Friday, April 30, 2010

Hadiah Ulang Tahun

Jambangan mawar dari Suz..thanks a lot...u buat i terharu sangat Suz
Yang ni aku beli untuk diri sendiri...aih, saper kater motivasi diri tak penting...i feel motivated with this kind of reading material tau...lagipun, Dr Fadzillah Kamsah saper tak kenal kan?

Sweater Harajuku dari Kak Nurul..cantek...buleh pakai cuti2 Korea nanti...kata Angah, "kak Nie...macam sweater Geum Jan Di lah (heroin Boys Over Flowers)...."

T-shirt comel ni plak..pemberian Che Su...cute kan girl dalam shirt ni? Rambut pendek paras bahu, kata Sue "T-shirt ni ko sangat...aku nampak terus ingat ko..."Thanks Sue...sayang ko.

Walaupun birthday dah berlalu pada 21 April lalu...kawan2 baik hati kasi hadiah. Semuanya comel2 belaka dan satu kejutan buat aku yang pada mulanya bena tak bena menyambut hari jadi. Bukan apa, takut mengingati tua lah...rasa macam dah menghampiri ke warga emas pulak...

Pagi Hari Jadi datang kerja macam biasa dan seolah terlupa pulak that day was a big day for me. Tetiba Abang Sam dan Dipie datang menyanyikan "Allah, selamatkan kamu" disambut teman2...I think i was blushing during that time. Malunya bila rakan2 di desk lain menoleh dan menjenguk...yes, i'm extremely a bit shy...dalam lincah2 aku ni sangat penyegan orangnya. Itu aku mengaku.

Tetapi sekarang, i feel blessed lah. Umur menandakan pengalaman dan pengalaman membantu menjalani kehidupan sejahtera. Frankly speaking, aku rasa belum le matang sangat, masih childish, minat kartun, suka baca komik dan hantu cerita Korea. At the moment minat benar dengan Jang Geun Suk ( how i wish i could turn 10 years younger)..tapi pelan2 kayuh lah...lagipun, kalau kita happy, kita nampak young forever...bak kata Husni, gym instructor, " Saya ingat paling tinggi umur awak 25 la..." ye ke? hahaha thanks..nanti saya belanja awak Secret Recipe cake macam yang awak mintak..

Apapun, selamat menjalani hidup yang aman2 dan ceria untuk aku...semoga perjalanan yang masih panjang ini diberkati. Again, I feel blessed...

Wednesday, April 28, 2010

Bubur jagung basi

Tersentuh aku membaca email Kim menerusi Facebook tadi. Jarang2 hati ini terjentik tetapi apabila yang menulis sahabat lama, akrab dan dikirimkan dengan penuh tulus, hati yang keras menjadi cair. Jiwa yang kental jadi rapuh.

Sungguh aku melalui hari2 gembiraku bersama rakan2 baikku ini. Aku meniti keremajaan yang penuh riang ria bersama mereka. Sepanjang perkenalan, belum ada lagi perbalahan hebat. Dengan Lela pernah sekali namun kerana ketulusan dan keakraban yang bukan mainan, yang keruh sudah menjadi jernih.

Biar aku cerita sikit tentang Syikim. Dia lawa orangnya, di kalangan kami berempat dia bagaikan ratu malah namanya meniti dari bibir ke bibir jejaka di sekolahku. Sepasang mata bundar dengan bulu mata melentik, hidung macung seludang dan bibir seulas limau semerah ros, tubuh langsing dan rambut keperang2an (tetapi dia memakai tudung ke sekolah), wajah bulat comel, siapa yang tidak tertawan dengan Syikim. Lagi satu, dia sangat menjaga penampilannya. Sengkuap (awning) tudung sentiasa kemas dan berbentuk, uniform sekolah putih bersih, jari halus runcing cukup membuatkan jejaka2 di sekolahku bergetar perasaan dan tak tentu arah kala Syikim melintas. Namun, Kim ni amat pemalu. Suara tak pernah terkeluar dan muka pucat tak berdarah apabila diikut rapat jejaka2 yang menggilainya terutama geng Wazir dan ada seorang mamat yang suka memandang dia tak kelip mata.

