Tuesday, January 5, 2010

Princess Hours dan Andainya Kukembali


Gambar kulit andainya Kukembali



PH sarat adegan langit ketujuh...fuh, berangan sekejap :)



Barisan pelakon Princess Hours (PH)

Chae Kyung yang keletah dan lepas laku. Suaminya menggelarkan dia sebagai 'Virus Periang'

Cuti hujung minggu, saya sempat melangsaikan dua perkara. Pertama, Korean series marathon , Princess Hours dan kedua, menyudahkan bacaan novel terbaru Mia Khaidina aka Hafizah Iszahanid (rakan semeja Berita Minggu) 'Andainya Kukembali'. Mmmm...Fiza senyap2 keluar lagi satu novel ye, entah bila dia curi masa menulis aku pun musykil.

Dalam simpanan ada berderet stok novel untuk ditamatkan termasuk penulis Noor Suraya, Jaja & Din.
Terima kasih juga kepada adik Nurul Farina Nazlan dari Meja Sastera yang baik budi membekalkan stok novel kepadaku...selalu dia datang bertanya, "kak, dah baca yang ni..saya dapat lebih (untuk book review)..saya bagi akak satu ye...' thanks dik...kau tau akak ni suka membaca ye..

Dan, saya masih menunggu2 buah tangan dari penulis kesukaan saya, Lily Haslina...dengar cerita hero terbaru kak Lily bernama RAIN ye...amboi, itu nama pelakon kesayangan saya. Lagilah, tak sabar mendapatkannya.

Membaca karya baru Fiza kali ni, terasa dekat dengan jiwa. Saya tertarik dengan isu cinta berlainan agama yang diketengahkannya. Garapan Fiza begitu hidup kerana memang saya akui, cinta walau bagaimana hebatpun, andai membabitkan agama, kasih dibaja tidak kemana. Hendak2nya, kekasihmu penganut taat agamanya. Saya faham bukan senang menyakinkan kekasih memeluk agama yang kita anuti andai diri sendiri kurang ilmu. Bukan senang menarik dia dari fahamannya sekian lama, lebih2 lagi jika kekasihmu itu pintar berhujah dan berpendidikan tinggi.

Dalam novelnya, Fiza mengetengahkan watak Marc Darcy seorang peguam yang kerap melakukan perbicaraan membabitkan konflik agama. Dua tiga anak guamnya beragama Islam. Sebab itu dari Islamphobia, dia kemudiannya tertarik dan mengambil keputusan melafazkan kalimah syahadah. Alangkah manisnya, jika cinta berbeza agama ini disudahi dengan bahagia seperti kasih Azlin- Marc Darcy. Bukankah bahagia mendapat kekasih seperti Marc Darcy yang sudi belajar, memahami dan mahu berfikir. Walaupun dalam realiti, soal hati tak semudah disangka. Soal agama sangat sensitif sampai satu tahap boleh berlaku pertumpahan darah. Entahlah tetapi terfikir juga, kalaulah Marc Darcy itu manusia nyata...ramailah 'Azlin' yang bahagia di muka bumi ini. Anyway, syabas juga Fiza kerana bercerita jujur mengenai dunia kewartawanan. Mungkin kerana terlibat dalam bidang ini, maka Fiza mampu mengkisahkannya dengan begitu baik sekali. Sekalung tahniah, atas penerbitan novel terbaru ini. Aku yakin jualannya mampu mengatasi Kala Hujan Menitis.

Tiga minggu berlalu, setelah memilikinya, semalam selesai juga menonton drama korea Princess Hours. Ya ini bukan cerita baru tetapi semasa tayangannya di 8TV dulu, saya tidak pernah berkesempatan menontonnya. Lagipun, menjadi kepantangan saya, lenggok percakapan lemak merdu orang Korea itu dialih bahasa ke mandarin. Tak sesuai.

