26 Feb - 3 Mac langsai sudah trip ke Taiwan. Macam tak sangka seminggu lekas berlalu padahal hati masih belum puas menghayati keindahan segenap pelusuk tempat. Walau kadangkala suhu 11 celcius mencengkam tulang, tidak kupeduli demi menghayati sebuah perjalanan.
Taiwan, ada tarikannya tersendiri. Tidak sebesar dan seluas cina. Negaranya dipandang dari udara seperti koma terbalik namun daya pesonanya indah sekali. Sekali dijejaki, pasti ingin kembali lagi.
Taipei, metropolitan meriah dan menawan. Siang malam hidup tak pernah mati. Kesibukan tak pernah surut baik fesyen, budaya mahupun makanan menyelerakan. Sudah tentu restoran islam yang dicari (mmmm sedapnya makan hidangan Thailand di Halal Restoran kepunyaan Yunus Ma- Di Taiwan Ma merujuk nama Muslim) dan kalau perut menjerit lapar, terpaksalah mengambil sea food, cereal, buah dan sushi. Tapi berbaloi kerana buah-buahan di Taiwan segar -bugar dan manis.
Kalau mahu bershopping dengan harga murah dan berpatutan, Taiwan pilihan tepat. Gila melihat lambakan barang (rangkaian baju dan aksesori tentunya) di pasar malam Shilin, Ximending dan Wupenfu. Enak juga mencuci mata melihat belia Taiwan yang bergaya ala Harajuku dan korean. Kata pemandu pelancong, Felix Chen, "pengaruh Jepun begitu menular di sini". Ergg boot, trench coat, leather pants, you name it, semua digayakan dengan baik sekali. Oh! Wanita Taiwan memang lawa2, semua cantik dan langsing. Alahai, cemburu melihat perut mereka yang kempis dan kaki panjang cantik.
Jejakanya pula sangat metrosexual. Tak kalah bergandingan dengan gadis jelita. Ketika melalui kawasan membeli-belah elit (di sana pun ada SOGO, tapi tak macam Malaysia tempat lepak pendatang asing, di sana SOGO tarafnya seperti Pavillion dan Hartamas, tempat golongan kaya bershopping), mata melilau mencari kalau2 bertemu Jerry F4..hahaha rupa2nya bertemu posternya saja. Masih popular dia walaupun zaman Meteor Garden lima tahun berlalu.
Tubuh segar, fikiran lapang apabila berpeluang menjenguk kawasan kolam air panas di Taitung. Indahnya gugusan batu bermacam bentuk di Siaoyeliou (ada bentuk naga, buaya dan macam2) dan jambatan gerbang lapan di Sansiantai. Belum lagi dikira romantik tanah tinggi Tea Hills yang popular dengan aktiviti paragliding. Di sini, orangnya lain sedikit, manis, cantik dan sawo matang kerana berlaku kahwin campur dengan Jepun. Nak tengok sakura berkembangan dan bunga pelbagai rupa dan warna? Jom ke San Yang Ming park yang aduh, romantiknya macam berada di lokasi Winter Sonata.
Dalam pada tu sempat juga menyelusuri dunia kartun di Window On China. Di sini, banyak replika bangunan seluruh dunia, dibuat terperinci dan siap dengan replika kenit manusia, keretapi, kereta dan sebagainya yang bergerak tanpa henti. Tarikan terbaru, watak Doreamon yang dijelmakan melalui latar pentas bersama replika. Dewasa seusia saya ralit memerhatikannya apatah lagi kanak2.
Nanti lah cerita lagi. Banyak yang tak terungkap dan terucap lebih2 lagi pengalaman menjejakkan kaki ke Taipei 101, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, pusat pottery, safari di Leozoo Village dan macam2 lagi. Sebelum meninggalkan bumi lha Fomosa ni, hati sempat berdetik, aku akan kembali lagi. Itu saya pasti.
No comments:
Post a Comment