Friday, July 31, 2009

Sayang

Sekarang ni pun tetap anggun

Tengok le gayanya yang ceria tu, budak2 mana yang tak berkenan



Semalam aku sanggup mengorbankan waktu tidurku semata-mata menonton filem cint remaja popular 80 an, SAYANG. Selepas 2 pagi jugalah baru melelapkan mata. Hakikatnya, filem ini bukan menarik sangat pun malah kekurangan dari segala segi termasuk penghayatan watak, dialog, plot, cinematografi dan macam-macam lagi.


Namun, yang pasti filem ini menggamit nostalgia. Filem ini amat dekat dan mesra dengan jiwa kanak-kanakku ketika itu. Apatah lagi, waktu itu bergelar peminat nombor satu Raja Ema sehinggakan apa yang dilakukan, dipakai bahkan cara bertutur dan gerak laku pelakon bersuara manja itu menjadi ikutan peminat ciliknya yang berusia 9 tahun ini. Dialah idola aku ketika itu. Kadangkala rasa bersalah sangat sebab aku lebih mengagumi dia daripada pemimpin berjiwa besar era itu, Tun Mahathir.


Betapa besarnya pengaruh Raja Ema padaku sampaikan segala pakaian yang disarungkan di badannya, aku ingin miliki juga. Jenuhlah arwah datukku dan mak cik2 mencarikannya. Sudah dapat baju inginkan sepit dan getah mengikat rambut macam Raja Ema pulak. Lebih kronik lagi, aku sanggup berkurung sehari suntuk dalam bilik menyembunyikan diri dari ayah yang mengajak gunting rambut. "Nak simpan rambut panjang, baru lawa macam Raja Ema...". Sampai ayahku pun, tak boleh buat apa dah.

Itulah secebis kisah zaman kanak-kanak. Jiwa luhur kanak-kanak tak tahu membenci tapi sudah pandai meluahkan perasaan suka dan sayang. Meskipun, usia setahun jagung, sudah pandai menetapkan apa yang diinginkan dalam hidup. Siapa yang patut diteladani dan siapa patut dijauhi.

Semalam, membangkitkan nostalgia lama. Tersenyum sorang-sorang dan dalam hati asyik berbisik..."kalaulah bisa kembali ke zaman kanak-kanak...oh, sanggup kutukarkan dengan apa saja di dunia ini...."Anganan yang tidak mungkin menjadi nyata walau kucing bertanduk dua.




Tuesday, July 28, 2009

Berkawan

Berkawan luas pengertiannya. Maksudku berhubungan rapat dengan kawan lawan jenis. Tujuan berkawan ada untuk mengisi sepi, saling melengkapi, tuntutan keperluan, pendek kata definisi berkawan antara adam dan hawa punya banyak tersurat dan tersirat.

Harapnya persahabatan yang baru terjalin ini tidak putus di tengah jalan sebagaimana yang lain2. Harapnya persahabatan yang baru bertunas ini tidak lagi menemui jalan buntu, dihalang dan terhalang seperti sebelumnya. Kadang2 kita rasa dia cukup menyenangkan tetapi dunia ini bukan antara kita dan dia tetapi melibatkan keluarga, kerjaya dan segalanya.

Setakat ini tidak mahu menaruh harapan mendalam. Setakat ini, takut untuk berkisah lanjut. Biar masa dan takdir menentukan. Moga kali ini tak kecewa lagi. Amin....

Wednesday, July 22, 2009

Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai ; 15 hingga 16 Julai 2009

Seronok sesekali assignment di tempat kaya khazanah alam, hendak2nya dapat yang sekepala, gelak ketawa tak ingat dunia la jawabnya. Masing-masing ada kerenah dan gelagat, itu yang buat tambah meriah.

Cukup seronok. Hilang sekejap tekanan di pejabat. Hahahaha...kalau le selalu dapat jemputan cenggini...alangkah bahagianya hidup.
Acara bergambar ramai2...wajib ni...natural light ajer, tu sebab gelap semacam...Sian Pak Said tak nampak struktur muka hahaha...Baya (baju biru) ambik posisi senget, sebab nak nampak runcing dan kurus. Si Amira (baju putih, depan) muka putih semacam, terlebih bedak. Dia sendiri mengaku pakai bedak dalam gelap. Surianie (foto NST) bergaya ala2 macho ayu, kiranya macam Kamal Adli (Bio-Nik) bergabung ngan Zul Yahya dalam Pepaya la...Si Tan, sebelah aku sampai nak balik tak abes2 berlawak, walaupun dia bukan lawak sangat tapi muka dia je dah mengundang gelak hahahaha...Kak Kazmiah tak de, pegi toilet tak balik2, maklum makan banyak sangat :)




