Monday, January 25, 2010

Celebrities Bank

Akhirnya, dapat jugak aku bukak blog untuk menjual koleksi dan barang serta produk yang berkaitan dengan hobi aku; books, muzik, filem dan sebagainya.

Buat permulaan, aku let go semua koleksi Barbie aku. Mostly special edition sebab aku dah tak nak simpan. Then, ada freeze magnet Marilyn Monroe dan poster Rain yang dibeli dari Thailand. Yang ini, aku simpan setengah dan jual dalam beberapa item. Sayang memang sayang tapi apa salahnya berkongsi.

Then, ada lukisan original pelukis terkenal, Adi Putera. Sebabnya, aku sedih tengok ilustrasi gadis menunggu di cafe tu. Tak tergamak rasanya nak simpan. Ada gak cd hero Winter Sonata yang diberi kawan tapi aku dah ada.

Aku rasa, barang baru cuma poster dan freeze magnet tu jelah..tengok2 lah kawan2 ye mana2 yang berkenan. Harga of course lah murah, aku rasa lebih daripada 50 persen off. Boleh beli sebagai gift untuk kengkawan dan barbie doll sesuai untuk hari jadi anak, anak buah atau cousin. Insya Allah, aku akan tambah barang dari semasa ke semasa. Terlanjur melancong ke luar negara dan ada kenalan di kalangan penjual special collection ni, apa salahnya aku pergunakan kesempatan ini untuk buat bisnes kan? Beli lima, dua simpan selebihnya aku ingin berkongsi minat ini dengan mereka sealiran cita rasa.

Dan, kepada kengkawan yang ada apa2 nak dapatkan, hantar saja komen ye..selagi aku boleh dapatkan, Insyaallah aku cuba. So, selamat melayari blog bussines online saya ye...

http://celebritiesbank.blogspot.com/

Selamat membelek dan bershopping (kalau ada yang berkenan)

6 comments:

Bintang D'hati said...

Tahniah cik ben.semoga berjaya... Kalau dpt cari buku 'SUARA SEMUSIM' keluaran DBP tahun 1972...saye lah org pertama akan membeli !

ennieva fauzi said...

Insya Allah, saya akan tanya2kan kengkawan...best ke cerita tu cik Bintang?

lili norlaili said...

teruskan ben, perjuangan baru bermula!

ennieva fauzi said...

Thanks Ly, thanks, semuanya dengan sokongan kengkawan...aku harap ko pun buat le bisnes ko tuh..bagus, sangat berkat dan pahalanya melimpah aku rasa...

Bintang D'hati said...

Buku tu best sgt bg saye...ada cerpen,puisi dan drama karya penulis/sasterawan tersohor.... Antara karya yg saye suka- cerpen 'nasinya tumpah'-fatimah busu, puisi MEDITASI- kemala dan drama BUKAN LALANG DITIUP ANGIN- nordin hassan

ennieva fauzi said...

Buku lama tu..saya pun tak lahir lagi...hehehe...kalau tak silap auntie saya pernah ada dulu...saya penah jumpa..

Nasinya Tumpah..kisah family dia keracunan cendawan kan..dia selamat sebab dalam dok gaduh adik-beradik dia tertumpahkan nasi dia...kakak dia marah dia kan...

Saya kena cari buku tu...memang best.