Seharian di pejabat, petang ini aku terkejut besar. Terlopong. Kiranya lalat boleh singgah masuk mulut sebab disangkanya gua batu belah batu bertangkup. Padahal hati aku yang kuyup dan telungkup. Kecut seluruh perut dan badan. Serasa tak percaya, en Rashid dah tiada di tempatnya. Mulanya, aku sangka dia ke Pattaya (memang dia ditugaskan ke sana). Kemudiannya, aku cuak tengok mejanya bersih berkemas. Hai, rajin bebenor pulak en Rashid nih. Kalau tak selain aku dan Angah tukang sepah kat sini, dia kiranya pemenang hadiah gangsa la...Dengan kata lain, meja dia boleh sembunyikan satu safari lah..nenek gajah, kakak dinosour, mak mentua ular dan macam2 lagi.
Aik, lain macam je kemasnya...hati dah mula seram sejuk dan kembang kucup. Apa berlaku??? Baru, pagi tadi Kak Ya mengucapkan tahniah kepada aku..."selamat mendapat boss baru," katanya. Aku senyum kambing sambil membelek paper. "Tak jadi lah kak ya..." ucapku sepatah. "Kak Ya dengar lain pulak...bukan ke berkuatkuasa 1 April ari tu tapi ditunda sebab Perhimpunan Agong Umno?" Ye ke...aku sekadar sengih. Mana2 pun aku boleh berkerja asalkan dia profesional, bertimbang rasa, perihatin dengan kebajikan kami. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku serik.
Sebelum keluar lunch, Cupin pulak menyapa, "boss datang?" . "Cupin, kan ke cuti dia hari ini. Mana ada?" "Bos baru?" tanyanya sambil mengangkat kening. Cupin memang klon Ziana Zain cuma matanya saja macam Leftenan Koishi. "Biar benar Cupin...dah dua orang buat lawak ngan aku ari ni?" aku tetap sengih2 kerang walau bulu roma dah naik meremang. Apa cerita ni?
Petangnya, sebelum menghantar story, kulihat meja boss bersih. Hai, en Rashid...nak pindah terus ke Pattaya ke...setakat makan nasi pattaya sudah le, jangan la plak nak jadi warganegara. Tak puas hati, aku hubungi kak Nurul Comel.... selepas berborak lebih kurang, kesimpulannya ada perubahan organisasi. Mak aih...kenapa aku tak tau? Baru sehari cuti, terasa macam setahun melancong ke Iran. Kenapa aku tak tau? Kenapa? Kenapa???? Rasa macam nyawa di hujung kuku, telur di hujung tanduk.
Aku rasa aku boleh, aku dengan siapa2 pun boleh tapi aku kesian sangat dengan abangku yang seorang ini. Jiran sebelah meja...Apa lah yang cuba ditunjukkan takdir. Aku tak risaukan orang lain, aku resah dan sesah mengenangkan dia. Lagipun, aku tak mahu bekerja dalam suasana tegang. Aku tak mahu ada di antara kami yang menanggung duri dalam hati, menyimpan sembilu di jiwa.
Apapun, sempena tahun yang masih lagi baru dan muda ini, aku harap segalanya berjalan dengan baik. Unit ini perlu terus hidup, unit kecil ini perlu terus bernas setanding dengan desk2 lain yang cemerlang. Aku sayangkan kerjaku ini, aku sayangkan kawan2ku semua. Aku pernah mengecapi kebahagian bekerja dan aku sedang menikmati keindahan ini. Jangan diragut ia pergi dariku...
5 comments:
ben,
tarik nafas ben...
kat mana-mana mesti ada dugaan kerja.
akak tahu ben akan tetap cemerlang biar siapa pun bosnya
apa kesudahan teka teki ko ini? betul ker apa yang diceritakan itu, atau hanya khayalan belaka?
kak lily..thanks...saya harapkan yang terbaik je...kak, novel akak jenuh saya cari tak jumpa pun...
Tie...bukan teka-teki, sahih..aku dok ketaq la nih...aduh..jom buat bisnes nak?
hahaha... bos baru tu dah lima enam kali berulang alik kat sini... hahahahahah...
fiza..dia tak sabar dah tu..punggung dia dah gatal2 nak duduk kerusi empuk BM hehehe
Post a Comment