Pak Said menunjukkan algae, sejenis
lumut yang muncul akibat tindak balas sulfur. Berwarna hijau dan lembik, algae ni kalau diamalkan disapu ke muka membantu awet muda. Kak Kazmiah tak sabar nak mencuba, nak muda sepuluh tahun katanya. Aku pura-pura tekun bertanya, dalam hati teruja nak cuba. Siap nak tapau bawak balik lagi. Buleh, buleh kata Pak Said..tapi dalam hati...alamak bocor lak rahsia awet muda aku...aiseh...kulit Pak Said sungguhpun hitam si tampuk manggis tapi tegang macam Anita Sarawak. Tak payah botox youuu...






Dari kiri Kazmiah (NST) Baya (Felda), Kak Iza (head of Corp Comm Felda; berdiri), Guan (Nan Yang), Amira (Mingguan Malaysia). Pelakon tambahan Pak Said sibuk memujuk Renita (The Star) masuk kolam.


Merendam kaki di Family Spa. Bestnya sini, boleh massage sekali melalui buih yang keluar daripada beberapa saluran dipasang sekeliling kolam. Selepas sejam, tutup saluran berbuih tu, akan nampak lemak dan minyak terapung ayooo




































Tuesday, July 21, 2009

Apabila Tun Mahathir Bersuara

Hormat aku dengan Mantan Perdana Menteri,
Katanya pengorbanan Melayu mesti dihargai,
Itulah sepatutnya adat memberi,
Berterima kasih bukan mencaci,

Terharu aku mengenang bangsaku,
Menabur budi walau miskin membelenggu,
Menolak aku, engkau dan kamu,
Walau keturunan tak sealiran lagu,
Tetap menerima tanpa ragu,

Apa lagi yang ingin dituntut,
Belajarlah bersyukur jangan mengarut,
Tidakkah dikenang jasa dan parut,
Ditinggalkan penjajah yang bikin karut,

Anugerah kewarganegaraan harus disyukuri,
Pandang semula kenang kembali,
Sejarah lama tetap mengungguli,
Kami di sini banyak memberi,
Lelah kami tidak terperi,
Rela berkongsi kekayaan negeri,
Walau akhirnya papa dan rugi,
Di negara sendiri dianaktirikan,

Buat bangsaku, jangan membelot,
Bersatu kita membersih kemelut,
Berhentilah menjadi dalang dan karut,
Agar kemudian tidak terjerut,
Dengan anasir yang membutakan perut,

Ayuh, Melayu bangsa terbilang,
Lagu anak wawasan jangan hilang,
Jangan lupa sejarah gemilang,
Biar kita berhati walang,
Usah gentar cabaran menjelang.

Yang penting jati dirimu,
Yang teratas kesedaranmu,
Yang dijunjung kesetiaanmu,
Jangan sampai hilang negerimu....

Coretan setelah membaca Berita Harian, Selasa, 21 Julai muka 3; 'Pengorbanan Melayu Mesti Dihargai'

Monday, July 20, 2009

Tuah Orang

Cuaca berjerebu. Tekak bagai menelan asap. Mata pedih berair. Kerana assignmentn, kugagah kan jua memandu ke Bukit Jelutong. Kediaman seorang personaliti tv yang kini bergelar usahawan busana muslim

Bertemu empat pasang mata, orangnya kurus amat. Seimbas pandang macam pelajar tingkatan lima. Apabila diteliti wajahnya dari dekat, baru nampak setara usianya. Apatah lagi, kedatanganku disambut anak lelakinya berusia 2 tahun. Comel dan keletah budaknya. Belum kenal rapat, sudah menjerit 'Ultraman Gaia, Ultraman Gaia' sambil mengujukkan mainan adiwira Jepun itu.

Ketika sampai dia sibuk memujuk anak perempuannya yang sedang menangis. Masih bayi berumur setahun. Sebaik bersalam, kulihat wajahnya yang bersih tanpa make up. Mmmm..biasa2 saja. Tapi bertuah badan dapat tinggal di rumah besar dan mempunyai tiga kereta buatan luar negara. Hiasan dalaman rumahnya pun cukup gah, nampak sangat majoriti perhiasannya dibeli dari luar negeri. Belum lagi ditinjau landskap air terjun di hadapan rumah. Amboi, cantiknya air yang meleleh menuruni batu buatan. Peminat setia rama2 dan itik, haiwan itu memenuhi segenap penjuru rumah. Bahkan, jerijinya pun bermotifkan rama-rama.

