Hari ini warga NST tersenyum lagi. Senyuman semanis gula juga ketawa lepas bebas. Maklum masing-masing dapat imbuhan lagi. Bilik Berita seperti hari Sabtu, lengang...ke mana semua orang? Ada jugak yang tercatuk di kerusi tetapi kepala ligat merancang itu-ini..maklum Jumaat, apatah lagi poket kembung berisi.
Syukur sekali lagi. Rezeki ku murah. Kononnya tidak mahu melayan nafsu shopping yang membuak2 (walaupun tak separah Confession of shopaholic) tapi badan letih lesu (penyakit tiga serangkai batuk, sore throats dan flu), fikiran pun hilang tumpuan. Ilham dari langit tak muncul2. Dua tiga kali melayari internet, sekejap2 mengemas kini email, kemudian menjenguk laman web Boys Over Flowers (mmm...suka nengok gambo bebudak ni yang cute2..angah kata boyband...eleh ngah, aku tau selera ko cam ner...ala2 pahlawan Lang Buana yang gagah perkasa), di masa lain menjengah 'shell' (in house system mengandungi pic, artikel, arkib dll) sampai ke kempen 60 mins Earth Hour aku intai....pun ilham tak mau datang2...aduh betul la...
Ataupun disuruh aku membeli-belah sebagai terapi minda (ceh..excuses..excuses...)? Ahhh...bila kurun pulak dapat menabung dan abad ke berapa pula dapat melancong ke Korea dan Greece ( hey...bila pulak tempat ni masuk dalam senarai destinasi pelancongan aku)
Apa kata aku berhenti menulis dulu...maklum bila kepala berat, tekak perit, mata berair dan hidung berhingus (eiiii..macam Sin Chan dijangkiti selesema), mula la aku merapik...macam tak pijak di bumi nyata!!! Keluar semua bayangan yang indah2 dalam kepala, diganti imej yang tidak muluk menekan jiwa (ni semua gara2 Che Wan yang dari tadi non stop talking to the phone...adus Che Wan bersembur air liur bercakap omputeh, berabuk cam putu kacang hehehe) Tetiba ku lihat kepala Che Wan besar, kecik, besar kemudian mengecut kembali..hahaha bahaya...better stop now :)
No comments:
Post a Comment