Thursday, April 9, 2009

Mengukur langit, menyukat laut, menyapa gunung, mengucup angin, memintal awan

Geramnya apabila ingin menulis namun usahkan sebaris bahkan sepatah ayatpun tak mahu keluar. Kenapa otakku buntu dan sebu? Kenapa ilham tak mahu menjelma? Inilah dilemma penulis, inilah gangguan pada penulis sejak zaman berzaman. Orang putih panggil writer blog, kita cuma katakan idea tak mahu keluaq...aduh...sedangkan kerja ada deadline ataun tamat tempohnya.

Kagum aku dengan penulis buku dan novel. Terutama yang saban tahun menerbitkan sampai dua tiga novel. Bagaimana mencari idea? Ketika bila dia mengarang dan mereka cerita? Bagaimana dia memperuntukkan ruang dan masa? Aduh....takjubnya. Ahhh...ajaibnya.

Dalam keluarga, aku seorang yang tersesat menceburi penulisan. Sedangkan kebanyakan ahli keluarga terbabit dengan perubatan. Dari mana lahir kemahiran menulis? Dari mana datang imaginasi? Entah..memang tak ada jawapan. Kadang2 sentuhan begitu menjadi, lumayan dan mengasyikkan. Tetapi selalu juga tergelincir lalu muncul bahasa2 jelek...

Aduh...datanglah ilham, muncul lah ayat-ayat yang sedap didengar telinga. Ketika ini, rasanya aku ingin terbang jauh merentas angkasa, melalui denai dan belukar. Andaikan aku boleh terbang, inginku kibarkan sayap, berlalu pergi menjengah bulan dan menyapa awan. Menatap kerdip bintang dan menitip pesan di angin lalu. Bahawa aku mahu pergi jauh dari kesesakan fikiran, aku mahu lari sebentar dari rutin hidup yang menyesakkan. Aku mahu ceria sehangat mentari dan bebas sebebas helang mengukur langit. Kalaulah aku boleh...kalau lah aku mampu...tidak aku menjadi aku!!!

7 comments:

hafizahiszahanid said...

Ben,
Sebab itu kau sangat istimewa. Di celah-celah doktor dalam family kau tu ada seorang reporter tak ke kagum tu? hebat siottttt...

rynas said...

wahh tak tercapai dek akalmu hehhehe

INTAN said...

ben...cepat way novel..aku nk beli...

Anonymous said...

gitu la ben, jd desgner pun kkdg menghadapi benda yg sama mcm ko ... kkdg nampk ntah apa2 jer reka letak...kerana hilangnya arah imaginasi...

selamat berjuang ben

muahhh

ennieva fauzi said...

kawan2ku..ini konflik bila idea takde dan aku mula merepek..

Fiza...menyesal gak tak belajar pandai2..tak buleh jadi Dr HOUSE hehehe

Tie...ni bila akal merepek ni..jiwakacau hahaha

Tan..takde bakat le buat novel..ada ke orang nak beli hehehe

Tun...perjuangan belum selesai hehehe

Anonymous said...

heheheheh pandai ko Ti, Tan, Tun...mcm citer apa erkkk...ben ben

ennieva fauzi said...

tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati..secara suratan dan kebetulan hahaha...aku pun tak terpikir mender nih...hehehe