Bahagiakah aku sekarang? Oh, bahagia sangat subjektif seperti kemunculannya yang tiba2 dan menghilang secara tiba2 juga. Senangkah bertemu bahagia? Sengsarakah mencari bahagia? Entah, soalan mudah namun jawapannya selalu sukar...
Bahagia tak semestinya dilimpahi harta bergudang, tetapi kadang2 hadir dalam acara dan suasana paling simple. Misalnya, sekiranya berkesempatan bertukar sapa dengan si dia pujaan hati. Itu sudah cukup membahagiakan. Nikmatnya seperti Hensel dan Gretel terserempak kotej coklat dan candy.
Bahagia apabila saling bersms dengan kekasih lama dan dia tiba-tiba rindu padamu lalu bertanya khabar? Sebaris sms 'I ingat kat u malam ni la...' sudah cukup membuatkan kamu tersenyum lebar. Mekar dan indah bagai bunga kembang pagi.
Mencari bahagia sukar sepertimana percubaan mentafsir maknanya. Pelik. Ada orang dihinggapi bahagia apabila dihidangkan sedulang makanan yang diidam selama ini. Ada pula memandangnya sebagai sesuatu yang memudaratkan (ini bagi yang berdiet).
Entah...tapi mencari bahagia bukan memerlukan tempoh setahun dua dan sepelaung perjalanan. Jika ingin menemuinya, adakalanya perlu berjalan hingga ke hujung dunia. Namun, ada juga yang bernasib baik tatkala bahagia menyembah diri. Duduk bersimpuh di hujung kaki.
Persoalannya, bahagiakah aku? Gembirakah aku? Ceriakah aku? Itu yang perlu aku usahakan...
No comments:
Post a Comment