Aku mahukan kesunyian. Bersendiri. Tetapi tanpa sms darinya, kuakui dunia benar2 sepi. Banyak yang ingin diperkata tetapi lebih banyak tidak terungkap. Sudahnya kami ambil jalan selamat, bercerita tentang apa dibuat seharian. Aku dengan ceritanya, dia dengan kisahnya. Tetapi biasalah, kaum adam ni egonya tinggi, banyak yang disembunyi kalau tidak ditanya. Banyak yang cuba disorok kalau kita tak mencungkil. Hisss...letih betul lah tapi itulah yang seronoknya. Dan, kebetulan aku ni jenis suka provoke, apa lagi selalu jugalah bertikam lidah. Seorang kawan pernah berleter dengan ku, "tak bolehkah sesekali hidup dengan tenang? Cubalah jangan bagi dia marah..." aku tersenyum. Dalam hati kesian juga orang tu, tapi senyum macam tu je lah, bila bercakap dan bersms, balik semula perangai lama aku yang annoying nih...hahaha penat kan?
Nak tengok lay out jap..chow...:)
Thursday, January 22, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Sahabat
Dua tiga menjak ni memang kuakui sibuk. Lebih2 lagi menjelang Pertandingan Rumah Idaman bakal berlangsung pertengahan Februari depan. Seronok walaupun tak menang tangan juga menyiapkan aturcara, meninjau cenderamata termasuk membuat lawatan ke rumah pemenang mingguan. Pendekata, kali ni aku lebih melibatkan diri, tak seperti di tempat keje lama, yang tak tau hujung pangkal alih2 diberi tugas. Mana tak menganga.
Seronok juga meninjau rumah pemenang. Maklum le mereka tengah seronok, bermacam2 reaksi yang kita terima. Semalam selepas assignment di Bandar Sunway, petangnya berkejar pula ke Kampung Subang. Amboi lawa sungguh kediaman Kak Rohana. Berkonsepkan Inggeris desa, meriah dengan perhiasan berbunga dan kewanitaan. Leka tengok koleksi itik comel kak Rohana, pelbagai aksi dan ukuran. Geram..rasa nak 'membela'nya di kediaman sendiri tapi maaflah...aku tak serajin kak Ana. Membersih debu dan habuk setiap hari. Pun, dalam pada itu, sempat juga aku menempah sepasang kusyen hiasan berlukis kucing comel dari Kak Ana. Maklum, sejak tinggal seorang ni, semangat menghias rumah mula bercambah. Entah ke manalah kucing comel tu nak kuletak ek...alih2 depan tv saja nanti kot.
Dalam dok bekejar sana-sini sempat gak lunch appoinment dengan Siti Zarinah, sahabat baik di I-Remaja. Alahai, suka tengok Siti yang semakin pandai bergaya. Comel sungguh ibu anak dua itu dengan blouse coklat redup. Sesuai dengan imej keibuan Siti. Melalui Siti, dengar juga cerita pasal seorang kawan yang mula hidung tinggi. Siti tak suka bercerita, sesekali dia meluahkan kisah bermakna benda itu betul dan perlu diperbetulkan.
Entahlah, aku pun tak paham kisah dunia. Kenapa harus berperasaan bongkak bila dikurniakan Tuhan pangkat dan kesenangan. Tak bolehkah kekal merendah diri? Tak bolehkah bersikap seperti dulu2? Sedangkan rupa paras tak mungkin berubah melainkan dipanjat usia, kenapa sikap perlu bersalin kulit? Aku memang tak paham orang begini... hendak saja kuselami apa yang berselirat di kepala dan bermukim di hati. Mungkin juga dia menagih perhatian dan penghormatan. Apapun, aku harap tidak begitu suatu hari nanti....Moga tidak lah ye...
Kepada kawan2 yang masih setia menjadi sahabatku, terus-terang aku amat menghargai kalian. Kekalkan sifat sedia dimiliki dan aku pasti, kita akan bersahabat selama-lamanya. Friends forever!

