Tuesday, November 10, 2009

Kalau belum ajal...

Selesai sudah kunjungan kali kedua ke Singapura. Kali ini destinasinya lebih meluas, hampir seluruh pelusuk Kota Singa itu diterokai dari Park Quay, Orchard, Kampung Glam, Arab Street, Geylang Street, Sentosa, Esplanade dan macam2 lagi. Kiranya memang betul2 berjalan sakan le orang kata.

Namun, tak payah le kuceritaku itu semua. Biarlah tersimpan kemas dalam lipatan hati. Rasanya, siapa yang pernah dan selalu berkunjung ke kota itu maklum bagaimana sifat penduduknya, macam mana aliran trafik bandarnya, apa daya tarikannya kan...cuma kali ini, aku membuat kesimpulan..orang di sana banyak 'tenang'nya. Maksud di sini, adakalanya bersikap kau, kau, aku, aku dan dua tiga kali jugak aku menggaru kepala dengan servicenya yang ala2 siput berjalan tu. Maaf ye, lain orang, mungkin lain pengalamannya. Bahkan, yang bernasib baik memang tak mengalami pengalaman macam aku ni.

Hanya kali ini, kurang lelah sikit kerana ke sana dengan kapal terbang. Yang buat aku sesak nafas juga bagai nyawa di hujung tanduk membabitkan insiden cemas penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika bertolak dari Changi Airport, hati sudah tidak enak. Sewaktu kapal terbang membuat sepusingan di landasan sebelum take off, 'jiwa' yang sudah berada di Malaysia ini berdetik, "kenapa lambat sangat?" Panjang landasan bagai serasa bagai Bangsar ke Midvalley. Tapi dipendamkan juga. Li Shian (wartawan KOSMO) beberapa kali membentak, marahkan anak Arab dan Mat Salleh yang melalak sabung-menyabung di kerusi depan. "Huh, macam kucing bergaduh,"gumamnya. Aku senyum sebaris, redakan jiwa yang gelisah dan badan kian melekit dek kepanasan 30C kota ini. "Cepatlah sampai KLIA, aku nak cium lantai airport,"gurauku meredakan kegelisahan.

Lebih kurang setengah jam di udara, dek kerana cuaca buruk, kapal terbang teragak-agak hendak mendarat, Kulihat kelompok awan bagaikan kawasan perbukitan ladang teh Cameron Highland. Tebalnya. Bahkan, sesekali kapal terbang tersengguk-sengguk meredah awan. Laut Port Dickson sudah terlihat di sebalik
serakan awan, nampak segala kapal layar, hotel, teluk dan dermaga tetapi belum kedengaran lagi pengumuman pilot. Selalunya 15 minit sebelum mendarat penumpang sudah dimaklumkan mengenai latitud dan longitud kapal terbang, keadaan cuaca dan destinasi mendarat.

Anak mat salih dengan arab terus melalak. Oh, saat ini tiba-tiba aku rasa ingin meluru ke depan, bagi sedikit mukadimah kepada ibu-bapa mereka mengenai penjagaan bayi. Entah dari mana aku bagaikan tahu serba-serbi ilmu parenting.

Kemudian kulihat ladang kelapa sawit hampir depan mata. "Dah nak landing ni..." beritahuku kepada Syairi, reporter Sinar Harian. Dia ni memang penakut tempat tinggi. Dari tadi senyap tak berkutik. Hampir mencecah tanah, pesawat naik semula ke udara dengan kelajuan paling maksimun. Bergegar kokpit kerana kelajuan mengejut itu. Sejurus kemudian pilot mengumumkan kerana cuaca buruk, pesawat tidak dapat landing. Selama hampir dua puluh minit berpusing2 di udara...sekejap di udara KLIA, sejurus kemudian berpatah kembali ke Laut Selat Melaka. Apa dah jadi ni? Semua orang sudah panik dan diam. Masing2 sedia maklum hidup-mati mereka diserahkan kepada kebijaksanaan pilot. Li Shian terlentok di tingkap, aku membaca ayat kursi sebanyak mungkin, berharap segalanya berkesudahan baik. Cuaca di luar terlalu buruk. Ini yang kurisaukan, takut berlaku pelanggaran dengan kapal terbang lain. Kemungkinan lain, minyak kapal terbang tidak mengizinkan kami mendarat di KLIA. Lebih gentar apabila melihat kelibat pesawat lain terbang beriring dengan kami, sangat dekat. Mungkinkah dia juga terhalang oleh cuaca buruk.

Selama setengah jam berputar, akhirnya pesawat kami kembali ke langit KLIA. Dan, setelah dua tiga kali dilambung cuaca buruk, akhirnya dapat juga mendarat di landasan walaupun tidak lancar, syukur segalanya selamat.

Ketika keluar menuntut bagasi, tertangkap serba sedikit butir bicara peramugarinya dengan kakitangan air port, "Pilot silapm kiraan, dia ingat landasan, rupa2nya jalan raya, itu yang full force naik ke awan." Mak ai, terkedu aku, ingatkan betul2 cuaca buruk, rupanya kelalaian pilot. Nasib belum ajal, kalau tak tinggal nama je la...Syukur pada Tuhan kerana memberi peluang aku melihat dunia.

4 comments:

rynas said...

iskkk..ngeri jer ben..alhamdulillah selamat juga sampai ke Mesia. Itulah org kata kalau belum ajal..

ennieva fauzi said...

Menang ngeri...dah le belum cukup amal ibadat lagi. Guess what tie? Masa insiden berlaku, dalam hati aku pasang niat..kalau selamat, aku nak makan burger Mcdonald...sampai je KL....terus cari Mcdonald, beli dua biji burger terus hahaha....ini gamaknya rasa orang di ambang maut..macam2 dia teringin :(

rynas said...

hehhe..kelakonyer sempat lg niat nak makan mcd haruslah beli 2 burgerkan..ushh..lama giler tak makan mcd sejak makan ngan ko dulu tuh..

ennieva fauzi said...

nanti kita dah buleh makan sama2..jenguk2 je floor sebelah hehehe...syoknyaaa...