21 April baru berlalu...lepas sudah hari jadi, bertambah umur lagi setahun. Terima kasih kepada kawan2 yang wish sama ada melalui sms mahupun bertentang mata. Malah ada yang lebih excited berbanding diri aku yang macam bena tak bena je...bukan apa, belum ada pencapaian yang boleh dibanggakan...jadi, aku macam tak rasa hendak meraikan.
Menyentuh soal hidup seharian, bermacam-macam kisah dan perkara berlaku setiap hari. Setiap hari membawa pengalaman, memberi pengajaran. Semalam, aku belajar satu perkara. Tak semua perkara yang kita anggap menyeronokkan, yang kita anggap membahagiakan, akan turut dirasai oleh lain. Mungkin dalam kita seronok bercerita, kita tak tahu mungkin yang mendengar sedang derita. Hati orang tak boleh dilihat, rasa dan dipegang. Perasaan kecewa, duka, sengsara tersembunyi di sudut hati yang paling dalam. Yang tak mampu diselam dan dijengah. Mungkin luaran nampak tenang dan ceria, dalam hatinya siapa yang tahu...entahkan bergolak bagai ombak ganas musim tengkujuh, entahkan bagai tsunami yang menghancur luluh bumi...pendekata, tak siapa yang tau...
Ceritanya begini, ada seorang teman yang kulihat amat kental jiwanya, dia memang nampak tabah dan kuat. Mungkin kerana karektornya sebagai anak sulung. Aku meminta tolong dia download lagu through pc. Entah kenapa, pcku bermasalah, kami mencuba di tempatnya. Memang success dan aku terus meminta dia memasang lagu itu. Dalam sayu, dia berkata, "saya cuba menahan diri dari mendengar lagu, tengah berkabung, ibu baru meninggal." Terkedu aku sekejap. Dalam hati membayangkan kalau aku di tempatnya, mungkin tidak kuat kerana menjadi yatim piatu dalam usia muda. Sempat aku mengutuk diri, kenapalah aku tidak sensitif, tidak perasan. Hanya kerana aku gembira, aku menganggap orang lain juga sedang bahagia. Padahal, mungkin hatinya perit memendam duka. Itulah...kita manusia selalu alpa dan asyik memikirkan diri sendiri, sepatutnya kita pandang keliling. Baik masa berkongsi duka atau bahagia kerana sememangnya kita tidak berkongsi rasa.
Bercakap mengenai memendam rasa, aku memang terasa hati dengan seorang teman ini. Kurasakan dia hanya mencariku di kala susah, sedangkan waktu senang, usahkan bertanya khabar, menulis sebaris email pun dia enggan. Aku tahu dia tengah susah, aku tau dia tengah rawan tetapi kenapa ketika susah saja mencariku. Kala senang melupakan aku, alangkah malangnya aku.
Aku tak pernah berkira jika dia ingin meminjam wang kerana aku tau hidup ini ibarat roda. Mungkin ketika ini dia di bawah, siapa tahu esok lusa giliranku pula mendapat susah? Dalam persahabatan, jangan ada perkataan berkira dan perlukah kutambah, jangan ada perkataan melupakan juga. Yang buat aku marah ialah apabila kucuba menelefonnya dia tak pernah mahu mengangkat. Bukan sekali dua kumencuba, tapi banyak kali juga. Selang beberapa lama, baru sms sampai, tengah buat itu la, ini la...apa maknanya ini? Aku rasa dia cuba mengelak dan tak mahu bercakap. Tapi, bila susah, ada sesuatu yang dikehendaki, baru mencari aku...entahlah, mungkin aku yang gagal memahami dia agaknya. Atau, aku yang terover sensitif.
Seorang teman pula sedang diuji kesusahan. Memang aku maklum, hidupnya macam kembar dengan kesusahan dan kesulitan. Sejarah hidupnya dari kecil memang mengharukan. Kerana menempuh kesusahan demi kesusahan, dia sampai hilang kepercayaan kepada Maha Pencipta. Dia selalu bertanya, di mana Tuhan kala dia memerlukan? Dia selalu menganggap Tuhan tidak memberi keadilannya padanya. Sedikit demi sedikit dia meninggalkan segala perkara yang pernah menjadi amalannya. Dia mula meninggalkan solat, dari dua waktu menjadi tiga waktu hingga tidak melakukan terus. Katanya, dia sakit hati apabila bersolat, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan memaksa diri. Cuba bersolat walhal dalam hati mencaci-maki Tuhannya. Dia benar-benar memerlukan pertolongan sekarang ini kerana dia benar-benar putus asa. Apa nasihat yang mampu diberi? Apa kata-kata yang mampu menenang dan menyejukkan hatinya? Tidak ada!
Belas juga hati ini mendengar seorang teman yang berkeluh-kesah mengenai kerenah teman-teman sepejabat. Teman ku seorang ini jenis lembut hati dan tabah...sentiasa mengalah dengan teman-teman dan selalu cuba memahami orang lain. Tetapi kerana wujudnya perasaan iri, temanku ini menjadi terpinggir. Kerana dia terlalu lembut dan baik, ada pula yang mengambil kesempatan. Bagi aku, yang melakukannya tak pernah dewasa, kebudak2kan dan tak pernah faham definisi persahabatan. Ku tenangkan dia, kumenyuruh dia bersabar dan lakukan apa yang patut dibuat. Usah dilayan perkara remeh sebaliknya terus menuju ke hadapan dan lebih baik mencari jalan mengukuhkan kehidupan keluarganya.
Dunia ini macam-macam kan? Macam sebuah novel namun tidak ada yang mengarang. Sebaliknya, ia berlangsung secara semulajadi dan amat unik. Macam finger print, yang tak ada persamaannya bagi setiap manusia. Menjalani hidup amat senang namun mengelolakannya mungkin amat sulit. Aduh macam mana ye..
6 comments:
Ben inilah dinamakan kehidupan kan..ada susah ada senang..ada duka ada sukanya. yang penting hidup mesti diteruskan...
jangan lupa yer temujanji kita minggu depan...
ye la tie...penat gak kadang2 dengan kerenah orang tapi apa nak buatkan...perangai manusia, kita tak leh nak kontrolkan???
Ingat...pasti ingat...mmmm...bestnya...
HEppy birthday to you ben...
semoga murah rezeki...diberi barakah hidup
thanks Puan Aton :)
best le hampa...leh jumpa2....dengki aku
takpa Tan...nanti kami pakat2 gi Penang...jumpa hang. Jangan tak terlayan lak nanti ek...:)
Post a Comment