Saturday, December 5, 2009

Aku buntu

Sabtu yang permai, namun kereta buat hal, maka aku jadi baghal. Sampai ke assignment, dibedalnya seminar sarat teknikal haru-biru, bikin aku keliru dan celaru. Maru, maru...sedang orang berpencak bicara, aku ditempat kaku beku, bersimpang siur wajah lucu Hagemaru...haru- haru!!!!

Si penceramah ku lihat kecil besar, kecil besar, sesekali gelap menyelubungi. Dah sah2 aku terlelap entah berapa kali. Hendak menguap dan mengeliat tak sampai hati, sebab semua orang mendengar dengan teliti. Jarum peniti jatuh, gegarnya mungkin seperti Semenanjung Gaza dibom Yahudi laknatullah.

Tidak mahu berdiam, minda ligat merencana kepala, punca dan hujung cerita, apa yang nak kutulis? Namun, semakin memaksa mendengar semakin garu kepala. Nak kata dia berbahasa Jerman tidak juga, Azerbaijan jauh sekali. Nampaknya, aku terus dilanda keliru.

Seusai majlis ada pula pc (press conference). Campur tolak, bahagi darab, wartawan cuma empat orang. Muka masing2 macam tahu buat aku makin lesu dan tersisih. Dua tiga kali bertanya, nampak le sedikit isi cerita. Namun, sewaktu menuju ke meja makan, masing2 seolah2 tidak sabar ingin pulang. "Hi..." sapa wartawan Utusan. "Hi.." sapaku kembali. Dia senyum2 sumbing. Kujeling buku notanya, tulisan cakar ayam cuma empat baris. Aku senyum sendiri.

"Mahu fokus apa?" sedang berfikir2, wartawan NST merungut. "I tak faham langsung apa dia cakap..." Huh! Ada juga spesis.." I know nothing," balasku. "Ya la...he dont even know how to answer correctly and perfectly,"dia semakin galak menyambung sembang.

Wartawan Utusan mengangguk dan seorang dari akhbar cina makin laju menyuap nasi berkuah kari. Sah2 dia lagi malas nak ambik pot.

Akhirnya masing2 membawa haluan. Angkat kaki menuju destinasi. Jalan pun terawang2 memikirkan apa perlu dibuat, mana perlu dimula. Sungguh aku buntu, sehingga aku menulis blog ini pun, aku masih berfikir dan terus berfikir...oh! Im dead today...Rest In Peace!

apa aku nak tulis ni? Penin..penin...



ini le yang aku bayangkan masa seminar tu :)

7 comments:

jewelkasih said...

comel betui kalau ko macam kucin tu

jewelkasih said...

cute kalau awak betui-betui cam kucin tu

Lily Haslina Nasir said...

wah bennn... ada contact orang jual pinggan lama... muah muah muah sayang ben

Bintang D'hati said...

Tu la xnk jumpa aku..kan dah buntu ! Ekekekek...( tetiba teringat hagemaru pakai panties mak dia masa pemeriksaan kesihatan di sekolah hahahahaha)

ennieva fauzi said...

jewelkasih..hahaha...memang comel kucin tu, rasa nak geletek je perut dia kan?

Kak Lily..nanti saya sms kat kak lily no dia..dia ni ok sangat...

Cik Bintang...hahaha hagemaru...comel sungguh kartun tuh...

rynas said...

hahhaha..sungguh cumil kucing itu aksinya pun sungguh menandakan orang yg sedang kepenatan dan sedang berfikir

ennieva fauzi said...

Rasanya nak gigit kaki dan perutnya tu kan...hehehe