Semalam, saya berjaya mengkhatamkan 'Menunggu Cinta Tuhan' karya, kawan, kakak dan saya anggap idola, Lily Haslina Nasir. Lain benar sentuhan kak Lily kali ini, maklum sebelum ini dikenali dengan novel kreatif, sastera dan komersial. Untuk yang ini, genre pilihan kak Lily nampaknya lari dari kebiasaan.
Sekalung tahniah saya ucapkan kerana Kak Lily berjaya meneroka satu lagi cabang penulisan dengan baik. Berjaya membuatkan saya menghadamnya sehingga ke nokhtah terakhir. Menyusurinya, saya dapati dan makin berpegang kuat bahawa hiburan dan agama tak pernah sekufu, tak pernah selari jauh sekali berjabat tangan menghulur persahabatan.
Secara jujurnya dan mengikut pengalaman kerja yang tak seberapa, dengan rendah dirinya saya terpaksa mengaku bahawa saya sepemikiran dengan Azrul Rasyid (watak heronya). Maaflah, mungkin saya tipikal journalist tapi sememangnya pembaca di Malaysia terutama yang terlalu meminati pojok hiburan tidak akan dapat menerima pembaharuan yang dibawa Khalida Atikah. Saya bercakap berdasarkan realiti. Dan, kalau saya jadi Azrul agaknya amuk saya lebih lagi. Bukan setakat membaling kertas ke muka, saya rasa ingin mendenda dia duduk diam2 bawah meja (hahaha...dun worry, saya tak sekejam itu).
Saya tertanya juga, kenapa Khalida tidak mahu mengukur baju di badan sendiri. Kalau sudah tahu, bidang itu tidak sesuai dengan jiwa, kenapa membenarkan diri terjebak. Peliknya, saya mahasiswa usuluddin hendak menceburkan diri dalam bidang yang kami2 di sini pun kalau boleh nak elakkan. Dan, kalau sudah tahu risiko yang bakal dihadapi, kenapa harus berumah di tepi pantai. Bukankah kerja amanah? Kalau bos menyuruh dan siap dengan alasannya, kenapa tidak dituruti mengikut akal munasabah?
Apabila Azrul menengking dan menghamun Khalida, entah kenapa saya turut bersorak gembira. Dan, saya kesian juga kepada si minah ini yang pakaiannya gedoboh sentiasa serta muka polos solekan. Kenapa begitu? Bukankah ada alternatif lain menutup aurat, kenapa tidak memakai seluar slack dan blouse lengan panjang. Atau paling tidak, salut tubuh dengan kot. Kami sebagai wartawan akhbar Perdana memang tidak digalakkan berpakaian terlalu menggiurkan pun tapi paling tidak diwajibkan kemas, rapi, presentable dan sedap dipandang. Dan, kalau berbaju kurung pun, masih banyak lagi potongan yang boleh diteroka, baju kurung kedah, mini kurung, leher cekak musang, kurung moden, kurung pahang dan sebagainya. Berbaju kurung bukan bermakna lekeh tetapi kalau kena penggayaannya, boleh dibawa ke majlis rasmi. Dengan syarat bersolek lah sikit, bukan seharusnya berdandan smokey eyes segala tetapi memadai sekadar solekan nipis menghindar polos dan pucat. Cukup sekadar menaikkan seri muka. Tidaklah nanti Pak Menteri dan selebriti memandang sebelah mata dan menjawab pun hendak tak hendak. Bukan untuk memikat ye tetapi menyenangkan kerja. Itu saja nawaitunya.
