Monday, January 18, 2010

Searchin' For My Polestar


Tujuh sahabat bersama Miss Nanae (kiri sekali)..dia ni gf si Kenta, bergambar di depan Astronomikal

Ini drama siri Jepun, tahun 2005. Lama dah siri ni tapi aku baru mendapatkannya bulan lalu..aku beli sebab pertama, aku sukakan one of the pelakon, Joe Odagiri. Kedua,aku suka apa2 saja berkaitan dengan bintang..polestar adalah bintang senduk, ada tujuh dalam lingkaran yang membentuk senduk..

Cerita ini mengisahkan tujuh sahabat akrab. Sangat rapat. Ketika zaman kolej, mereka menubuhkan sebuah kelab Sagitarius..berkaitan dengan bintang, astronomi segala. Ada bengkel tempat melepak bernama Astonomikal dan suka berkumpul di kelab Jupiter. Memang budaya orang Jepun, berkumpul, minum, berborak dengan teman baik selepas kerja. Untuk redakan tekanan.

Selepas tiga tahun graduate masing2 bertemu semula Mifuyu, Sayama, Sotomi, Takeshi, Yuri, Tomoya dan Kenta. kenapa aku ingat watak2 ni. Sebab semuanya amat berkesan dan membekas di hati. Masing2 ada karektor dan isu yang mereka bawa. Mifuyu sedari dulu ingin bergelar guru yang baik tapi tewas dengan kemerosotan akhlak pelajar2nya. Sayama yang ingin membangunkan ekonomi Jepun, bekerja keras siang malam. Tetapi karektor Sayama sangat menarik. Dalam sibuk bekerja sebenarnya dialah banyak menyelesaikan masalah kawan2nya. Dia bijak. Dia sentiasa ada tetapi tak pernah menunjuk2.

Sotomi sangat lembut. Lewat hajatnya melihat meteor di Astronomikal, dia berimpian menjadi isteri yang baik. sangat simple. Jumpa lelaki idaman dan kahwin. Untungnya, hajatnya dimakbulkan. Dia bertemu dengan lelaki idaman, berkahwin dan kerana perkahwinannya itu, rakan2 berkumpul semula. Malangnya, Satomi tidak tahu, suaminya tidak mencintai dia tetapi hanya mempergunakan kelembutan dan sifat kasih sayang menebal dalam diri Sotomi untuk dijadikan pengasuh ibunya.

Takeshi? Dilakonkan oleh Joe Odagiri, watak yang paling penyabar dan menyendiri. Dia selalu tidak ada dalam setiap gathering. Sentiasa ingin menjauhi dan amat misteri. Kawan2 mengetahui perkembangan dia melalui Yuri yang berpasangan dengan Takeshi dan tinggal serumah. Namun, dia memantau perkembangan kawan2 dari jauh. Kenapa? Sebabnya, Takeshi dulunya anak orang kaya, terpaksa berhenti kolej dan mencari jalan menyelesaikan hutang keluarganya. Takeshi amat malu dan merendah diri dengan kejayaan teman2. Takeshi kebetulan sangat reserved dan tidak tahu menyampaikan perasaannya.

Saya suka watak Tomoya yang sangat ambil berat, suka menolong dan kalau ada di antara teman2nya menghadapi kesulitan, dia dulu tampil memberi bantuan. Walhal dia sendiri berselirat masalah. Tiga tahun merantau ke luar negera, dia pun ada kesengsaraan sendiri. Dan lagi, dia terlalu lama menyimpan hatinya terhadap Mifuyu kerana ingin memberi laluan kepada Sayama. Dia pun tahu Mifuyu ada hati dengan Sayama. Oh, kisah mereka sangat complicated dan hanya Takeshi yang tahu. Mujur Takeshi sangat amanah dalam menyimpan rahsia.