Setiap kali dipandang, tidak pulak dia panik tetapi sempat berlawak, "Batu apakah itu yang memandang ke sini? Batu belah kot..."katanya sebelum kami melambakkan tawa.

Suatu hari kala pertukaran kelas (oleh kerana kelas kami digunakan sebagai dewan peperiksaan SPM maka berkelanalah kami, sekejap2 dihalau ke makmal, sekejap2 diusir ke library) kami sudah merempat entah mana kelas. Sedang elok menyusun2 meja dan kerusi, Lela terjumpa satu tuppeware bubur jagung basi. Entah siapa punya,nampak sangat dia lupa nak makan...sebab bubur tu masih penuh. Mungkin dia diet la kot...

Lama gak kami membelek bubur tu, berkira2 apa nak dibuat. Tiba2 Lela kepala hangus mencadangkan, "Amacam kita hadiahkan bubur ni pada geng2 Wazir? Cakap je la dari Kim, wah sure dorang kembang punya? " Lela ngan aku memang dianugerahkan kebolehan menyakat orang kan? Kebetulan kami pulak berkongsi zodiak, jadi kerja...kalau aku tak mencadangkan, dia pulak yang akan keluarkan idea2 puaka dia.

Aku pandang Syikim. Dia macam tak yakin. Dari matanya aku dapat membaca "tak pe ke kita buat macam ni? Tak jadi apa2 ke?"
"Hisss...ok gak...aku pun tengah boring giler ni..sehari tak menyakat aku jadi rengsa," macam tau2 je apa yang bermain di fikiran Kim.
"Aku tak berani Lela...aku takut, hiss tak baik, kalau dia makan betul2 macam mana?" biasa la Ita, biasanya dia akan mengambil sikap selamat, berdamai dan mintak mahap le nak buat benda2 yang memudaratkan. Itu yang aku hairan, macam mana dia boleh join group hantu aku ni.

"Ala Ta..tak de nyer dia makan...aku belum bukak tupperware lagi dah tercium bau tungkik bubur ni. Aku rasa tiga ari punya stok la ni," kata Lela sambil menggamit salah seorang geng Wazir. Aku tak ingat siapa, mungkin Rosman kot.

Tersengih2 mamat tu datang. Senyum sampai ke telinga. Dua tiga lagi berkerumun. "Weh, bubur jagung, favourite aku ni.." Asri sudah mengusap2 bibir. Nampak teruja dengan kuning bubur. Kembang tekak aku.
"Hah, jangan nak mengada, bukan untuk kau ni, Syikim buat khas untuk Wazir," aku pura-pura marah.
"Aiseh Kim apa tak buat untuk aku sekali...favourite aku ni,"Asri tetap tak puas hati. Syikim diam seribu bahasa.

"Dah, dah...ambik ni...makan kongsi2..main jejauh," Lela menghulur tuppeware bulat penutup biru. Ita tunduk, aku rasa kalau aku biarkan mau dia sorok muka bawah meja.

Asri & the geng lesap membawa bubur jagung basi ke kelas sebelah. Mestinya untuk sampaikan kepada Wazir the King dorang. Aku ngan Lela saling bertampar tangan. "Give me five" jerit kami serentak.

Selang beberapa lama terdengar riuh rendah kelas sebelas, hah! Jerat sudah mengena. Pastinya aroma hanyir masam bubur jagung basi sudah semerbak seluruh kelas.

Asri datang dengan wajah berkerut dan menahan muntah. "Sampai hati korang buat macam ni ...entah longkang mana korang kutip tak tau lah,"katanya.

Aku dan yang lain2 gelak besar. Itulah excited sangat, "nak lagi ke? Banyak lagi stok bubur ni, seminggu lepas punya pun ada, esok2 aku tapaukan nasi goreng pulak, " sempat aku bakar lagi perasaan si Asri ni. Mujur juga dia tak ambik hati, kalau tak mahu pancit tayar basikal aku dikerjakannya.

