Dah lama tak update entry baru. Banyak cerita sebenarnya tapi masa yang tak berapa mengizinkan. Terbaru, aku ingin berkongsi perjalanan penuh duga di Pattani, Thailand. Tapi biarlah dulu kerana lebih seronok menceritakannya di saat tenang. Fikiran lebih lapang dan susunan kisah serta bahasa lebih lancar dan cantik.
Hanya saat ini, aku bersyukur kerana mendapat apa yang dihajati sekian lama. Kerana kemurahan rezeki berkerja di sini, aku berpeluang, mungkin lebih tepat, berjaya memiliki mini lap top yang dulunya harus mengikat perut dulu andai berhajatkannya. Sekarang, bukan itu saja dalam genggaman bahkan dapat pula membeli aksesori tambahan, broadband dan sebagainya. Tidaklah lagi, aku kesunyian di rumah itu. Tidaklah lagi aku mengeluh bosan kala malam2 Astro menyiarkan cerita ulangannya tu. Dapatlah lebih giat lagi bertenet ye....
Selepas ini, aku berhasrat melengkapi rumah dengan perabot. Sekarang bukan tidak ada tapi aku rasa belum cukup selesa. Ingin kusediakan sebuah kediaman yang memenuhi cita rasa dan paling penting, adik lelakiku yang tinggal bersama rasa seronok. Tidaklah dia nanti dok bersidai di kedai kopi bersama teman-temannya.
Oh, banyak sungguh yang ingin dilakukan. Banyak sungguh yang masih dalam perancangan. Baru kini hidup rasa lebih bererti dan bermakna. Selain ingin menyenangkan keluarga, ada jugalah imbuhan untuk diri sendiri. Doaku, moga Allah memberkati dan terus melimpahkan rezekiNYA kepada ku dan mereka yang patut menerimanya. Dan, ingatlah di kala senang, rezeki bukan untuk tembolok sendiri tetapi sebaiknya dinikmati, dikongsi dan dihirup manisannya bersama makhluk Allah yang lain.
Jangan terlalu berkira dalam hidup. Jangan terlalu bertuhankan duit. Jangan lupa menghargai dan mengenang kesusahan kala kesenangan membelit diri. Rezeki lebih berkat andai dibahagikan. Jangan tamak, kerana orang tamak selalu rugi. Jangan bakhil, itu sifat orang jahil. Dan, yang penting jangan menindas orang lain demi mengumpul harta peribadi. Sebelum terlanjur jauh, fikir akhirat kelak kerana semua yang dilakukan bakal dihitung dan dihisab.
Akhir sekali, saya doakan, rezeki yang diperolehi berkat dan mendapat syafaat di hari perhitungan kelak. Amin.
Aku: Sedih dengan nasib anak2 yatim di Pattani, Thailand. Sangat daif dan merentap kalbu. Nanti, bila senang akan kutulis kesulitan mereka. Moga hati semua kita terbuka untuk meringankan beban mereka. Saya doakan yang baik2 saja untuk anak2 berwajah bersih itu. Yang tidak bernasib baik namun tidak pernah meragui takdir dan sepak terajang hidup.
4 comments:
Salam cik ben, rezeki yg sedikit jika dikongsi panjang berkatnya...if u want to be rich..learn to give :) , cik ben xde YM ke?
alhamdulillah..kerja berkat..rezeki bertambah ler. makin banyak kita kongsi makin banyak ler yg akan kita dapat tak gitu???Pas ni seronoklah boleh bertenet 24 jam yer...hhehehhe
Cik Bintang - setuju seratus persen, kata Mas Idayu...ada YM...nanti kita gi tau awak dalam mail ek
Puan Rynas - Hidup ni singkat, harta tak kekal, apa yang ada lebih afdal dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Kita ada peluang berbuat demikian, kenapa tidak cuba bermurah hati..sama2 kita doa supaya mata kita tidak dikaburi duit ye...amin
Ye laaa kite tggu email awak huhuhu
Post a Comment