Yuri gadis sederhana. Sangat mencintai Takeshi dan tidak pernah putus asa ingin menyelami hati jejakanya itu. Kerana terlalu inginkan cinta, Yuri pernah terjebak dengan lelaki yang tidak tahu menghargainya. Takeshi seperti biasa tidak tahu untuk menegah. Takeshi-Yuri contoh cinta itu datangnya dari hati. Tidak perlu dipaksa, biar hati mencari jalan takdirnya sendiri.

Kenta is a baby among all. Kerana perangai keanak-anakannya, dia macam dibuli tetapi hakikatnya, kawan2 amat menyayangi dia. Kalau tidak, takkan Takeshi sanggup bersusah payah menyelamatkan dia dari hutang. Tapi, itulah Takeshi suka membuat kebaikan tanpa perlu mencanang satu dunia. Kawan2 lain menganggap Takeshi kawan lupakan kulit hakikatnya Takeshi meletakkan kepentingan mereka melebihi dirinya.

Saat Takeshi mati dibunuh adalah klimaks siri ini. Sedikit demi sedikit rahsia terbongkar bahawa Takeshi contoh sahabat sejati alaf moden. Hilang sisi gelapnya, sebaliknya dia jejaka berhati putih. Tujuh sahabat kembali bersatu.

Aku menangis sungguh-sungguh melihat keakraban mereka di sisi Takeshi menghembuskan nafas akhir. Katalah aku cengeng tetapi sumpah, bab ini sangat sedih. Dengan dialog, mimik muka dan lenggok tubuh mereka membuatkan aku seolah2 berada di antara tujuh sahabat ini.

Lebih menyayat hati kala mereka memberi penghormatan terakhir pada Takeshi dan sama2 berikrar ingin menjaga Yuri dan anak Takeshi yang dikandungnya. Oh, aku tidak tahan sungguh, air mata tak mahu berhenti mengalir. Persahabatan mereka benar2 diuji dan polestar hilang satu sinar. Kenapa filem Melayu tidak ada sentuhan begini? Jepun dalam keampuhan sifatnya, boleh menghasilkan sebuah drama/filem yang makan dalam. Terus ke jantung dan membuatkan mata bergenang.

Saat Astronomikal dibakar mereka sebagai simbolik mereka tidak mahu mengingati sejarah silam. mahu menuju kehadapan, hati aku bagai dicarik2. Dirobek2. Mereka sayang, amat sayang tetapi terpaksa melepaskan. Kemudian, ada visual Takeshi turut sama menyalakan api sebelum Yuri melafazkan "Sayonara Takeshi..." Aduh, kesedihan tidak terbendung.

Aku rasa ini drama terbaik tentang persahabatan yang pernah aku tonton selain Now & Then, filem Inggeris yang aku tonton 15 tahun lalu. Movie ni sampai sekarang aku cari tak jumpa. Nampaknya, kita kena belajar menghargai sahabat kerana merekalah mengisi lohong2 kosong di hati kita. Sahabat yang baik saling mengingatkan dan ambil berat. Tapi, mampukah kita bertemu dengan sahabat seperti itu di sini? Wallahuallam...namun, akan ku cari bintang biduk itu...Sayonara My Polestar!

3 comments:

Bintang D'hati said...

Suka bintang ekk? ( sambil berusaha buat muka paling comel) hehehe

cite tentang persahabatan juga ada dlm filem siam 'O-(O negative)' Best cite ni.

Entry ni buat saye teringat saat sama2 bakar semua puisi...agar abunya bersatu dgn alam..dibakar dgn api di atas tanah..dibawa terbang oleh angin..bersatu dgn hujan dan dialirkan ke laut...

ennieva fauzi said...

suka..suka (pun dengan muka comel hehehe)

mmmmm...puitisnya ayat dia...siri ni sesuai untuk awak tau...cuba la tengok sure tak nyesal (wah..kempen..iklan tak berbayar)..tapi memang ye...mmmm, nanti saya cari O- tu...kat ner ek?

Bintang D'hati said...

Saye pun cari2 gak dvd/vcd cite tu tp blm jumpa huhuhu( buat muka sehabis cembeng tp sgt comel) , dulu tgk kat tv filem tu