Simpati aku mendengar keluhan rakan-rakan mengenai kerjaya dan masa depan. Setahun aku meninggalkan tempat kerja lama, macam-macam perkara yang berlaku. Belum ada yang manis sampai ke pendengaran. Semuanya cerita lara yang menjerut hati.
Paling tidak sangka seorang kawan baik yang kukira sangat cekal mengambil keputusan drastik berhenti kerja. Beraninya dia di zaman kegawatan ini. Aku kira kesabarannya sudah sampai ke puncak. Kukira had kesabarannya sudah lupus sama sekali lalu dia lebih rela mendengar kata hati. Bukan setahun dua aku mengenali dia, lapan tahun aku bersahabat dengannya. Dia sabar biarpun rakan baiknya berhenti kerja dan mencari penghidupan baru. Dia tabah kala aku menyuarakan hasrat berhenti kerja. Dan dia tetap gigih sewaktu kak lyn yang dianggap bagai kakaknya sendiri juga mengorak langkah. Kerana dia tahu di situ lubuk dia mencari rezeki. Bukan aku tidak pernah mengajaknya berhijrah tetapi dia tetap mahu setia. Sehinggakan baru-baru ini mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa mencari kerja lain terlebih dahulu. Aku tak salahkan dia. Aku tak terkejut cuma aku harap dia tabah dan merancang hidupnya secara bijak.
Ketika di cafe aku terserempak dengan seorang grafik artis di tempat lama. Pernah bekerjasama denganku ketika Kelab Sukan di tempat lama. Aku setiausaha dan dia presiden. Syukur akhirnya termakbul juga hajat dia bergelar salah seorang staff di tempat baru ini. Walaupun, sebelum ini ada percubaan menutup periuk nasinya tapi itulah...kalau rezeki tak ke mana.
Apapun, aku harap kawan2 lama tabah dan sabar. Tunggu dulu sehingga mendapat pekerjaan yang lebih lumayan. Bila dapat, jangan pandang belakang. Tinggalkan lah tempat yang tak menjanjikan apa2 itu. Aku jamin kamu semua pasti bahagia. Sama2 lah kita berdoa. Amin.
No comments:
Post a Comment