Itulah ceritanya, bubur jagung basi pun kami boleh buat kira-kira. Sampai sekarang tengok bubur jagung, teringat cerita lama. Banyak betul memori ye...

Thursday, April 22, 2010

Cikgu Oh Cikgu Shamsuddin

Ini kisah Cikgu Shamsudin, guru matematik tingkatan 5. Orangnya sangat kurus, kalau berdiri sebelah pelawak Osman Kering, belum tentu Osman dapat title 'kering', silap2 cikgu Shamsudin rampas tahta.

Mukanya sejemput, dari dekat nampak mata hidung, dari jauh nak dibandingkan dengan buku teks math tu, aku rasa tulisan 'Matematik' pada buku lebih jelas lagi agaknya. Cikgu Shamsudin rabun, kanta speknya sangat tebal tapi kesian selang empat saat, spetnya selalu ke bawah. Boleh bayangkan tak betapa keciknya muka dia?

Dia tergolong dalam kategori 'soft spoken'. Tak pernah meninggi suara apatah lagi nak membentak marah. Jauh sekali nak denda anak muridnya yang tak buat kerja sekolah macam aku dan Lela. Bila dia bercakap, kita terpaksa betul2 kena pasang telinga. Itu bagi yang mahu belajarlah dan kalau maths favourite subjeknya. Kalau dapat yang macam aku ni..huh, kadang2 bunyi kipas berputar atas kepala pun, aku ingatkan cikgu Shamsuddin tengah mengajar algebra...empat lima enam kali jugalah muka berkerut, bukan sebab terlalu concentrate tetapi dok berusaha tahan mengantuk.

Tapi cikgu Shamsudin macam tu jugak, walau student empat lima enam kali menguap, pandang papan hitam macam peserta Raja Lawak yang tak menjadi lawaknya, dia tetap gigih mengajar.

You all boleh bayangkan kalau subjek maths tu jatuh selepas waktu rehat atau lagi 45 minit waktu akhir, macam mana azab menunggu loceng berbunyi? Nak pulak situasi macam aku yang duduk tepi tingkap; di sebelah padang, bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tu dia, mata dah macam kucing Garfield. Layu, layu dan layu dan puff, dengan cikgu-cikgu sekali hilang dari pandangan...

Kisahnya, satu hari aku sudah jumpa plastesin (kalau sekarang ni orang panggil play dough la...mainan bebudak tu) dari almari sekolah. Entah sape punya pun tak taulah, aku main ambik je...ahh kira sedekah lah kalau letak tempat awam begitu. So, aku and The Young Riders sudah buat macam2 bentuk la. Si Ita dok buat karipap je...aku ingat dia ada cita-cita nak jadi taukeh karipap kot...

Tiba-tiba Syikim bersuara, "korang pandai tak buat muka cikgu Shamsudin guna plastesin ni?" Aku pandang Lela, Lela pandang aku, Ita tak tau apa2 sebab sibuk kelim karipap.

"Boleh, boleh, "jawab aku dan Lela serentak.

Lalu aku membahagi-bahagikan plastesin tersebut, "Lela ngan Kim bentuk muka, aku buat badan dia,"kataku.

"Aku buat apa?" Tanya Ita.

"Ah, ko buat spek dia udahlah,"putusku.

"Ala, korang sukalah bagi benda2 tak best pada aku..." Ita macam merajuk.

"His, spek dia penting Ta...kalu tak de dia tak boleh ngajar kita...ko tengok berapa tebal spek dia...hisss, ini kira tugasan paling penting la," aku pujuk Ita. Lela kulum senyum. Syikim dah mula membentuk hidung segala.

Entah macam mana memang jadi betul muka cikgu Shamsudin. Aku plak siap buat costume baju melayu, tanjak segala. Spek Ita pun menjadi nampaknya. Pandai dia. Then, kami siap membentuk huruf2 'Hai, saya Cikgu Shamsudin.."