Friday, January 16, 2009
Hati
Jumaat hari menyeronokkan tambah2 kalau esok cuti. Yehaaa..boleh bangun lewat (ye ke? padahal jam 7.00 je mata dah tersengkang luas).
Hari ini masa terasa cepat berlalu. Satu keajaiban kerana biasanya tanpa assignment, waktu bagai merangkak perlahan. Selalu panas punggung ketika di pejabat. Segalanya serba tak kena. Sentuh itu tak menjadi, sentuh ini tak kena. Semuanya terasa kekok. Tapi hari ini rasa seronok pulak, kalau boleh tak nak beranjak dari tempat duduk. Biarpun segala kerja dah dibereskan dan berkira2 hendak memulakan yang baru. Biarpun adakalanya tersentuh hati melihat abang Azis tak berenti menaip, sekejap2 mengeluh, sekejap berlawak dengan aku. Sedetik kemudian tenggelam semula dengan kerjanya, aku tetap utuh di kerusi. Tak ada sebarang sebab melainkan aku suka di sini. Hai, viewnya cantik betul hehehe...sesaat bosan terubat semula menatap pemandangan kota batu di jendela kaca. Hisss...tetiba je syahdu apahal...
Esok akan bertemu janji dengan seseorang. Kawan lama. Gentar ada, gembira ada, gerun ada. Kerana apa? Kerana dia menagih jawapan. Inginku berikan jawapan paling molek, yang tak melukakan hatinya, yang memberi kebaikan kepada semua pihak tapi soal hati sangat rumit. Hati menjangkau kewarasan fikiran, hati merentasi keajaiban disiplin sains. Kuasa hati mewujudkan pujangga. Jika hati beraja, dunia bakal berperang. Apapun, semoga esok ada penyelesaian terbaik untuk aku dan dia...semoga aku dimaafkan.

Thursday, January 15, 2009
Bright Eyes by Boyzone
Is it a kind of a dream
Floating out on the tide
Following the river of death downstream
Oh is it a dream?
There's a fog along the horizon
A strange glow in the sky
And nobody seems to know where it goes
And what does it mean?
Oh is it a dream?
Bright eyes, burning like fire
Bright eyes, how can you close and fail?
How can the light that burned so brightly,
Suddenly burn so pale?
Bright eyes
Is it a kind of a shadow
Reaching into the night
Wandering over the hills unseen
Oh is it a dream?
There's a high wind in the trees
A cold sound in the air
And nobody ever knows where you go
And where do you start?
Oh into the dark
Chorus x 2
AKU: Suka beno aku dengan lagu Boyzone ni esp dinyanyikan Steve yang cute tu..aku suka dengan liriknya yang begitu puitis, kecuali M. Nasir...bila lah lagu Melayu nak sampai ke tahap ini kan? No offense, ini sekadar pandanganku yang dangkal, berpandukan minat dan citarasa...:)

Sibuk
Wah, sibuk betul rasanya dua tiga menjak ni. Nak update blog pun tak sempat, hanya mampu bukak dan baca sepintas lalu. Nak masukkan entry baru tak terdaya rasanya...
Apa yang sibuk sangat tu ye? Entah le, di rumah macam2 benda yang hendak dibuat. Maklum sekarang ni dah tinggal sengsorang, kena suaikan diri dengan kehidupan baru ini. Mana nak mengemas, membersih rumah, ubah dekor itu-ini tapi memasak tu tidaklah. Dah lama dapur tu tak berasap. Kesian kau dapur...dapat tuan macam mak hahaha...
Betapa sibuknya aku, sampai dua tiga kali terpaksa membatalkan rancangan nak tengok wayang dengan hamba Allah ni. Kononnya nak mengajak dia menengok Twilight...hai, sampai dah timbul daylight pun, tak le jugak dapat menonton. Sorry ye yang...lain kali i janji, i takkan cancel kan lagi...:) kita tengok Bedtime Stories plak ye...

Saturday, January 10, 2009
Jejaka pillihan
Sekadar menunaikan TAG Puan Intan. Hai pening betul la...kelakau pun ada, sedangkan sorang pun susah nak cari, ini pula sampai 15. Tapi demimu Tan...ku korek2kan juger hehehe..
Nah, ini senarai 15 jejaka terhangat di hatiku. Setelah ditelek, ditenung dan disemak dalam makrifat...cewah...nampak sangat ada persamaan hehehe...tang mana??? kena la cari sendirik hehehe

