Friday, March 27, 2009

Taylor Swift

Ohh..ini lah dia Taylor Swift yang menjadi pujaan seseorang. Mmmm...patut ler..she is sexy and beautiful. Memang ler type dia setelah Paris Hilton, Lindsay Lohan dan Amy Winehouse (yang ni paling tak logik aku rasa). Malu plak rasanya aku gelak2kan dia setiap kali dia menyebut si Taylor Swift ni..." I bet ur taste as worst as Amy Winehouse...u never changed". Ini ayat yang biasa aku gunakan untuk sakitkan hati dia..untuk buat dia hangin satu badan...rupa2nya mak malu sendiri ler...hahaha ampunkan i ye...
Kesimpulannya, dia tetap macam dulu...nak yang lawa2 je... tu sebab sampai sekarang awak masih sendiri cik abang oiii (harap2 dia tak baca blog aku ni...hehehehe)....tapi, aku berdoa dia bertemu dengan dream girlnya satu hari nanti, kalu tak dapat Taylor Swift, Taylor Hicks pun jadi le hehehe...confirm aku kena basuh kalau dia tau aku cakap cam ni...hehehe sorry ekkk...

Hilang Konsentrasi

Hari ini warga NST tersenyum lagi. Senyuman semanis gula juga ketawa lepas bebas. Maklum masing-masing dapat imbuhan lagi. Bilik Berita seperti hari Sabtu, lengang...ke mana semua orang? Ada jugak yang tercatuk di kerusi tetapi kepala ligat merancang itu-ini..maklum Jumaat, apatah lagi poket kembung berisi.

Syukur sekali lagi. Rezeki ku murah. Kononnya tidak mahu melayan nafsu shopping yang membuak2 (walaupun tak separah Confession of shopaholic) tapi badan letih lesu (penyakit tiga serangkai batuk, sore throats dan flu), fikiran pun hilang tumpuan. Ilham dari langit tak muncul2. Dua tiga kali melayari internet, sekejap2 mengemas kini email, kemudian menjenguk laman web Boys Over Flowers (mmm...suka nengok gambo bebudak ni yang cute2..angah kata boyband...eleh ngah, aku tau selera ko cam ner...ala2 pahlawan Lang Buana yang gagah perkasa), di masa lain menjengah 'shell' (in house system mengandungi pic, artikel, arkib dll) sampai ke kempen 60 mins Earth Hour aku intai....pun ilham tak mau datang2...aduh betul la...

Ataupun disuruh aku membeli-belah sebagai terapi minda (ceh..excuses..excuses...)? Ahhh...bila kurun pulak dapat menabung dan abad ke berapa pula dapat melancong ke Korea dan Greece ( hey...bila pulak tempat ni masuk dalam senarai destinasi pelancongan aku)

Apa kata aku berhenti menulis dulu...maklum bila kepala berat, tekak perit, mata berair dan hidung berhingus (eiiii..macam Sin Chan dijangkiti selesema), mula la aku merapik...macam tak pijak di bumi nyata!!! Keluar semua bayangan yang indah2 dalam kepala, diganti imej yang tidak muluk menekan jiwa (ni semua gara2 Che Wan yang dari tadi non stop talking to the phone...adus Che Wan bersembur air liur bercakap omputeh, berabuk cam putu kacang hehehe) Tetiba ku lihat kepala Che Wan besar, kecik, besar kemudian mengecut kembali..hahaha bahaya...better stop now :)

Wednesday, March 25, 2009

Buka langkah baru

Simpati aku mendengar keluhan rakan-rakan mengenai kerjaya dan masa depan. Setahun aku meninggalkan tempat kerja lama, macam-macam perkara yang berlaku. Belum ada yang manis sampai ke pendengaran. Semuanya cerita lara yang menjerut hati.