Lagi lima minit sebelum cikgu masuk, aku & the gang dah letak plastesin ala2 Cikgu Shamsudin kat meja bacaan (dulu di tepi meja guru kami letak dua tiga meja, then ada le letak dua tiga buku kat situ...tapi haram depa dok baca pun...jangan takde...cara ini berkesan dan popular kala diadakan pertandingan Kelas Tercantik je lah ye).

Sepuluh minit pertama mengajar cikgu tak perasan lagi, sebaik singgah ke mejanya, dia sudah nampak, "Oo Ow". Tapi, aku perhatikan dia cool je, selamba je...Aiseh, takkan, cikgu tak cakap apa kot. At least, lecture la sket. Aku dah campur, tolak, bahagi, darab dalam kepala. Haruslah dalam 20 minit dia akan bagi lecture, smaka 'selamat'lah pengajaran dan pembelajaran ketika itu.

Aku tengok dia berjalan perlahan ke depan kelas. Tunduk selang dua tiga saat baru angkat kepala.
"Cikgu ada berita sedih untuk kamu..." Yes, jerat sudah mengena...yes, yes, yes...

"Cikgu mungkin tak dapat hidup lama. Cikgu tak tahu sama ada dapat tengok kamu ambil SPM atau tak?" Hah! Aku dah mula cuak. Dok jeling2 juga plastesin tu. Alamak, kalau aku tau nyawa cikgu tak panjang, taubat aku takkan usik2 dia.

Satu kelas diam tak berkutik. Aku yang selalu dok pass2 nota dengan Lela macam "Ngantuk wei", "Cikgu ni kalu kena tiup angin, harus melayang ke gunung pondok" dan macam2 lagi pun diam. Alahai, siannya cikgu aku, patut kurus.

Mulai saat itu, kami paksakan diri belajar Maths. Kalau sebelum ni dok tersengguk2, cuba beri perhatian walau kadangkala terbabas jugak. Kerja sekolah kami siapkan kecuali si Lela...(hahaha dia memang ketegaq..degil kata orang Utara). Tak de la dah, kami nak melawak sangat.

Dari sehari ke hari, kami dok hitung gak...katalah cikgu Shamsudin rebah dan mati waktu dok mengajar, alamak apa nak buat? Tapi, dok sehari ke sehari dia makin sihat nampaknya. Makin tekun mengajar. Dalam hati bagus cikgu ni, sesuai dengan pepatah, cikgu ibarat lilin, menerangi orang lain walau diri sengsara..ewah, ewah...

Masuk bulan sembilan, nak trial, dia dok elok je...agaknya pinjam semangat anak murid kot. Hari2 seterusnya pun dia selamba je..bagusss la cikgu ni...

Sehinggalah beberapa tahun kemudian, aku terserempak dengannya di Jabatan Pendidikan Daerah kala cuba memohon menjadi cikgu sementara. Hai, panjang rupanya umur cikgu. Kuasa Tuhan.

Dan, selepas itu, baru aku tahu, cikgu terpaksa berbohong semata-mata nak bagi anak2 muridnya yang degil ini belajar, menumpukan perhatian. Ooooo...gitu ke ceritanya? La, rupa2nya dalam nakal2 kami kena tipu gak, bukan dua tiga bulan tetapi setahun lamanya...ooooo lagi, kesahnyaaa....cehh seribu kali!!!!
Agaknya, cam ni le rupa kami semua masa tu....hisss buruk bebenor la...

Tuesday, April 20, 2010

Aku masa sekolah

Masa sekolah dulu aku akui memang nakal (nakal bukan jahat ye). Macam2 yang aku cuba buat. Cikgu ajar A, aku buat B. Cikgu kata satu, aku tambah dua. Hendaknya pulak ada geng sehidup semati, susah senang, yang aku gelarkan The Young Riders (tajuk drama bersiri koboi paling glam di TV3 ketika itu...antaran pelakonnya adik Baldwin yang bongsu). Keahliannya 4 perempuan dan sorang lelaki tersesat. Aku, Lela, Ita, Syikim dan Zaman.