Lima belas minit bersembang kosong baru muncul suami. Muda dan segak, maklum pilot muda. Bersembang lagi dia mula berkesah. Kenal sebulan, bertunang dua bulan dan sebelum kahwin, bakal suami sudah menyediakan rumah. Sekarang, memikirkan keselesaan anak, bakal berpindah ke banglo besar. Rumah di Bukit Jelutong akan dijadikan rumah hujung minggu.

Suaminya begitu loving. Di mana2 ceruk ada saja tanda kasih buat si isteri. Daripada kertas bertulis tanga... i'm so in love with my wife. Love you deeply...sampai le ke kad mother's day, for beloved wife, birthday wishes dan lain2 lagi.

Bagi aku, personaliti seorang ni sangat bertuah. Bukan saja dianugerahkan suami berjawatan besar bahkan lautan kasih sayangnya yang tak bertepi untuk si isteri.

Sambil memandu kereta, aku tersenyum-senyum. Hai...nasib orang. Bahagianya hidup di dunia. Dikurniakan suami, anak comel dan kesenangan hidup. Namun, aku tidak cemburu sebaliknya tumpang berbahagia dengan keberuntungannya. Nasib aku...entah le...harap2 yang baik2 aje...

Friday, July 10, 2009

Micheal dan Natrah (M&N)

Natrah dan ibu angkatnya, Aminah


King Of Pop


Seronoknya membaca blog kengkawan, semua ada kisah tersendiri. Hari2 bertukar tajuk dan cerita hinggakan aku yang tak ada apa nak dikisahkan ini turut terheret sama mengemas kini entry. Namun, ada juga yang menyepi dan terus meminggirkan diri. Ala Tan aka Cik Belacan (nama dolu2 masa di kampus), jangan le 'membisu' terus. Rindu nak baca blog ko tau...

Dalam seminggu dua ni, sebenarnya tak ada kisah lain melainkan umum hangat memperkatakan tentang MJ (Micheal Jackson), King Of Pop. Di televisyen pun asyik memainkan klip videonya, dari zaman kemasyhuran Beat it, Thriller dan Billie Jean hingga fasa dia mula berkias kisah dirinya dalam Leave Me Alone, You Are Not Alone dan Earth Song. Menonton klip video MJ tidak rugi kerana penghayatannya mendalam. Dia beraksi dan menyanyi dengan jiwa. Klip videonya umpama filem pendek. Kalau tidak, takkan saya teruja menonton Earth Song. Senyum sendiri mentafsirkan Leave Me Alone dan kagum dengan gerak tari dan kenakalan ekspresi wajahnya dalam Remember The Time.

Selepas dua minggu meninggal dunia pun, macam2 kontroversi timbul. Tidak sudah2...sejak belum baligh menyanyi untuk Jackson 5 hingga menutup mata. Terbaru, yang saya dengar, sebelum ajalnya, dia sempat merakamkan lagu berunsur ketuhanan. Bait2 liriknya mengkisahkan kecintaan kepada Allah, agama yang baru dianutinya. Kononnya, ada konspirasi menyatakan dia dibunuh oleh Yahudi yang merasa terancam. Micheal pernah memberi jolokan 'lintah' kepada Yahudi. Wallahuallam...saya tak berhak menghakimi sebab siapalah kita untuk menjatuhkan hukum terhadap manusia. Apatah lagi dia yang hanya kita kenali melalui majalah dan tv. Tapi, andai benar...saya bersyukur dan gembira kerana ada seorang lagi umat Muhammad di muka bumi ini.

Tinggalkan dulu MJ. Biarlah dia berkubur dengan aman dan membawa kisah misteri bersamanya. Saya baru mendapat tugasan mengorek perihal Natrah Hertogh, wanita berdarah keturunan Belanda yang pernah menggemparkan Tanah Melayu pada 1950 dulu. Dia dikatakan mangsa konflik agama. Dibela ibu angkat Aminah Mohamad, berkahwin dengan Mansor Adabi pada usia 13 dan diambil semula bapa Adrianus Petrus Hertogh menggunakan perintah mahkamah. Selepas itu, status agama wanita dengan nama asal Bertha ini menjadi tanda tanya.

Dua kisah berbeza...keduanya dikaitkan dengan agama. Rahsia alam dan ketentuan takdir hanya Yang Maha Kuasa mampu menjawab. Kita sebagai hambaNYA yang kerdil elok menanggapnya sebagai ikhtibar dan teladan dalam memperkaya pengalaman hidup. Buat bekalan menuju dunia abadi...akhirat!

Tuesday, July 7, 2009

Aku penat....

