Wednesday, December 30, 2009

New Year, New Hair



Kim Tae-Hee

Lama juga menyimpan rambut panjang, oh, semalam aku sudah tidak tahan. Berat rasa kepala, serabut dan tidak kemas. Kelmarin juga aku mengajak Fiza ke Midvalley, potong rambut. Cuba imej baru. Maklum, tahun baru menjelang lusa, orang kata New year, new you...

Tanpa berfikir panjang, aku mengarahkan si tukang gunting memotong gaya bob. Bulat dan lurus paras tengkuk. Ada sikit2 ala2 potongan Kim Tae-hee, heroin drama bersiri Korea, IRIS. Kiranya kuat sungguh pengaruh drama tu ye. Curiga juga bentuk wajah bertambah bulat tapi cuba sedapkan hati.."ala, si Tae-hee tu pun berwajah bulat. Apa nak kisah tak jadi..bukannya tak boleh panjang semula..."

Dalam berani2 takut,kupandang imej di cermin. Fuh, mujur menjadi. Lebih senang hati melihat reaksi Fiza. Macam sesuai je.

Di opis, reaksi bercampur baur...hahaha abang Azis macam biasa lambat menangkap. Dah dua tiga jam duduk di sebelahnya barulah..."awak potong rambut..". Antara reaksi yang aku recall;

Kak Hazirah: Wah, Ben imej baru..
Kak Nurul: Comel (ye ke? hehehe thanks anyway kak)
Abang Jai: Kenapa awak potong pendek, sayangnya. Lain muka awak...nampak berisilah.Abang Jai tak sukalah awak rambut pendek (motif?)
Tun: Hiss..bila plak potong ni?
Cik Mat (interframe jugak): Wah, rambut baru. Comel, tergodalah...
Angah: Ingatkan kak Temah tadi (rakan reporter di meja hiburan) tapi oklah ngan muka...

Aduh, macam2. Tapi tulah, seronok juga sesekali membuat kejutan dan perubahan. Hidup terasa ada kelainannya. Lebih segar bersemangat. Lepas ini ingat nak warnakan pula. Tengah fikir nak cuba warna apa...ungu boleh tak?

9 comments:

rynas said...

wah..wah imej baru..cam ner rupanya yer..kena tgk esok nie..mesti lg cumil kan..

kiranajoe said...

hehehe warna kuning bulu jagung ok gak kak ben...dua tiga hari kemudian, meja sastera wat follow up...anak Melayu kurang jati diri..elok bagi makan tanah, rasa bagaimana enaknya tanah airmu!

ps: keluar tajuk ke ni ek? ;p

ennieva fauzi said...

Tie - comel? sesuai? hehehehe

Ngah - sesungguhnya anda sudah menyimpang sedikit dari selekoh tajam itu...ituler merempit salah litar hehehe....ke mabuk ubat lagi ngah? :)

lili norlaili said...

menjadi jugak ko ikut awek cun tu yek...ni mesti ko g tunjuk gambo heroin iris tu ek

nak color?????

aku tertelan bijik nangka nih!!!

ennieva fauzi said...

Ly...tak de tunjuk plak...cuma aku bagi tau lebeh kurang. Pandai plak dia membuatnya..kena ngan selera...

Kot ye pun jangan cekik dulu, tunggu sampai makan kari ayam cik tun :)

Maryam Elyas said...

Jom warnakan rambut...
Aku nak warnakan erm.... colour apa ek... ada idea tak ben?

ennieva fauzi said...

Yam..kalu tak nak 'mat salleh' sangat...pilih le kaler blue black...nampak cam hitam tapi di bawah cahaya lampu atau matahari terserlah birunya...aku penah buat...cantek!!!

Maryam Elyas said...

Ben, blue black ek? Isk... kalau letak kaler ni harus la aku dikejar keliling kampung oleh orang tuaku... hehehhe. Sudahnya biarlah hitam sahaja walau teringin sgt nak berwarna-warni.

ennieva fauzi said...

yeah..itu le sepatutnya, rambut asli lagi cantek menawan.