Ini kisah adik lelaki ku yang manja. Amat manja sampaikan usia 24 pun mahu tidur di celah ketiak mak. Peliknya, di luar dia tidak begitu. Nampak karismanya lebih2 lagi kalau bertemu janji dengan makwe. Ku telek atas ke bawah, wah macho juga tetapi bila berhadapan dengan mak, dia tukar karektor...merengek dan menggesel2 macam kucing parsi. Hai...kalaulah girlfriendnya tahu dia begitu..harus meraung 44 hari.
Yang buat aku hangin dia ditawarkan bekerja sebagai PTD (Pegawai Tinggi Diplomatik) , namun berbolak-balik sama ada nak menerima atau tidak. Di mulutnya menyebut sayangkan jawatan sebagai bank officer yang dipegangnya sekarang tapi mak su berbisik, "Dia tak nak berenggang dari maknya, seminggu sebelum ke KL (untuk pendaftaran), hari2 memerap dengan maknya. Tidur pun nak sebelah mak, berebut dengan si Aliya (cucu sulung mak)." Aduh, parah adikku. Sempat jugaklah aku bahasakan dia, "Dah tua Kim...tak relevan ko manja2 gitu..." Tapi dia macam biasalah..."Ah..mana ada..." nafinya sambil membuat muka ala2 sepuluh hari tak sentuh nasi.
Dari dulu kuakui dia paling manja dalam keluarga. Suka merengek dan buat muka kesian kalau kita tak beri perhatian. Magisnya, depan kawan2 dia bersalin kulit dan tegas dengan pendirian. Itu agaknya, dalam usia muda, kerjayanya sudah berkembang baik.
Cuma aku tak bersetuju pendapatnya yang mengatakan dia terlalu tua untuk bertukar kerja. Ku katakan pada dia perjalanan dia masih jauh, banyak yang boleh dibuat dalam hidup. Majukan kerjaya, andai sekarang di tempat yang baik, usaha lagi untuk menjadi lebih baik.
Nampaknya dia dengar kata juga. Dalam pada berat hati, digagahnya juga buat medical check up. Dan, isnin ini dia ditempatkan di Kementerian Kewangan. Aku berdoa dia bertahan, haruslah dicuba juga sebab kakaknya ni dah bagi warning, "kau buat perangai, aku balun kau.." ewah, garang le kunun...tak lah, cuma pura2 garang je. Apa tidaknya, dengan ketinggian dia hampir 6 kaki tu, rasanya sebelas kali berlawan, sekali pun belum tentu aku menang hahahaha
4 comments:
kirim salam kat adik,
pesan kat dia, apa barang ! :D
hhahahha..susah nak cari laki yg usia 24 thn tido bwh ketiak mak. sok2 kalau kawen mesti isteri cemburu ngan mak mentua sendiri
wahhhh..good luck utk dia..bkn senang nk dpt PTD tu...bila dpt harus jgn d persiakan...
thats why aku paksa dia pegi supaya dia dapat berdikari dan kurangkan sket manja dia tu...
Post a Comment