Hari ini saya masih termanggu di depan pc. Berkira2 apa yang ingin ditulis. Saya betul2 hilang mood, penat dan resah gara2 gangguan tidak kebah. Malas nak bercerita tetapi ada amuk dalam hati. Geramnya, kenapa dalam banyak2 umat saya yang terpaksa menelan bara, meneguk derita. Apa salah saya? Di mana silap saya? Berilah saya peluang mengecap kesenangan hidup. Bebaskan lah saya dari menjadi mangsa. Saya letih berjaga sejam sekali. Saya penat terbangun pada kala jarum jam menunjuk ke angka empat. Saya memang lesu, sangat2 lelah tatkala hanya mampu menikmati sejam waktu lena.

Cemburunya dengan sesetengah orang yang hidup senang tetapi tidak mahu merasai walau sedikit kesengsaraan orang lain. Kalau pun tidak mahu menghayati, cuba buka hati agar sedikit memahami. Hinggakan saya menjaga, membantu orang yang banyak berjasa kepada saya. Yang menolong saya, yang mengesat air mata saya sewaktu kecil rengekkan kasih ibu, dikata , "mana pegi mak ayah dia?" Kalau tidak tahu asal usul cerita lebih baik diam, hidup dalam dunia alangkah baiknya jika tidak melukakan hati orang lain.

Maaf, saya begitu sensitif sejak akhir2 ini. Mungkin kerana saya terlalu letih kerana kurang tidur, tidak cukup rehat. Mungkin kerana saya hangin satu badan kerana hidup tidak habis2 diuji. Saya tak mintak banyak, berilah saya peluang untuk hidup macam orang lain. Saya manusia tidak lepas dari kesalahan namun jangan cuba tetapkan hukum sebelum dipersembahkan fakta dan bukti.

Apa boleh buat, saya hidup di kalangan manusia. Sedangkan hantu dan jin tak bagi saya hidup senang, apatah lagi manusia. Suka sangat melihat orang lain rusuh hatinya. Saya serahkan pada yang Maha Kuasa aje lah...

Saturday, July 4, 2009

Solehin oh Solehin

Setelah lima hari bercuti baru kembali bekerja semula. Mmmm...jenuh juga mencari mood untuk menulis. Jerih sehingga hanya mampu melahirkan bait2 kata yang keras dan tidak berseni. Benarlah kata, sasterawan negara, A Samad Said, "menulis adalah sengsara yang bahagia'. Derita mencernakan kata, bahagia sesudah melangsaikan karya.

Lima hari bercuti, sepatutnya digunakan untuk beristirahat tapi nampaknya tak boleh juga duduk berdiam. Segala macam urusan perlu dilakukan. Pendekata si Myvii tak boleh nak berehat. Dari agenda mengantar mak cik yang sakit berubat hingga ke Sabak Bernam sehinggalah menunaikan janji belanja sepupu menonton Transformer. Wah, gamat dan gempak menyaksikan autobot mengisytihar perang dengan Decepticon. Dalam hati berfikir juga, kalaulah berlaku di luar filem, alamat hancur musnah umat dunia. Pun dalam teruja sepupu lelakiku sempat buat taik mata.

"Apa lah In, dalam dok gegak gempita panggung tu macam nak kiamat, ko sempat berdengkur,"tegurku.
"Tak sedar bila tidur, sedar2 Optimus Prime dah hidup balik,"jawabnya sambil sengih kerang. Hahahaha orang cam ni pun ada ke? Belum lagi aku bawak dia nengok citer jiwang karat. Gamaknya baru introduction dah belayar ke Dubai. Solehin, Solehin...memang haru dia ni. Tapi memang ye, si E'in ni suka buat aku ketawa hingga bagai nak pecah perut. Kawan dia pernah tarik muka masam gara2 dia tersilap text sms. Sape tak marah kalau terima mesej "elo berok" Tapi, bila ditanya balik dengan muka selamba dia menjawab, "aku nak cepat...elo bro..jadi elo berok"..hahaha lari jauh tu.

Dan, gara-gara dia gak aku gelak guling2 apabila dia melakukan aksi cik Kiah menumbuk sambal. Dengan kain buruk dijadikan tudung, muncung sengaja dimuncungkan, jari melentik menggengam batu giling, membebel-bebel dia mengajar bagaimana menghasilkan sambal belacan yang cukup hot dan menerbitkan selera. Adus, kalu le mak we dia tengok, mau pitam 44 hari..hahaha...kelakau..kelakau.

Banyak sungguh kisah bercuti di kampung sebenarnya. Dari kisah mistik hingga yang mencuit hati. Yang mistik tu, kita tinggalkan dulu. Tak seronok diungkit, dihebah, boleh membuat marah tidak kebah. Apapun, kuharapkan segalanya kembali ceria seperti dulu. Dengan syarat, kena kuat, sihat selain semangat tak mudah goyah. Aku harap aku ada semua itu.