Friday, March 13, 2009

BOYS OVER FLOWERS

ni le heroin dia yang sengal..tak berapa nak comel (ayat jeles ni...hehehe) tapi dok jadi rebutan...Geum Jandi
series ni yang diadaptasi dari komik ni ada tiga version Taiwan, Jepun dan Korea

Second hero, Jihu 'caught in the act' dengan Jandi...girl ni la yang si hero dok gila2kan sangat....


hero dia ni...Gun Joon Pyo..notty giler
Barisan pelakon BOYS OVER FLOWERS
Akhirnya dapat gak aku ber'mesra' dengan blog ni..maklum le, sibuk dua tiga menjak nih...semalam je sehari suntuk aku dah Roha di Edible Garden milik first lady kita, Datin Seri Jeanne Abdullah di Seri Perdana. Kebetulan, Pak Lah ada interview bersama tv..jadi, ada lah dia di rumah.
Sempat le dia meluangkan masa bersama kami di Edible Garden atau Taman Ramuan isterinya itu. Lebih kurang sejam le kami meninjau landskap yang penuh dengan tumbuhan herba, buah, bunga dan sayuran tempatan itu. Tak sangka Jeanne sangat motherly dan mesra. Sebelum pulang, dijamunya kami goreng pisang, pulut durian, muffin, cucur kodok dan macam2 lagi. Sambil makan dan minum dengan cawang dan pinggan mangkuk mahal, sempat jugak berkata-kata dalam hati...sape sangka aku menjejak Seri Perdana, bertemu ekslusif dengan PM dan suami-isteri, bersantai di tamannya dan bersembang dengan ahli keluargannya. Ini lah tuah kata orang, selepas ini entah bila la pulak merasanya.
Ok lah, kita tinggalkan cerita tu di Seri Perdana. Nak tau lebih lanjut, dapatkan Berita Minggu ahad ni..ada gak kisah aku di Taiwan ( 3 pages u...) .
Aku nak berkongsi kegilaan aku sekarang ni..kalu Fiza kemarukkan John Legend..(kalu I am Legend..Filem Will Smith tu tau le aku), aku dok gilakan siri Korea terbaru BOYS OVER FLOWERS di channel 303. Sebenarnya, ia adalah adaptasi dari siri Taiwan yang teramat lah popularnya suatu ketika dulu METEOR GARDEN. Dibuat versi Korea dan dipinda sedikit satu dua babak. Kiranya, korean version ni lebih spicies la kata orang, hangat rencahnya..
Yang menakjubkan aku adalah barisan heroesnya memang mirip sangat dengan si F4 Taiwan tu. Lebih-lebih lagi watak teraju utama Gun Joon Pyoo (Lee Min Ho) seiras sangat dengan Dau Ming Shi (Jerry Yan)
Dari segi kelucuan dan romantikanya, masing2 ada kekuatan, cuma olahan sedikit berbeza. Mungkin dua budaya ini serumpun menyebabkan gaya hidup, pemikiran dan sebagainya tak berbeza. Apapun, keduanya amat menghiburkan dan keduannya membuat aku leka sebentar. Boleh sesangat lah untuk release tension kepala otak yang berserabut ni :)












4 comments:

Fizahanid said...

Ko p jumpa Jean ada tak salam dengan Pak Lah? Ambik berkat.. buat kenangan, dia nak pencen dah hujung bulan ni.. :)

ennieva fauzi said...

salam...dia salam hujung jari hehehe...bagusla..dia kenal halal-haram...

INTAN said...

ben...i miss u!!

ennieva fauzi said...

Tan...miss u too...so much...