Tuesday, March 30, 2010

Remember Me

Rasanya berkurun aku tak ke KLCC, kerana REMEMBER ME, akhirnya kembali menjengah ke sana. Jangan salah sangka, aku tak ada pengalaman buruk membabitkan KLCC, cumanya tidak ada keperluan ke sana. Lagipun, hendak bershopping, lebih baik ke Midvalley berdekatan dengan tempat kerja dan tempat tinggal.

Kerana REMEMBER ME jugak, Kak Hazirah berjaya merempit 30 minit dari Sunway Piramid ke KLCC. Fulamak dah macam pelumba kereta Micheal Shumacher. Nasib le hari itu dia bawak Avanza, dapat le ke KLCC tepat pada waktunya, kalu harapkan MYVI aku agaknya, sampai Sungai Besi ajalah...

REMEMBER ME (RM) tidak mengecewakan langsung. Berbaloi kak kita pecut macam orang gila, siap bagi high beam sign segala. Haruslah orang yang jadi mangsa kita tu sakit hati hehehe, mesti dorang kata, "apalah pompuan dua ekor ni, macam samseng jalanan!"

Daripada permulaan cerita sehingga membawa ke akhir RM dijalin dengan skrip dan plot cerita kelas A. Suka tengok lakonan Robert Pattinson dan Pierce Brosnan yang bersahaja namun menyengat. Sesuai benar diorang ni jadi bapak dan anak, setara dari segi tampan dan karismanya.

Namun, pengakhiran cerita berjaya membuat orang tersedak dan tersedu-sedan jugak. Sangat luar jangkaan. Tak payah cakap la ye, nak tau kena tengok sendiri, nanti hilang suspen pulak. Yang pentingnya, aku dah macam tertelan kapur barus. Kerongkong terasa kelat dan payau. Mata panas berair. Sempat juga aku menoleh minah di sebelah. Semakin tiba saat klimaks, lagi erat dia memeluk handbagnya. Kawan di sebelah tergopoh-gapah mengeluarkan tisu. Penonton di seat belakang, yang dari awal cerita dok sibuk bergelak2 dan sesekali terlontar suara high oktafnya mengomen itu-ini, diam tak berkutik. Macam terserempak UFO di langit tak berawan (cewah).

Pendekata memang anti klimaks. Memang luar jangkaan dan mengkucar-kacirkan hati. Melaluinya, kita  belajar setiap detik kehidupan, setiap denyut nafas perlu dihargai. Sebarang tingkah laku walaupun sebesar hama meninggalkan kesan maha besar kepada mereka yang ditinggalkan. Dan, setiap jasad, ada tempat istimewa di hati insan-insan di sekeliling kita.

Sesuai benar dengan tajuknya REMEMBER ME, filem ini berjaya meninggalkan bekas di hati penotonnya. Tak percaya? Jom tengok!

Saturday, March 20, 2010

Trip from hell

Ragam manusia macam-macam. Memang resmi hidup begitu...colorful! Yang berwang (bukan beruang ye) dengan lagaknya yang menganggap diri serba ada, yang sederhana apa2pun dengan cara ukur baju di badan sendiri, yang miskin dan tak berharta dengan sikap merendah diri dan menagih belas.

Walaupun bukan semua begitu dan aku main pukul rata saja namun realitinya, lazimnya begitulah. Aku bukan cakap kosong tapi ini kata2 setelah bertemu pengalaman yang menyakitkan. Seminggu yang lalu, akhbar tempatku bekerja dijemput menyertai sebuah ekspedisi bermotor di sebuah lokasi hutan di Pahang. Kalau sebut tempatnya, haruslah semua orang kenal kecuali lah yang berhidung tinggi, tak mahu mengaku anak tempatan. Warga Malaysia tercinta.

Dua tiga hari sebelum berangkat, aku sibuk call authoritiesnya mengatur transportation dan penginapan. Memang kena buat semua tu supaya assignment berjalan lancar especially out station over the sea (luar negara lah).