Lela macam aku kepala gila, kuat menyakat, suka buat benda bodoh tapi kami rasa cool sangat. Ikim ibarat ratu sebab dia cantik sangat. Ramai orang tergila2kan dia. Setiap minggu dapat surat dari secret admirer dan memujanya. Ita? Ita paling baik macam malaikat. Aku belum pernah jumpa orang yang taat sangat dengan ibu, macam Ita patuh pada ibunya. Tapi, yang pelik boleh pulak join kami yang kepala hangus ni. Tapi, kesiannya dia selalu jadi mangsa buli dan 'guinea pig', bahan ujikaji sebelum kami kenakan lawak jenaka pada orang lain pulak. Pernah kami sorokkan kotak pensilnya atas bilah kipas dan payung yang selalu diangkutnya pada kotak pemetik suis. Satu kelas mencari tapi kami boleh buat muka kering. Bila buka saja kipas habis segala macam mak nenek pensil, pen, raba (eraser la), ruler berterabur. Satu kelas tolong kutip, kami dok lari belakang kelas, ketawakan dia. Tapi Ita tak pernah marah, cuma merungut saja, 'korang ni jangan lah buat aku macam ini..." ye dia sangat baik, kami cuma angkat tangan, mintak ampun saja. Tapi esok2 kami buat juga, kali ini kami lucutkan tali beg dia pulak, sampai satu hari tu, hanya tali je berlingkar kat bahu dia, beg tinggal elok dok atas meja.

"Ringan betul beg aku ari ni...rasanya aku bawak semua buku teks,"katanya melagakkan gaya menepuk beg (kebiasaan yang dia buat).
"Pasal apa pulak aku dok rasa macam tepuk pinggul je ni.." dia dok pelik lagi.
"Memang la Ta...dah ko tak bawak beg, ko bawak tali je," serentak itu aku dan Lela gelak bagai nak gila...haha kesian dia, kena berlari balik ke kelas ambik beg. Jauh wooo....seribu meter adalah.

Nak ikutkan banyak betul kisah kami mengenakan Ita ni tapi dia tetap sabar, senyum dan tak meninggikan suara. Ahli Sorga dia ni. Sesekali bagi dia tugasan mengenakan orang, dia akan cakap "Mak kami marah...tak baik tau buat macam tu" tapi kalau benda dah jadi, dia pun pakat gelak sekali walaupun gelaknya tak pernah berbunyi, berdekah2 macam kami.

Zaman pula pandai Prinsip Akaun. Aku kalau pepagi homework tak siap, aku akan pi kat dia menyalin kerja sekolah ni. "Hisss..kau ni belajar2 lah buat sendiri, asyik nak meniru je..belajar main2" katanya.
"Baik ko kasi, kalau tak aku tak mau tolong kau tulis surat untuk Yan," Seronok main ugut2 dia ni. Yan budak junior memang minat gila kat Zaman. Zaman memang tak mau, tapi kami aci main paksa.
"Aku malas nak bercinta masa sekolah ni...nanti prestasi aku jatuh," katanya.
"Ala, kau tak yah susah2, nanti aku ngan Lela tolong tuliskan surat cinta kau tu," balik2 aku ngan Lela kan...sampai ke sudah si Yan tak tau yang kata2 romantis untuknya itu, kami yang tulis. Ampun la..

Bab nak menyuruh ke koperasi, beli keropok la, buku la...Zaman selalu jadi mangsa. Upah lah sebungkus keropok, senyum sampai ke telinga. Tapi, selalunya kami buat2 hilang ingatan hahaha...memang le perangai tak serupa orang.

Dalam makmal, bab belajar teori momentum, aku ngan geng sudah main2 kereta mainan yang cikgu McGyver bawak untuk eksperimen. Keliling kelas kami pusing, sampai cikgu geleng kepala. Agaknya, dalam hati berkata, perangai cam budak jantan depa ni...budak2 jantan semua dok geleng kepala juga. Tapi, peliknya result eksperimen tak pernah tersasar, tepat dan betul macam motto polis.