TAG INTAN
1. Rain Bi
2. Danny Henney
3. So Ji Sub
4. Jason Behr
5. Johnny Depp
6. Justin Timberlake
7. Stephen Gately
8. Brad Pitt
9. Yutaka Takenouche
10. Takuya Kimura
11. Nico Saputra
12. Heath Ledger
Sekadar memenuhi permintaan Puan Intan. Buntu juga membuat pilihan tapi lama-kelamaan seronok pulak. Kelakar pun ada maklum le nak mencari yang satu pun sikit punya susah, di dunia maya ini apa saja boleh dilakukan.
Cari punya cari, ini le dia 15 jejakanya. Sama hangat, sama hot sampai kelabu mata. Seteleh ditelek, ditenung dan disemak dalam makrifat, ternyata semuanya ada persamaan...di mana? hahaha..yang tu kena la cari sendiri. Matanya kah? Attitudenya kah? Popularitynya kah?
Sambil2 tu, kita bukak cerita lain ek. Hari ni assignment ku yang paling kelakar. Cover satu pc di tempat jin bertendang. Dah le tak tau tempat, assignment masuk last minute. Setelah berhempas pulas mencari follow up, tak dapat gak...boss panggil suruh attend pc berkenaan tambang baru bas sekolah (biarlah kita sentuh ala2 aje la yek)
Yang bestnya, pc tu dilangsungkan dalam dua sesi. Pertama, dijalankan dalam bahasa ibunda mereka dan kemudian, baru le aku dan reporter NST berpeluang tahu jalan cerita. Mood menang dah hancus sebab kembung perut 'makan langsat'. Entah kenapa, aku buat keputusan ambik cab pulak hari tu. Hai, masak le aku ditipunya...nasib aku ada sedikit clue...tak le teruk aku dikelentong. Lagi sekali aku dok bercakap dalam diri...apasal la aku tak memandu saja ke sana.
Aku berjanji dengan salah seorang urusetianya menunggu di stesyen minyak. Tiba2 ada sorang apek tua menegurku.."Dari paper ka? ikut, ikut saya". Mak ai, dia naik kapcai je...aku pandang apek tu atas ke bawah. Menyedari aku yang nampak bengong aka pening2 lalat, apek menyambung tanya "mana kereta?", " tak bawak kereta..."sepatah jawabku. "mana tempat?" aku sambung tanya. "sana depan..." . "oh, saya boleh jalan saja...", "mana boleh jalan, manyak jauh," kata si apek sambil memuncungkan mulut.. "lai..lai...naik motor sama saya..."
Biar betul apek ni...helmet dia ada satu dan memandangkan motornya yang penuh selut tu..mak..rasa nak masuk kepala dalam lori tangki hehehe..."lai..lai..."ajaknya lagi. Tak putus asa betul dia. Gigihnya mengajak awek menunggang bersamanya.
Maka, akhirnya aku terpaksa mencemar duli. Mak malu nook..tapi nak menyorok muka di belakang apek tu, tak sanggup rasanya. Serupa benamkan kepala dalam lorong arang batu...sepanjang jalan, aku rasa (ke aku perasan je..) orang dok menengok aku. Apa le awek melayu ni buat naik motor ngan apek expired ni...
Sampai di sidang media, lagi satu kejutan. Terpinga2 aku mendengar si pengerusi berceloteh dalam bahasa ibunda. Ada le plak sorang mamat NST dok lepak rock..."dia cakap apa?" tanyaku. "i dont know, cant understand," jawab sepatah.."is that your mother's tounge?" tanyaku musykil. "I speak english," jawabnya. Mak ai..eksyennya dia..." Tanpa diminta dia memberitahu dia pun lambat sebab tersesat. "I took a cab," ujarku dan menyambung cerita peristiwa membonceng motor si apek.
"Great..so romanticccc" ejeknya. Aku rasa nak je cepuk kepala dia. Tentang pc tu tak payah le kucerita...macam2 agenda keluar. Bak kata mamat NST tu..dia dah kumpul 8 tahun...hahaha pandai gak dia buat kelakar ye...
Tiba masa pulang, lagi satu insiden menggelikan perut. Ada sorang apek ni (dia sengau sket, aku tak paham apa dia cakap tapi aku buat2 paham je la) baik budi sungguh ingin menumpangkan aku ke LRT...jenuh ku cari keretanya..jauhnya parking. Mak ai, bas sekolah zaman 70 an ke...hahaha...rasa nak ketawa tapi kesian plak tengok kesungguhan apek tu. Bagi menutup malu dan membeli jiwanya maka aku pun mengeluarkan kata2 "bestnya...dah lama tak naik bas sekolah..teringat dulu2" tapi muka apek tu kering je..tak paham konsep la tu...
Baru dia nak start bas, mujur ada antara ahli setia menawarkan diri menghantar ke Bangsar. Dan mujur juga dia naik teksi dan bukan bas...hahahaha kelakau..kelakau...sianpun ada kat aku. Korang tak kesian ke huhuhu
Tuesday, January 6, 2009
Musafir Cinta
