Sunday, January 24, 2010

Bangun dari lena

Ahad. Macam biasa, celik mata, on TV, make a simple breakfast, flip paper or books, surf internet etc etc etc...gaya hidup urban (ye ke?)..tengah hari sikit mula merancang nak buat apa yang patut, window shopping, nonton wayang, jalan2 cari makan..wah, free as a bird..routine yang tak mungkin dikecapi mereka yang dah berumah tangga. Serasa aku belum pernah aku berlama-lama di katil or take a nap waktu tengah hari...mungkin kerana aku tak suka tidur...kagum aku dengan orang yang pantang jumpa bantal, seminit, dua minit dan zzzzz...minit ketiga...how do they do that ye?

Selak2 kalendar (aku dah bertahun tak simpan diari..malas terikat dengan bermacam2 planning tapi perlaksanaannya..hampeh), aku ada janji dengan Kak Lisa petang ni di Amcorp Mall. Baru nak berjinak2 dengan satu bisnes ni. Kecil2an dan syukur dah ada kelompoknya sendiri. I'm trying not to dream big. Bermula dari bawah dulu, bisnes yang orang belum nampak hala tuju lagi tapi that is challenge lebih2 lagi dah ada targeting client. Itu lebih baik dari bermula besar but dont really know how to manage it, huh tokeh minyak boleh broke...biarlah aku dengan caraku.

Kudoakan biar le ada hasilnya. Biar tak banyak mana labanya tapi cukuplah untuk le duit beranak-pinak sikit. Buat bekalan di hari tua. Nasib kita ni tak tentu, entah tua tercampak di mana..ada anakpun, belum tentu mereka boleh berjasa pada orang tua. Sebagaimana ibu-bapa menatang mereka. Yang berhati binatang, ditinggalnya ibu ayah di bus stop atau pusat perubatan mana-mana...macam pernah dengar je kan? Ini kan lagi kita yang masih membujang...kenalah buat persediaan awal..i think this is about time. Career dah settle down, life dah live to the fullest (ye ke?) and i'm extremely happy and content now...apa lagi yang ditunggukan? Seronok tengok kawan2 lain dah jumpa hala tuju, Roha dengan bisnes kerongsangnya, Angah dengan garment dan tudung, Fiza dengan novelnya dah entah berapa buah terbit, Kak Lily dengan novelnya yang best seller..who else? Siti dan Aton dengan bisnes baby cloth dan publishingnya...Kak Jun dengan cupcake dan cakes...oh, ramai rupanya..wake up Bennie..bangun dari mimpimu yang muluk2 itu, bina mimpi di alam nyata pula...Insya Allah...

7 comments:

rynas said...

sebut pasal tido dulu time bujang aku mmg kaki tido pantang letak paler atas bantal terus tido. malah tengok wayang kalau citer tak best aku leh tido dlm panggung. tapi skang bila ada anak tido bkn lg perkara utama. siang dah tentu ler mmg tak leh lelap langsung, untung ler kalau dpt lelap barang seminit dua.
tido hanya malam sahaja itu pun dua tiga kali bangun buatkan susu anak.
sebut pasal bisnes..bagus ben ko nak mulakan dr sekarang..kecil-kecilan dulu pastu barulah nampak bidang apa yang nak buat lepas tu. go benie go!!! aku menyokong dr belakang.
kalau ko nak join ngan aku publishing tu aku mengalu-alukan...ada idea kita buat sama-sama. untungnya berterusan beb...

Bintang D'hati said...

Good luck cik ben...semoga apa yg dirintis panjang rezeki dan berkatnya. Saye pun buat tiny biz besar kuman gak tp alhamdulillah blh gak sara family,especially adik2. Tentang mimpi...bintang masih selalu ingin bermimpi utk terbang :)

ennieva fauzi said...

Cik Bintang - bisnes ni ada kaitan dengan minat saya..movie, music, books dan sumer..nanti la..saya dah post barang tu sumer dalam blog...(special blog untuk collector barang2 tu je) saya bagitau awak..tengah garu2 kepala macam mana nak shoot gambarnya ni supaya nampak cantik..hehehe maklum kamera cap ayam...

Insya Allah, Tie, Insya Allah, usaha tangga kejayaan kan? Boleh, nanti aku kumpul material ek....mari le kita bekerja sementara muda ni :)

Maryam Elyas said...

Teruskan usahamu Ben. Aku sokong dari kejauhan.

ennieva fauzi said...

macih yam..macih...akan ku teruskan..aza aza hwaiting

kiranajoe said...

ye..meh iklan di mana2 blog yg anda singgah misalnya begini..

visit www.mychermin.blogspot.com and get a piece of me for ur wardrobe.. hak!

ennieva fauzi said...

Ngah..amik stok lagi menarik... mmmm saiz biar ada gak ngah.. ;)