Paling tidak sangka seorang kawan baik yang kukira sangat cekal mengambil keputusan drastik berhenti kerja. Beraninya dia di zaman kegawatan ini. Aku kira kesabarannya sudah sampai ke puncak. Kukira had kesabarannya sudah lupus sama sekali lalu dia lebih rela mendengar kata hati. Bukan setahun dua aku mengenali dia, lapan tahun aku bersahabat dengannya. Dia sabar biarpun rakan baiknya berhenti kerja dan mencari penghidupan baru. Dia tabah kala aku menyuarakan hasrat berhenti kerja. Dan dia tetap gigih sewaktu kak lyn yang dianggap bagai kakaknya sendiri juga mengorak langkah. Kerana dia tahu di situ lubuk dia mencari rezeki. Bukan aku tidak pernah mengajaknya berhijrah tetapi dia tetap mahu setia. Sehinggakan baru-baru ini mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa mencari kerja lain terlebih dahulu. Aku tak salahkan dia. Aku tak terkejut cuma aku harap dia tabah dan merancang hidupnya secara bijak.

Ketika di cafe aku terserempak dengan seorang grafik artis di tempat lama. Pernah bekerjasama denganku ketika Kelab Sukan di tempat lama. Aku setiausaha dan dia presiden. Syukur akhirnya termakbul juga hajat dia bergelar salah seorang staff di tempat baru ini. Walaupun, sebelum ini ada percubaan menutup periuk nasinya tapi itulah...kalau rezeki tak ke mana.

Apapun, aku harap kawan2 lama tabah dan sabar. Tunggu dulu sehingga mendapat pekerjaan yang lebih lumayan. Bila dapat, jangan pandang belakang. Tinggalkan lah tempat yang tak menjanjikan apa2 itu. Aku jamin kamu semua pasti bahagia. Sama2 lah kita berdoa. Amin.

Friday, March 20, 2009

Pulau Santorini, Greece

Gaji naik dan melancong

Ceritanya minggu lepas namun kerana keseronokannya masih terasa, nak gak berkisah kepada semua. 17hb Mac tempoh hari, genap setahun aku di NST atau Berita Harian khususnya. Tepat tarikh itu juga aku menerima surat dari bos, en Rasid (amboi en Rasid dua tiga hari ni galak sungguh mengusik Angah, si pengantin baru ye...sampaikan aku yang tak de kena-mengena dalam ini cerita pun terlibat sama...hisss...bengkek tul).

Suspen juga walaupun dapat dijangka...jeng..jeng...jeng...rupa2nya kenaikan gaji almost RM600. Wah...syukur...memang saat dinanti2kan...walaupun, cukup bulan tangga gaji mula berubah, aku dah berangan2 nak melancong (bukan melencong yek)...aku ni memang langkah panjang, pantang ada kesempatan, ada je perancangan untuk menengok negara orang. Kak Lina dan Kak Sal ada merancang hendak ke Bandung..mmmm menarik jugak, tapi ke Indonesia tunggu dulu lah...

Aku dok berkira2 nak ke Bangkok tapi negara itu tengah bergolak. Dalam satu assignment dekor bersama Razak Ahmad (dia ni penggubah bunga popular, pernah menggubah bunga untuk Brad Pitt, Angelina Jolie, Cameron Diaz dan beberapa artis Hollywood lagi), katanya Greece cantik especially bahagian pulau yang penuh cleef dan seni bina rumah berbata putih. Prague juga cantik...ye memang aku maklum kerana aku memang sudah ke situ. Greece? Alamak...hahaha..boleh tu boleh tapi kena ikat perut la kot. Tapi entah kenapa hati aku tidak terpanggil ke situ sebaliknya mengidam ke Korea. Dan, dalam perancangan dan sedang mengumpul ongkosnya...

Tengok le...ada rezeki, ada la tu...kalu la kita ni jutawan...mau keliling dunia kan? Apakan daya, kita bukan dilahirkan dalam dulang emas dan sudu perak...sabo je la...

Monday, March 16, 2009

Gambar Taiwan

Taipei 101..alamak pesal terbalik ni? hehehe...
Cantik dan segar bunga2 di YangMin Shan Park

Mini monumen cantik di WOC (Window on China)..ni Taj Mahal..kecik je...separas peha kita...siap landskap segala


ni le kampung Doraemon yang aku cakap tu...gila sakan aku, Azni, May Lin dan Tun Ariff bergambo..



diriku dan May Lin (Cathay Pacific) di Wild West, Leofoo Zoo Village...jerami betul tu korang...kuda je tak de hehehe




eh..eh..sape mamat nih...hahaha rasakan gambo ko terbalik





Jambatan gerbang lapan di Siansiatai...tengok betul2, macam naga berlingkar kan?