Penulisan berita dan majalah juga berbeza2. Demikian penulisan pojok hiburan untuk akhbar perdana yang sangat berlainan dengan akhbar nyamuk. Namun, tidak seperti penulisan rencana yang bertunjangkan pengalaman sendiri, penulisan untuk akhbar harus tepat, ringkas dan padat. Pendekata, isinya tidak harus bersifat tarbiah dan bersyarah tetapi memberitahu. Dalam hal ini, kalau saya jadi Azrul pun, saya hangin satu badan membaca ruangan Teluk Bergendangnya. Bukan apa, dalam sekian banyak para, hanya separa saja yang boleh terlalu pakai. Lagi satu, gossip sebenarnya tidak bersifat terlalu umum tetapi bertujuan memberitahu secara tidak langsung. Justeru, ada fakta dan bersifat sahih, jika mereka2 saja, alamat menunggu surat saman la...Untuk majalah, penulisannya mungkin bebas dan bersifat naratif namun untuk akhbar yang sangat minimun dan mahal kolumnya, menulis harus telus dan terus ke pucuk pangkal.
Tapi, Kak Lily, memanglah...dari segi olahan kata dan susunan ayat, dia memang nombor satu. Bukan calang-calang orang dapat menanding. Membaca dia menggambarkan keadaan cuaca pun, saya sudah boleh melayang ke langit ketujuh. Ini memang kekuatan Kak Lily. Dan, apabila dia menulis mengenai kemarahan Azrul yang berapi2 itu, emosi itu terus menyeludup masuk dalam diri saya. Begitu juga, sewaktu dia berkisah mengenai kebebalan Khalida, saya turut menyumpah sama , "Hisss, apa lah bangang sangat minah ni..." Saya jadi hilang sabar. Bagai saya pula di tempat Azrul Rasyid.
Ketika Kak Lily memperihalkan mengenai sihir, saya jadi seram dan gerun. Jampi serapah dilagukan bagaikan benar-benar hidup alam nyata. Saya jadi ngeri membayangkan mangsa teraniaya muntah darah, perut membusung dan sebagainya. Kak Lily memang pintar menyentuh emosi dan menambah penghayatan pembacanya.
Saya harap Kak Lily terus menulis novel2 islamik. Percubaan pertama ini sudah cukup baik, cuma tambah lagi rencahnya di masa hadapan. Dan, saya akui sebagai peminat nombor satu novel2nya, saya memang sentiasa ternanti2kan sentuhan terbaru Kak Lily. Semoga terus menyentuh hati saya ye. Syabas sis!
3 comments:
Salam cik ben yg manis. Saye pun dah khatam novel MCT( dgn gigihya! Hahaha), bg saye ok je kalau blajar benda lain,keje bidang lain. Blajar tu ilmu,keje tu pengalaman+ilmu baru. Ada seorang manusia yg blajar medic sampai luar negara.blk malaysia dia keje sbg sales&marketing executive,kendalikan urusan umrah&haji lg,tp pakaian simple abis,jeans ngan t shirt pun dia bantai time keje,alhamdulillah keje dia sukses,pastu dia beralih ke keje2 xbgaji lak,sukarela,pun sukses.pastu dia jd wartawan xbertauliah-snap pics,cari hot news n jual kat sykt akhbar besar kat negeri di bawah bayu utk isi perut n biaya kebutuhan hidup di sana sambil teruskan keje2 xbgaji yg dia minat tu,pastu dia blk semenanjung,buat biz kecik2 utk sara 1 family,biz kecik kuman..sbb dia xnk jd org kaya.takut! Kesimpulannya...bertuahnya manusia yg punya ilmu dan pengalaman2 berharga walaupun tanpa nama dijaja ,tanpa wang berjuta2 hehehehe
kih kih kih... ha ha ha ha kak lily gelak malu bila ben sebut ben peminat akak... jom akak belanja teh tarik kat dinn (gelak guling guling lagi ni)
apa apa pun terima kasih ben... tulisan akak tu biasa biasa aje.. akak belum bagus mana pun.. byk lagi nak kena belajar
Kak Lily...betul, hambalah peminatmu yang setia (hehehe bukan kerana nak mintak belanja teh tarik ek)
Cik Bintang... respek betul ngan orang kuat keje ek. Bilalah plak kita nak buat macam tu ye...keje sendiri..Kak Lily, dah start...bila kita nak ikut jejak nih...
Post a Comment