Ketika berurusan lagi memang hati aku tidak sedap. Maklum ditanya pasal transportation, jawapannya, "Cik pandu kereta ke nanti?" Saya balas, "Hai, bukankah pihak awak yang menjemput, nak harapkan kereta 'cap ayam' saya tu memang tak boleh redah hutan..." Dia macam tak paham bahasa. Tapi setau aku nama dia memang melayu tulen, sempena nama pendeta tersohor lagi. Dia bertanya lagi, "Naik bike ke?" Saya mula mencarut dalam hati. Dalam hati saja lah..sebab saya masih tahu adab sopan. 'Hai, aku yang terhegeh2 nak pegi ke ko yang menjemput ni?' Pengalaman kerja luar, tak le penah aku berhadapan soalan2 tak berapa bijak macam ni. Ke Eropah mana sekali pun, yang manage kami reporter memang profesional. Ini bukan macam aku nak buat liputan, nampak gayanya dia ingat aku peserta pulak. Kerja berlambak lagi ni, kena layan dia yang tak berapa nak paham tugas aku pulak. Sabar, sabar.

Aku tukar topik. "Penginapan macam mana?", "Oh, dah fully booked la...kami memang nak bawak reporter, nak sangat media pergi, tapi macam mana pun kami akan usahakan..."Jawapnya dengan confident yang dibuat2, maklum nada suara aku dah macam kucing nak mengawan. Pulak dah. Dia ni biar betul. Tak pa, tak pa...aku bagi dia tempoh. Let say, tak ada penginapan aku takkan pergi. Kami reporter bukannya terhegeh2, kau lah kena fikir panjang. Satu page nilainya berapa puluh ribu. Kami sendiri pun bersaing nak tempatkan story dan byline, page asyik penuh. Tak jemput pun  tak pa aih..

Sabar lagi. Jarang aku ada sikap tolak ansur yang begitu. Bos pun berat nak kasi pegi tapi aku ni selagi takde hitam-putih memang aku akan diamkan dulu. Tup-tup sehari sebelum bertolak, dia  call pulak bagitau "Everything is ready miss.." Fine. Kena pegi juga. Aku ok jer, dah ini perjanjian hati aku dengan kerjaya aku, mana orang hantar, situ aku pegi.

Maka, aku pun mula membuat pelbagai preparation. Maklum, nak masuk hutan le katakan. Kena le ada segala macam repellent, stoking yang sesuai, then raining coat sebab dok hujan. Pakaian yang sesuai dan macam2 la..

Bertolak dari KL, 6.30..mak aih, awalnya. Pun, ikut je lah, pukul 5 bangun siapkan semua. Namun, semuanya macam hampeh apabila tiba di sebuah ruang pameran motor di PJ ni, aku dan fotographer, Kak Shiraz ( ur rock sis...) disambut macam hendak tak hendak. Bila aku mintak briefing...he said "We'll do that later...over the lunch" then, sibuk bertukar khabar dengan member2 kelab dia. Ok...still put high hopes...then, came 3 buses...mana satu nak naik ni...yang mamat2 tu semua sibuk dengan bike masing2, macam dok belek stallion (kuda lumba plak gayanya). Setelah bertanya, katanya "U can choose any bus that u like"...Fine. Berapa banyak fine da even though i'm far from fine.

Dan rupanya, selama 3 hari mengikut mereka yang kununnya golongan berwang (lebih layak beruang) i feel like living in hell. Sudahlah penginapan tak tentu hala, hari ini di sini, besok akan dipindahkan. Any activities pun tak buleh buat. Ditanya pada pendeta celup tu, "oh, diorang pay for this trip, semua activities, kita dulukan diorang. U boleh squeeze mana2 yang kosong.." OMG, siapa yang bereya2 jemput ni, sape yang nak kita datang ni. Am i eager to come in the first place? The answer is a big no, judge from the ketidakprofesionalan mereka itu.

Aku ingatkan ada amazing things goin to happen, rupa2nya family day kelab itu saja. Adakah sesuai paperku yang terkenal seantero Malaysia ini hendak memuatkan cerita pasal sukaneka kanak-kanak? Cerita pasal2 isteri2 mereka yang sombong dan tidak mahu menegur orang kerana satu familynya memakai baju Ed Hardy? Adakah surat khabar aku ini sesuai memuatkan cerita mereka berkonvoi dan singgah makan macam kenduri layaknya di restoran salah seorang kenalan mereka, pegawai tinggi tentera yang dah bersara dan terfikir2 nak mengikut jejak Chef Wan dan Chef Ismail? Hiss, hina benar rasanya paper aku ni. Dan, aku dan kak Shiraz pun rasa macam kunta-kinte (hambar abdi Afrika) apabila tarik kerusi kenduri dan makan di ceruk dapur dan sinki.