Layan blues di Hotel Royal Chih Pen...kawasan air panas di Taitung..romantik giler tempat nih...







buah nona..orang sana panggil Shirimoya...sedap, rasanya manis yang amat...








Di Taiwan, xde motor lain melainkan scoot..scoot ni sangat happening, penuh ngan diamonte. Aku jumpa masa di Taitung









Grand Taipei Mosque










Di celah2 lembu ouls...tahun ni kan ke tahun lembu..











Di Muzium Nasional Diraja

key...itu aje lah uols...malas nak letak bebanyak...kalu nak, jom kita ke Taiwan..bergambo le puas2 sampai tak hengat dunia ek...:)


















































Friday, March 13, 2009

BOYS OVER FLOWERS

ni le heroin dia yang sengal..tak berapa nak comel (ayat jeles ni...hehehe) tapi dok jadi rebutan...Geum Jandi
series ni yang diadaptasi dari komik ni ada tiga version Taiwan, Jepun dan Korea

Second hero, Jihu 'caught in the act' dengan Jandi...girl ni la yang si hero dok gila2kan sangat....


hero dia ni...Gun Joon Pyo..notty giler
Barisan pelakon BOYS OVER FLOWERS
Akhirnya dapat gak aku ber'mesra' dengan blog ni..maklum le, sibuk dua tiga menjak nih...semalam je sehari suntuk aku dah Roha di Edible Garden milik first lady kita, Datin Seri Jeanne Abdullah di Seri Perdana. Kebetulan, Pak Lah ada interview bersama tv..jadi, ada lah dia di rumah.
Sempat le dia meluangkan masa bersama kami di Edible Garden atau Taman Ramuan isterinya itu. Lebih kurang sejam le kami meninjau landskap yang penuh dengan tumbuhan herba, buah, bunga dan sayuran tempatan itu. Tak sangka Jeanne sangat motherly dan mesra. Sebelum pulang, dijamunya kami goreng pisang, pulut durian, muffin, cucur kodok dan macam2 lagi. Sambil makan dan minum dengan cawang dan pinggan mangkuk mahal, sempat jugak berkata-kata dalam hati...sape sangka aku menjejak Seri Perdana, bertemu ekslusif dengan PM dan suami-isteri, bersantai di tamannya dan bersembang dengan ahli keluargannya. Ini lah tuah kata orang, selepas ini entah bila la pulak merasanya.
Ok lah, kita tinggalkan cerita tu di Seri Perdana. Nak tau lebih lanjut, dapatkan Berita Minggu ahad ni..ada gak kisah aku di Taiwan ( 3 pages u...) .
Aku nak berkongsi kegilaan aku sekarang ni..kalu Fiza kemarukkan John Legend..(kalu I am Legend..Filem Will Smith tu tau le aku), aku dok gilakan siri Korea terbaru BOYS OVER FLOWERS di channel 303. Sebenarnya, ia adalah adaptasi dari siri Taiwan yang teramat lah popularnya suatu ketika dulu METEOR GARDEN. Dibuat versi Korea dan dipinda sedikit satu dua babak. Kiranya, korean version ni lebih spicies la kata orang, hangat rencahnya..
Yang menakjubkan aku adalah barisan heroesnya memang mirip sangat dengan si F4 Taiwan tu. Lebih-lebih lagi watak teraju utama Gun Joon Pyoo (Lee Min Ho) seiras sangat dengan Dau Ming Shi (Jerry Yan)
Dari segi kelucuan dan romantikanya, masing2 ada kekuatan, cuma olahan sedikit berbeza. Mungkin dua budaya ini serumpun menyebabkan gaya hidup, pemikiran dan sebagainya tak berbeza. Apapun, keduanya amat menghiburkan dan keduannya membuat aku leka sebentar. Boleh sesangat lah untuk release tension kepala otak yang berserabut ni :)












Saturday, March 7, 2009



Enam Hari Di Taiwan

26 Feb - 3 Mac langsai sudah trip ke Taiwan. Macam tak sangka seminggu lekas berlalu padahal hati masih belum puas menghayati keindahan segenap pelusuk tempat. Walau kadangkala suhu 11 celcius mencengkam tulang, tidak kupeduli demi menghayati sebuah perjalanan.

