Saturday, October 3, 2009

Padang

Suatu petang ketika menghadiri mesyuarat Exco Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi di tempatku, seorang teman sempat berlawak. Dia memang kaki lawak orangnya dan selalu membuat orang keliling senak perut dengan tingkah lakunya.

Sebaik agenda dibentang, dia memaklumkan akan pulang ke kampung.

Dia: Kalau ada apa nak tanya, sila tanya sekarang, aku nak balik Melaka kejap lagi. Isnin nanti jangan call ye, aku berada di Padang. (muka serius tak hengat).

Kenyataannya menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang tercengang, terlongo tak kurang teruja.

Ramai2: Sungguh ko ke Padang? Ikut trip mana?

Dia: (Masih lagi selamber) Tak ler, aku di padang kat kampung aku...main bola.

Ceh sungguh

Sebelum itu di Bilik Berita di meja Berita Minggu. Selepas membaca berita kejayaan negara jiran mendapat pengiktirafan batik sebagai hak pesaka mereka dari UNESCO, jiran aku (sebelah meja) tampil dengan cadangan yang kukira agak emo tapi disebabkan lagak dia memberikan cadangan itu tanpa reaksi muka, pun jadi bahan gelak...

Dia: Jom kita turun Padang ramai2, bantu mangsa gempa. Tapi pastikan semua sukarelawan Malaysia pakai seragam batik.

Secara automatik, aku terbayangkan dia mengenakan kemeja batik Terengganu (masih bolehkah aku menggunakan istilah batik? Atau kena dapatkan hak cipta dulu?)

Aku menyambung: Saya ingat nak bawak kain batik lepas banyak2 la...nak tutup mayat. Alang2 nak buat parti batik kan?

Hisss...itu baru batik. Belum lagi bab diorang ingin mendapatkan pengisytiharan gamelan selaku muzik pesaka dan terbaru kunyit temu lawak pula. Yang lain boleh diterima tapi bab temu lawak tu aku rasa dah melampau sesangat. Ada ke hasil dari bumi nak dijadikan hak milik? Kalau gitu tak leh le mintak dari UNESCO, kena mintak kepada Yang Maha Kuasa.

Kami ni sebenarnya, bukan lah kejam sangat...contohnya, tragedi gempa bumi baru-baru ini, siapa yang dulu menghantar bantuan? Walau terluka macam mana pun, walau hati bagai disayat2 tapi itu semua diketepikan atas dasar kemanusiaan. Cuma, nampaknya yang ditimpa bencana belum lagi sedar2 diri, masih lagi dengan egonya.

Semalam, seorang teman ditugaskan mengikut tentera kita membawa pulang pelajar kita di sana. Sebelum ini, heboh warga kita kebuluran, tak diberi bantuan makanan. Rupa2nya setelah disiasat, kita sudah hantar bekalan makanan tetapi ditahan dulu oleh pihak di sana. Dengar2nya, dah tak ada sangat bantuan dari negara lain, baru bekalan itu dibuka untuk diagihkan.

Paling tak dapat diterima, sebelum pulang, student kita dikenakan sejumlah bayaran sebelum dibenarkan berangkat ke tanah air. Hai, dalam kalut2 pun sempat menangguk di air keruh lagi. Tapi aku tak heran, sebab memang nature mereka begitu.

Apapun, aku harap usul mendapatkan pengiktirafan temulawak itu dilupakan saja. Bukan apa, aku takut, ia akan menimbulkan bahan lawak jenaka sepanjang zaman lagi. Atau paling tidak pun, bumi di sana bergegar lagi. Apa kata selepas ini dapatkan pengiktirafan negara paling kerap dilanda gempa bumi di Asia Tenggara. Atau, kalau terus nak jadi bahan jenaka seantero Asia, umumkan sirap bandung, mee jawa sebagai pesaka bangsa pula...amacam?

6 comments:

hafizahiszahanid said...

kenapa tak isytiharkan sekali gempa bumi tu hak mereka? hehehe.. kan bagus... :D

rynas said...

hehhe lawak ler citer ko ni ben. Ttp dlm lawak banyak mksud tersiratnya itu. kalau dorang2 itu tk sedar2 diri jugak tak tahu ler...

ennieva fauzi said...

Fiza...apa kata kita usulkan tu pada diorang...ada berani ke sahut cabaran tu?

Tie..ini masalah Indonesia Mudah Lupa...

Bintang D'hati said...

Salam... Ada kalanya manusia yg tidak cukup makan dan malang akan lbh kuat dan lantang merebut,melaung dan memperjuangkan hak serta punya rasa lbh rakus utk memiliki sesuatu walaupun dimaki,dicaci dan dilabel dgn 1001 nama yg negatif...tetapi manusia2 yg senang hidupnya,xperlu berlapar,punya 1001 kemudahan dlm hidup sehari2..ada kalanya malas memperjuangkan apa2,cukup sekadar apa yg ada,jika melaung pun sekadar melepaskan ketidakpuasan dlm dada.. Mungkin ini yg perlu kita renungkan.duduk,diam dan fikir dgn minda yg lbh tbuka.

MummySuri said...

saya pun rasa nak tampo je indon2 ni... ada kes kat rumah saya baru2 ni...toilet bapak saya sudah tidak lacar spt selalu perjalanan airnya. Sebab baru sangat toilet siap, tak mungkin le selambat itu airnya. bila ditanya kenapa, boleh indon ni jawab, "pak aji, lain kali berak taiknya biar kecil2..." memang kurang ajar dan terus laki saya bagi warning agar dia menjaga percakapan.

ennieva fauzi said...

Cik Suri, tergolek2 ketawa saya baca awaknyer komen nih..ciss memang sungguh kurang ajar, mau makan selipar jepun dorang ni (jepun tak la plak claim itu selipar dorang ek...) hehehehe lawak, lawak antarabangsa...