Ok fine, tak nak libatkan kami tak pe, sebab mata pena di tangan kami, mereka cuma ada pedang diapiti teluar asin (kata Mamat Khalid) yang makin mendekati tarikh karatnya itu. Tak apa lah...tapi bab kebajikan & makan pun sampai tidak memanggil, this is more than enough la. Walaupun, aku dan sis Shiraz berjalan menyusuri kampung dan dua tiga kali ke cafe resort mencari makan, we eat then we pay ye sebab tidak mahu terhutang budi. Aku rasa hangin satu badan. Disuruh check out di hari kedua dan ke hotel lain dengan kata2 yang membuatkan aku rasa nak sepak lapan puluh kali mulut staf hotel tu...' You all masih lunch, dinner kat sini tapi nak transport ke sini, call la ye". This is too much. Unbearable lah. Paling sakit hati, kata2 lima minit kemudian "Oh, ada bilik kosong, ada orang check out, u boleh stay bilik lama." Tiba2 aku nampak orang tu kecik besar, kecik besar jer....dah alangkah baiknya aku boleh menjelma menjadi Rambo saat ini, yang mengamuk tak tentu hala membunuh askar Viet Kong.

Oh, macam2 malas nak cerita. Rimas betul dengan orang2 kaya ni. Yang berlagak. Apa kau ingat kau bayar gaji aku ke? Baik laki, baik bini sama je. Tu sebab depa berjodoh agaknya.

Dan, paling syok, hah ni bab paling best. Dalam sembang2 dengan isteri General Manager (GM) pengimport dan pengedar motor H...whopss...ni katanya, "I tak campur sangat dengan isteri dorang semua ni, sombong...my husband always pesan...dont get too close, just say hi, smile and go." Oh gitu.

Then, sambungnya lagi "dorang punyalah berlagak, tak sedar beli motor pun hutang. Then, my husband ada semua account dorang, tahulah mana mampu, mana just nak show off. Ada tu 3 bulan sewa rumah tak bayar, ada hati nak beli motor. Then, asyik begging for discount. Beli merchandise pun cam tu, t-shirt and all that. Semua nak murah. Nak discount. My husband pening kepala." Oh ceritanya...

Jadi tak gunalah motor menderum-deram ye, kalu hutang pun bergunung-ganang. Begitu ceritanya...

Thursday, March 11, 2010

Sahabat lama

Tengah kalut menyiapkan story, tiba2 disapa dengan suara yang aku kenal sangat. Suara yang menghiasi hari2 awalku bergelar penulis, bergurau, menunjuk ajar dan kadangkala sindirannya pedih. Oh, Abang Zamberi, bekas ketuaku ketika menulis di sebuah majalah hiasan dalaman.

Apa ye yang lainnya? Oh lebih ceria dan eh, mana pergi kemeja biru yang dulunya dah macam uniform dia. Abang Zamberi yang kulihat kini bergaya dengan kemeja peach. Wah, satu perubahan...a big change. Rencana kutinggalkan sebentar, melayan abang Zamberi bersembang memang seronok. Penuh semangat dan agenda diselangi lawak jenaka. Bagusnya, abang Zamberi tak berubah. Tetap bekas teman sekerja yang kelakar dan ada kepala serta pendiriannya sendiri.

Semalamnya pula, dalam satu assignment aku bertemu dengan kawan lama, Kak Linda Hassan (dulu aku suka memanggilnya kak Ling Long...dan ada seorang teman menyakatnya dengan panggilan Linda Lum) dan Abang Zurin Noh. Kak Lyn teman baik, dulu, kini dan selamanya. Kak Lyn umpama kakak kandung dan kewujudannya satu dalam sejuta.