Taiwan, ada tarikannya tersendiri. Tidak sebesar dan seluas cina. Negaranya dipandang dari udara seperti koma terbalik namun daya pesonanya indah sekali. Sekali dijejaki, pasti ingin kembali lagi.

Taipei, metropolitan meriah dan menawan. Siang malam hidup tak pernah mati. Kesibukan tak pernah surut baik fesyen, budaya mahupun makanan menyelerakan. Sudah tentu restoran islam yang dicari (mmmm sedapnya makan hidangan Thailand di Halal Restoran kepunyaan Yunus Ma- Di Taiwan Ma merujuk nama Muslim) dan kalau perut menjerit lapar, terpaksalah mengambil sea food, cereal, buah dan sushi. Tapi berbaloi kerana buah-buahan di Taiwan segar -bugar dan manis.

Kalau mahu bershopping dengan harga murah dan berpatutan, Taiwan pilihan tepat. Gila melihat lambakan barang (rangkaian baju dan aksesori tentunya) di pasar malam Shilin, Ximending dan Wupenfu. Enak juga mencuci mata melihat belia Taiwan yang bergaya ala Harajuku dan korean. Kata pemandu pelancong, Felix Chen, "pengaruh Jepun begitu menular di sini". Ergg boot, trench coat, leather pants, you name it, semua digayakan dengan baik sekali. Oh! Wanita Taiwan memang lawa2, semua cantik dan langsing. Alahai, cemburu melihat perut mereka yang kempis dan kaki panjang cantik.

Jejakanya pula sangat metrosexual. Tak kalah bergandingan dengan gadis jelita. Ketika melalui kawasan membeli-belah elit (di sana pun ada SOGO, tapi tak macam Malaysia tempat lepak pendatang asing, di sana SOGO tarafnya seperti Pavillion dan Hartamas, tempat golongan kaya bershopping), mata melilau mencari kalau2 bertemu Jerry F4..hahaha rupa2nya bertemu posternya saja. Masih popular dia walaupun zaman Meteor Garden lima tahun berlalu.

Tubuh segar, fikiran lapang apabila berpeluang menjenguk kawasan kolam air panas di Taitung. Indahnya gugusan batu bermacam bentuk di Siaoyeliou (ada bentuk naga, buaya dan macam2) dan jambatan gerbang lapan di Sansiantai. Belum lagi dikira romantik tanah tinggi Tea Hills yang popular dengan aktiviti paragliding. Di sini, orangnya lain sedikit, manis, cantik dan sawo matang kerana berlaku kahwin campur dengan Jepun. Nak tengok sakura berkembangan dan bunga pelbagai rupa dan warna? Jom ke San Yang Ming park yang aduh, romantiknya macam berada di lokasi Winter Sonata.

Dalam pada tu sempat juga menyelusuri dunia kartun di Window On China. Di sini, banyak replika bangunan seluruh dunia, dibuat terperinci dan siap dengan replika kenit manusia, keretapi, kereta dan sebagainya yang bergerak tanpa henti. Tarikan terbaru, watak Doreamon yang dijelmakan melalui latar pentas bersama replika. Dewasa seusia saya ralit memerhatikannya apatah lagi kanak2.

Nanti lah cerita lagi. Banyak yang tak terungkap dan terucap lebih2 lagi pengalaman menjejakkan kaki ke Taipei 101, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, pusat pottery, safari di Leozoo Village dan macam2 lagi. Sebelum meninggalkan bumi lha Fomosa ni, hati sempat berdetik, aku akan kembali lagi. Itu saya pasti.