Seperti tahun lalu, Ramadan kali ini pun terasa berlalu cepat. Belum sempat menarik nafas lega menyiapkan tugasan, harus berhempas pulas mencari stok bahan pulak. Kalau tidak, tak akan senang bercuti.
Apa yang aku buat Ramadan kali ini? Bertarawikh? Belum sempat sekalipun. Selalu terasa rindu tapi keadaan dan waktu tidak mengizinkan. Menghuni di kawasan perumahan yang majoriti kejiranannya bukan islam begini lah jadinya (wah, baek punya alasan). Kegembiraan menyambut Ramadan bagai angin lalu. Semangat dan roh islamiknya belum cukup kuat. Apa tidaknya, laungan azan pun kadang kala dengar, kadangkala lesap disapu angin.
Saat ini aku rindukan kediaman lama, tempat lama yang sangat berhampiran surau. Setiap malam selepas berbuka, aku dan housemate cepat2 menyarung telekung berkejar ke surau. Suraunya kecil, kadang2 jemaah melimpah hingga ke kaki tangga. Ada yang terpaksa bersembahyang di tanah beralas tikar. Namun, itu yang indahnya. Itu yang seronok dan kejap di ingatan. Paling sayu, seusai solat, bersalam, berlaga pipi dan berpelukan. Terasa ukhuwah itu semakin kuat. Semangat cintakan Islam mengalir seiringan menerima pelukan. Tanpa nama, tanpa asal-usul, apatah lagi darjat dan pangkat. Semuanya sama dan sejagan.
Entahlah bila kan merasa saat itu lagi...rindu ya amat rindu tapi peluang belum ada....kadang2 betul juga mutiara kata "Bekerjalah kamu bagai kamu hidup seribu tahun lagi, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari". Tapi dalam kes aku ni...tersepit di tengah2...cam ner?
4 comments:
Salam,peluang perlu dicari...apa2pun..keje juga 1 ibadah kan? :)
tak pelah nak buat macam mana..tak keja tak ada rezeki plak kang. bila2 berkesempatan nanti buatlah.aku pula alasannya kekangan dengan anak puler??? saja mencari alasan kah itu?? takkan nak membawa anak ke masjid..haruslah menangis melolong dia bila aku solat
taun lepas dpt gak terawih...taun ni...mcm x dapek kot....huhu..sodih
itu le...kadang2 dah rasa duniawi lebih dari akhirat plak..
Post a Comment