Plot dan jalan cerita tipikal Cinderella moden, perihal rakyat kebanyakan bertemu jodoh dengan anak raja. Maka akan timbul pelbagai konflik yang melukakan hati dan mencalarkan cinta. Itu belum dikira soal sukarnya mencari penyesuaian dua jiwa berbeza adat, budaya, fahaman dan gaya hidup.

Perkahwinan paksa memang menguji kesabaran kerana tidak dibina berlandaskan cinta. Betapa sulitnya mengenal hati budi masing2 selepas perkahwinan lebih2 lagi dia yang dikahwini bukan jenis gadis idaman. Namun, macam biasalah, adakalanya perbezaan mengundang thrill dan keseronokan. Maklumlah, selama ini tidak terlintas pun ingin cuba dan buat sesuatu perkara tetapi atas dorongan kuat pasangan, mula terfikir hendak cuba macam-macam benda. Setelah melakukannya, sebaik mencuba baru terbuka minda, luas pandangan. Baru mengerti rupa2nya yang tidak ingin dibuat sebelum ini sebenarnya amat menguja dan menarik. Justeru, bermula dengan tidak sudi, kalau hari2 mendengar suaranya, melihat keletah manjanya, lama2 hati terpaut juga. Akan bermulalah fasa sunyi Shin (hero) apabila sehari tidak bersua muka dan bergurau senda dengan Chae Kyung (heroin)...mmmm rupa2nya cinta tidak perlu saling mengenali tetapi boleh dipupuk sebaik ikatan disatukan.

Dua2 pasal cinta kan? Kuatnya pengaruh cinta dalam membina peribadi insan. Bermaknanya cinta dalam menambah rencah hidup. Tanpa cinta, jiwa tandus dan kosong. Bagai pokok mati tidak dibaja. Semoga kita semua dikurniakan nikmat cinta tidak terhingga dalam hidup. Amin.

8 comments:

hafizahiszahanid said...

Wahh.. terima kasihlah aku teruja membaca komen Andainya Kukembali.. seperti mana aku teruja pada Marcy Darcy lewat Bridget Jones Diary.
Tak nak tanya dari mana aku dapat ilham ? hehehehehehehe....

ennieva fauzi said...

hahaha tak yah le tanya sebab jawapannya aku dah tau...:)

Maryam Elyas said...

Aku pun baru je tengok cerita Hindustan yang lari daripada lumrah Hindustan yang penuh dengan lagu, guling-guling atas rumput atau menari bertukar-tukar baju. Filem ni tajuknya Kurbaan lakonan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan. Kalau ko layan Hindustan mesti ko suka citer ni. Pun begitu, hatiku tetap suka dan teruja dengan Hindustan yang banyak lagu, nyanyi dan guling-guling tu...

Maryam Elyas said...

Aku pun baru je tengok cerita Hindustan yang lari daripada lumrah Hindustan yang penuh dengan lagu, guling-guling atas rumput atau menari bertukar-tukar baju. Filem ni tajuknya Kurbaan lakonan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan. Kalau ko layan Hindustan mesti ko suka citer ni. Pun begitu, hatiku tetap suka dan teruja dengan Hindustan yang banyak lagu, nyanyi dan guling-guling tu...

ennieva fauzi said...

Yam, aku suka sangat Mohabbatein...walaupun topik dia biasa2 saja...tapi aku suka sangat lagu2nya...sayu, gembira, suka, duka..cukup rencah le :)

Bintang D'hati said...

Manusia,cinta dan alam tercipta seiring...xdpt dipisahkan. Seperti terciptanya dunia bersama cinta adam dan hawa.. Berbahagialah mereka yg kuat berjuang utk mencintai cinta tanpa menunggu cinta mencintai mereka :)

p/s dok bersawang dpn hp tggu ym cik ben huhuhu

ennieva fauzi said...

alahai cik bintang...memang bab kata2 puitis cik bintang tiada tandingan...

dah lama gak tak bukak YM sis..facebook buleh?

Bintang D'hati said...

Buleh je,my fb bintang d'hati tp xaktif sgt. Lbh akrab ngan ym je. Xpe la, apa2 email je ok :)