengah tingkat di tanah lot. Cantik juga rumahnya dipandang dari luar apatah lagi landskapnya dihiasi pergola diselubungi pokok anggur menjalar.

Sebaik melangkah masuk, segala bahang panas bagai dibawa angin lalu. Tubuh yang bermandi peluh perlahan kembali menyejuk. Tenangnya rumah dia maklumlah mendapat sentuhan ibu yang memang berminat dengan decor.

Bagai mengerti persoalan bermain di kepala, dia memberitahu, "ayah dah tak de, meninggal setahun lalu." Aku cuma mengangguk. Patutlah rumah ini meskipun cantik bagai hilang rohnya. Si personaliti ini memang cantik manis, seimbas pandang mirip Watie Elite, putih melepak, bersih kulitnya namun manja dengan ibu. Itu yang membuatkan aku terkesima. Ibunya oh memang...baik sangat...bertuahnya dia. Cerita punya cerita rupa2nya si ibu taukeh pam minyak. "Petrol stesyen tempat awak tunggu tu kepunyaan ibu sayalah,"katanya. Kalau dia tidak berceritapun, sudah dapat ku agak, keluarganya bukan sembarangan. Dari lenggok pertuturan, cara berpakaian dapat kutelah upbringingnya memang bagus. Lagi membuatku kagum, ibunya begitu merendah diri.

Jarang dapat bertemu orang yang sebegini. Masih bersederhana dalam kelebihan. Ada, ya... memang wujud tetapi tidak sepanjang masa kita berpeluang menemuinya.

Aku- Terharu dengan persahabatan dua teman dalam Wadi Unung. Seorang garang dan suka bercakap lepas, seorang lembut ayu dan penurut. Namun, kerana keadaan dan masa, yang asyik merengus berjaya mengemudi hidupnya dengan baik. Yang lembut dan bertimbang rasa hanyut dek panahan asmara. Memang dunia ini pelikkan?

7 comments:

INTAN said...

wadi unung tu citer indon ke?..aku x pnh tgok tp laki aku blagak betoi sbb nama dia wadi..hehe

ennieva fauzi said...

tak le...cerita Melayu le, pelakon utama dia Eja, Intan Azura dan Faizal Yusof. Isnin - Khamis setiap 6 petang. Aku tak sempat tengok yang tu...cuma buleh tengok ulangan dia...Isnin - 1 petang dan 6 petang. Trylah..cerita dia best Tan...

Bintang D'hati said...

Dah tgk filem 'biarkan bintang menari?'

ennieva fauzi said...

belum, siapa pelakonnya? Saya pernah tengok filem Indonesia Bintang Jatuh, pelakon Dian Sastrowarodyo...not bad wak..

Bintang D'hati said...

Bintang jatuh dah tgk :) , biarkan bintang menari filem muzikal,heroin dia ladya cheryl,salah sorang pelakon dlm ada apa dgn cinta yg memegang watak alya.filem ni xpopular tp d suka tgk,suka sgt

ennieva fauzi said...

ye ke? kena cari nih..u suka gak movie indon ek...:)

Bintang D'hati said...

Lebih akrab dgn karya2 indonesia..dari muzik,sejarah hinggalah novel dan filem :) dari kecil lg terbiasa dgn karya2 indonesia