Bila masa aku belajar pun tak tau. Tapi bila keluar result, tempat pertama (keseluruhan tingkatan ye), geng kami sewa, Zaman nombor satu, aku kedua, Lela dan Syikim pass baton (lari berganti2), Ita, Watie dan etc etc. Ramai tanya "Korang asyik main, gelak, main, gelak, bila korang pulun baca buku?" tanya Sabri Pandak Ahmad, kelas kedua. "Tu la, cikgu ajar concerntrate.." kataku. Tapi haram gak aku buat. Ustaz Hazan kat depan bagi lecture, aku dok gila baca novel yang diselitkan dalam buku teks. Ada sekali tu, aku tak sedar rupa2nya buku teks aku terbalik dari awal. Ustaz tegur, "buku awak terbalik" "Oh ye ke, tak perasan" dengan selamba aku betulkan kedudukan buku tu.

Lela pulak tak pernah hantar homework matematik. Pernah sembunyi dalam almari gara2 malas belajar Prinsip Akaun. Aku plak nota Geografi tak pernah lengkap. Biarpun Cikgu Faridah paling ditakuti murid dan terkenal dengan sikap garang dan tak pernah bagi muka, dengan aku tak kata apa dia. Berapa kali dia membebel, orag dah buat bab 11, aku baru bab 3. Aku sengih je. Habis2 aku tuju ke Watie, mintak pinjam nota hahaha baik punya malas. Tak tau takut plak tu.

Dalam bab ni aku harus puji Syikim dan Italah. Rajin, patuh dan kala exam menjelang. Kim menunduk baca buku. Payah nak ajak berborak dan menakal. Ita paling muka sekejap je, then leka mentelaah. Zaman aku malas kacau, kang dia kutbah jumaat kat aku. Yap Ah Wong pernah cuba2 kacau, akhirnya aku bosan pulak bila dia bukak teori nyamuk macam "kenapa kita kejam membunuh nyamuk?" " Tau arrr Bennie, itu nyamuk aaa...sudah bagi balance kita punya ekosistem.." "Ye la pek..ye la..." sambil berlalu pergi, ajak Loke Kim Foo main meriam pula (cara dia ambil pembaris, renyukkan kertas, cari sasaran dan tuju" hahaha kadang2 kena Noorsilawatie Che Din, kena Mohamad Baharudin, Maimunah Isa, kadang2 kena cikgu..hahaha

Banyak, banyak sangat, bila fikir2 balik, mujur jadi orang. Petang merambu dengan motor, orang tuisyen sabtu (free tuition, aku tak penah amik tuition hehehe bukan aku la), aku lepak kedai Pak Din makan ais kacang sambil tengok citer Ultraman.

Orang dok pulun menelaah  buku menjelang trial exam, aku main ouja board (spirit2 tu) sampai budak lain pulak kena rasuk. Esok ada paper agama, aku pi lepak ngan member makan cendol. Pernah lewat setengah jam masuk exam tapi paper tu dapat A.. hiss macam2.

Kenapa aku imbas balik kenangan ni semua? Sebabnya, aku jumpa member2 sekolah dulu di Facebook. Aku tanya Watie, "ingat ke lagi dorang kat aku?" Watie tulis, " Sape yang tak ingat ko" hai, dalam je maknanya. Ingatkan aku sebab ok akademik? Pembahas dan pemantun sekolah? Kaki mengacau kat padang sukan? Tukang bawak lari berus lukisan dari bilik lukisan? Tukang tulis macam2 ayat mengarut kat papan hitam? Buat gempak kat library? Atau kucar-kacirkan ketenteraman makmal? Oh, banyak sungguh kesalahan aku rupanya.