Berempat plus satu; aku, kak Lyn, Siti Zarinah (wah, sekarang bukan main happy dia di Metro...Siti, ko berisilah...hahaha jangan marah), Abang Zurin dan seorang assistantnya (pendiam sangat budak ni, tak bersuara langsung) berborak sakan di KFC. Abang Zurin tak habis2 dengan perangai suka menyakatnya, pun nampak gembira. I guess  working as a freelancer suits him. Bercerita, bercerita merangkak ke petang. Maklum, berkurun rasanya tak melepak begini.

Frankly speaking, i feel blessed. Those painful moment macam slip away. No turning back yet worth to talk about. Tapi dalam pada sakan berborak tu, terlintas juga di fikiran, "Oh, cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah bertahun juga aku bergelar reporter. Saat manis, saat pahit mampu juga kuharungi....ya like i said, aku rasa dirahmati at the same time aku semakin dekat dengan realiti...menjadi semakin tua dan matang...huhuhuu...."

OTAK CACAT

Ini yang sempat kutonton dalam sneak preview ADUAN RAKYAT. Mengenai manusia yang sombong dan bongkak bila diri dikelilingi harta.

Senario: Seorang perempuan cina (PC) parking kereta di petak Orang Kurang Upaya (OKU). Kereta besar, harga ratusan ribu rasanya, tak le 'cap ayam' macam yang aku pandu sekarang ini.

Apabila disaman penguatkuasa dan ditanya Karam Singh ( KS:pengacara rancangan itu) lebih kurang begini;
KS: Kenapa u parking sini? Ini tempat OKU...tak takut kena saman?
PC: Gua tau lah, gua punya suka, saman gua boleh bayar, lu apa kesah...

Masalahnya bukan saman Ah so, tapi sikap pentingkan diri awak tu. Awak yang sempurna serba-serbi sepatutnya menghormati orang kurang bernasib baik dari awak. Itu namanya TIMBANG RASA. Itu namanya awak menghormati orang lain.

Nasib lah, sabar si Karam belum 'karam' lagi, kalau aku harus le dia pening2 lalat membilang bintang dan bulan. Tapi rasanya, kalu kena penampar arab si Karam tu, mahu kena plastic surgery Ah So ni...sabar je lah...

Senario lagi satu: Lelaki cina (LC), pun parking di petak OKU. Walaupun dia melakukan kesalahan, aku memang tabik spring dengan dia sebab dia mengaku kesilapannya.
KS: Awak tahu tak awak dah buat salah?
LC: Ya, wa salah
KS: Apa salah?
LC: Wa salah, parking sini (mengaku berulang kali).

Ini contoh orang yang mahu mengaku kesilapan dan mahu berubah. Walaupun, golongan begini semakin ramai, at least dia cepat sedar diri dan tak menyinggung perasaan orang lain.

Kepada semua di luar sana, renung-renungkanlah ye...

Tuesday, March 9, 2010

Twilight Saga

Aku tengah gila Twilight Saga. Sekarang gigih menghabiskan novel ketiga siri ini; Eclipse. Yang membuatkan aku kagum dan salute habis, penulisnya Stephanie Meyer seorang suri rumah. Kebanyakan orang tentu membuat tanggapan, suri rumah banyak masa lapang untuk menulis. Tidak terikat dengan belenggu kerja dan bebas buat apa saja. Tetapi pandanganku pula lain, sebenarnya kerja di rumah tak pernah surut dan adakalanya menjaga anak-anak lebih mencabar. Apapun, semua itu tidak penting asalkan masing2 tahu tugas, yang perlu difikirkan di sini ialah betapa si Stephanie ni sangat tinggi imaginasinya. Pandai menyulam kata-kata sehingga wataknya benar-benar nampak hidup. Lagilah Twilight dan New Moon sudah difilemkan dan heronya Robert Pattison, heroin Kristen Steward serta second hero; Taylor Lautner benar-benar berwajah komersial serta sesuai menjadi igauan anak dara dan teruna seluruh dunia. Mmmm...lagi syoklah kita membaca dan menyelami jalan ceritanya. Rasanya selepas Eclipse haruslah aku menyambar Breaking Dawn pula. Tak kisahlah biarpun harga novelnya lagi sepuluh sen RM50. Kalau hati dan suka kan, semuanya tak jadi kudis...

poster filem