Membaca amalanku sebelum tidur. Tidakkan mampu menghabiskan sebuah buku, hanya beberapa helai memadai. Namun, novel MUSAFIR CINTA karya Taufiqurrahman Al- Azizy terus membuatkan terikat dan melekat. Banyak persoalan keagamaan di dalamnya namun ada yang tidak aku bersetuju di hujungnya. Mungkin pengetahuan agama dangkal atau garapan akhir kurang lancar. Apapun, aku rasa berkaitan dengan kepercayaan.
Melayari laman web, kutemui http://wlaanda.blogspot.com/ yang baik budi membentangkan sipnosis dan ulasan. Ini sekadar sedutan, untuk lebih lanjut kena la baca bukunya..
Aku tertarik membaca tengah ulasan si penulis blog....di sini kisah bermula, di sini persoalan berbangkit dan di sini konflik tercetus...
Musafir Cinta menceritakan Iqbal bersama-sama dengan 4 pemuda ini, Firman, Surya, Parno dan Atmo. Akan tambah lagi 2 orang wanita iaitu Okta dan Idri. Mereka ini tidak percaya kepada Tuhan. Mereka menghisap dadah dan melakukan seks bebas di rumah Firman. Di rumah yang kedua ibu-bapa Firman adalah orang yang patuh kepada agama.Firman dahulunya adalah seorang yang patuh pada agama juga. Dia mengerjakan solat. Dia membaca al-Quran. Tetapi, oleh kerana adiknya diperkosa dan dibunuh, membuatkan dia tidak percaya kepada Allah. Dia sudah tidak yakin akan kasih sayangNya.
Katanya, dia mahu membunuh diri. Itulah salah satu cara dia boleh bertemu dengan Allah dan mencela segala ketidakadilan ini.Iqbal mula tergugat. Dia mula ragu-ragu kepada Allah setelah mendengar keluhan Firman. Dia juga mula bertanya, "Ya, mana dia bukti kasih sayang Allah dengan menimpakan sedemikian kepada Firman sedangkan dalam masa yang sama Firman seorang yang baik amalannya, apakah bukti hidayah Illahi..." dan banyak lagi persoalan bertubi-tubi datang ke minda Iqbal. Dia sudah tidak solat. Sudah tidak menghafaz quran. Hatinya berkecamuk. Iqbal mahu menjadi orang yang baik. Mahu mengenal pencipta alam ini iaitu Allah. Dia yakin itu. Tetapi, pertanyaan Firman kepadanya membuatkan dia terfikir dan turut terjerat sama.
Aduh! Sakit jiwa saya membaca bahagian ini. Tetapi saya gagahkan juga diri dan membaca secara cepat biar cepat sampai bahagian Iqbal menemui jawapan kepada persoalan itu semua. Bukan itu sahaja, Firman di penghujung cerita juga akan menemui makna semua dugaan yang menimpanya. Kawan-kawannya turut berubah.Dahulu, saya agak pelik kepada orang-orang seperti Firman. Ya, orang yang suka mempersoalkan kasih sayang Allah. Bagi saya, soalan tentang ketuhanan tidak boleh dilogik-logikkan menggunakan akal. Jawapan kepada persoalan itu semua tetap ada, tetapi atas faktor kekurangan ilmu, maka kekadang kita tidak mampu memberi jawapannya. Malah, amat ditakuti sekali, kita turut terjerat sama, contohnya Iqbal di dalam cerita ini.
Dahulu, saya juga merasakan orang-orang seperti Firman ini hanyalah segelintir sahaja. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, saya tidak rasa sebegitu. Saya rasa hampir semua orang yang susah dalam kehidupannya cenderung berfikir sedemikian. Cuma ada sesetengah orang, dia tidak berani meluahkannya dan ada sesetengah orang, dia sangat agresif marah kepada Tuhan.Aduh, saya sangat kasihan kepada orang yang sebegini. Saya faham yang dia tidak akan pernah tenteram dalam hatinya walaupun secara zahir dia kelihatan gembira. Saya tahu hatinya menangis. Lalu hatinya memberontak dan cuba melawan segala "kesedihan hati" itu.
So, pendapat anda? Baca dulu baru cerita key...

Monday, January 5, 2009
Rasa itu membunuhku
Apa perasaan kamu, jika kamu hilang kepercayaan??? Jika hatimu tidak bergetar lagi menyebut satu nama sebaliknya ditukar dengan amarah dan dendam membusung dada.
Apa rasa kamu, jika kamu sudah kehilangan deria rasa? Kamu terus mencari dan mencari namun terus gagal bertemu lewat pencarian itu. Kamu mencari dia tapi dia terus bersembunyi. Dia terus menghukummu. Dia terus tidak menerima dan membuangmu. Dia ternyata tidak mahu berkongsi kasihnya denganmu.
Bagaimana rasa jika kamu sudah hilang segala rasa hormat dan takut diganti dengan sesal dan benci yang menyerbu. Kamu mula meninggalkan dia, secara perlahan kamu ingin menyingkirkan dia dan dalam senyap juga kamu cuba menyanggah kewujudannya.
Rasa suka sudah dibunuh. Rasa kehilangan sudah tidak diratapi. Yang tinggal hati yang kering dan kaku. Perasaan yang mati umpama gerigis kayu....

Subscribe to:
Posts (Atom)