Apapun, aku bahagia tidak dilupakan. Lepas tu sorang demi sorang member sms dan chat...hehehe ingat lagi korang seorang aku yang nakal tahap gaban nih...hehehe...pas ni kita jumpa di gathering ulung kelolaan Watie Che Din ek...

Friday, April 16, 2010

Pattani, Thailand

Central Mosque Pattani..dipercayai masjid ini mengambil ilham Taj Mahal yang tersohor, itulah sebabnya ada kolam kat depan...besrsih dan tenang. Sekali pandang, teringat masjid Baiturahman di Acheh kerana mempunyai warna kubah hitam yang seakan sama

Tempayan gergasi di Chao Mae Lim Kor Niew Shrine, Pattani. Tempayan ini memuatkan bekalan air untuk kegunaan emergency. Berkenan aku dengan hiasan naga dan burung pheonix (rajawali) timbul...aku rasa adalah dekat2 besar aku kot...
Masjid Krisek penuh darah dan sejarah....diilhamkan daripada masjid Asia Barat, perkara menarik mengenainya ialah ia tidak mempunyai kubah selain dinding batu merah dibiar tidak bercat. Dipercayai dibina ketika pemerintahan Raja Naresuan (1578 -1599), mitos popular mengenai pembinaanya yang tidak siap itu ialah kununnya ia termakan sumpah Mae Lim Kor Niew. Kubur Mae betul2 di luar pagar masjid ini.
Punyalah seronok bergambar di masjid ni, siap pekena ais krim pulut lagi (sangat sedap) lepas tu baru dapat cerita kelmarin dua penduduk kampung terbunuh di tembak pemberontak...syukur, nasib lah umur nak panjang


Hutan pokok bakau yaring..khabarnya, pokok bakau di sini berusia kira-kira seribu tahun



Bergambar di patung duyung di Songkla, Hatyaai...kata orang kalau nak cepat berjodoh, gosok2lah duyung itu sambil berniat...iye ke? Yang aku takut, gosok2 hidup pulak dia, dah satu hal nak menyara si duyung nih...tapi aku suka pantai ni, angin sepoi2 bahasa, kena pulak dengan ais krim pulut..fuh, nikmat dunia...


Yang ni plak statue kucing dan tikus simbolik kepada pulau tikus dan pulau kucing terletak berdekatan...kununnya, kucing dan tikus tak boleh rapat, asyik nak bercekau...so, to be fair, aku berfoto di tengah2..sejuk aje menyentuh patung tembaga itu di petang nan damai...antara tempat yang aku akui excited sangat nak bergambar.

Ke Pattani, Thailand ni pun dah lama. Baru sekarang juga dapat berkongsi dengan pembaca blog ni. Belek punya belek, banyak juga aku mengambil gambar di sini...harus le lebih 100 keping tapi biarlah yang lain buat kenangan. Lagipun, semuanya gila2 dan merepek. Banyak juga gambar bangunan dan tempat menarik. Tengok balik boleh buat tersenyum terutama bergambar setelah penat bershopping dan muka gerun2 berani naik tut tut. Hissss...memang rasa nak pergi lagi. Doakan aje ada rezeki lebih, Insya Allah, dapatlah kembali semula ke negeri terkenal dengan lambang gajah ini...

So, Sawadikap....

Saturday, April 10, 2010

Jalan-jalan Singapura


Aku, Sairi, Imran Ajmain dan Li Shian bergambar macam cover album...hahaha habes gaya la tu...

Di Mint Museum of Toys...ada beribu2 permainan klasik dan baru. Sebab aku suka benar dengan Betty Boop, aku tak lepaskan peluang bergambar dengan figure ni...ini Betty Boop keluaran awal...
Masih di Mint...patung The Beatles pun ada...bapak aku mesti suka punyer sebab dia die hard fan band dari Bristish ni...aku pun terikut2 minat dengan John Lennon

Bergaya ala2 'kucing parsi di papan tanda di Mint..semuanya klasik, wujud sejak zaman Frank Sinatra aku kira
Bottle tree di Jurong Bird Park...pokok ini banyak dittemui di Afrika...perhatikan batangnya yang berbetuk botol tu...diameternya adalah dalam 4,5 pemeluk orang dewasa
Imran tidak melepaskan peluang main burung...whopsss...
Titi gantung di Jurong Bird Park...gayat gaklah...ini kalu jatuh, wasalammmm

Bersama Merlion, patung singa tersohor..
Masjid Kampung Glam...lama namun utuh, cantik terpelihara. Terletak di kawasan majoriti penduduk Melayu, akui akui sangat tenang berada di sini...teringat pula kegemilangan Jalan Ampas sewaktu filem Madu Tiga, Masam2 Manis dan sebagainya tengah meletup dulu
Salah satu permainan unik dijual di Kampung Glam...goyang2kan tangkainya dan empat ekor ayam bergerak serentak, mematuk2 papan kayu


Kemeriahan Singapore kala menyambut krismas..seluruh bandar bermandi cahaya lampu dan hiasan khas hari natal...replika pokok krismas ini sangat tinggi, setinggi bangunan empat tingkat...boleh pulak masuk di dalamnya kalau hendak mengambil gambar

Esplanade berbetuk mikrofon dolu2...kat sini le bermacam konsert dan filharmonik diadakan...antara trademark Singapore selain singa Merlion

Singapore Flyer diambil ketika naik DUCKTOURS

Lagi pemandangan malam...ingat tak Shaw Brother, syarikat perfileman yang giat menghasilkan filem melayu sekitar tahun 50 an dan 60 an...hah, sekarang dah ada bagunan sendiri u...besar bukan main di tengah bandar Orchard

Lagi sessi bergambar...tengok tu Imran tinggi betul, besar ragam kata Orang. Sebelah Li Shian, managernya Faliq, orang Ipoh, Perak je...Faliq nampak macho tapi gayat tempat tinggi. Muka pucat tak berdarah masa naik Singapore Flyer...merangkak kat lantai wa cakap lu hehehe...dan, masa Megazip (lebih kurang flying fox tapi meluncur dari bukit eh tinggi betul la...setinggi bangunan 18 tingkat kot), ingatkan dia yang jerit paling kuat rupa2nya si Imran hahaha

Jalan2 Singapore. Lama dah tapi sorry le baru berpeluang download gambo, itupun terjumpa balik pendrivenya...kerja malam, tak de kes, aku bikin kesah kat pc ni...apa nak buat, nak berkaraoke kat depan tu dengan akak nurul, bangunannya masih under renovation...so, kepada uols silalah tatap2 gambar ni ek...mana la tau kot nak cuti2 ke Singapore, adalah serba sedikit ilhamnya kan? Enjoy!

Thursday, April 8, 2010

Encik Kacak Bergaya

Macam2 iklan sekarang, yang syok ada yang merepek pun ada. Lebih2 lagi iklan radio...kena buat sehabis baik, maklum hanya suara yang keudara...ada satu iklan ni, nak kata lucu sangat tak lah, tapi bila dengar, boleh bergolek ketawa dibuatnya. Lebih kurang gini...

Lokasi : Restoran rasanya...

Ketua Pelayan: Selamat datang encik berjaket kulit.....(tak berapa nak tangkap walau dengar berulang kali hehehehe...maaf lah, selalunya teman tengah memandu)
Hero : mmm nggggg mmmm
Ketua Pelayan: Pelayan, bawa encik fasih bercakap ini di mejanya.
Pelayan: Encik bertubuh sempurna mau minum apa?
Hero: air suam
Pelayan: Syabas! Encik bercitarasa tinggi
Agaknya, dia duduk...then, berkumandang suara perempuan lagak menggoda
Perempuan: Hai, encik kacak bergaya...

Dan, entah kenapa aku membayangkan si hero ini si pelawak Abon hahahaha...apapun, thanks sebab berjaya mengurangkan sesak kepala dan tekanan perasaan di kala Kuala Lumpur diselubung kesesakan jalan raya...