Thursday, October 22, 2009

Dua hari di Kota Singa

Hidup ini ada pasang surut, suka-duka silih berganti. Semuanya untuk menguji kesabaran hati. Kadangkala rebah dengan dugaan, ada ketika bangkit semula selepas tewas. Itu tandanya perjuangan belum selesai.

Menjelang penghujung tahun, hidup pun bercampur baur. Seorang teman mengalami fasa hidup paling bahagia apabila dikurniakan cahaya mata comel. Tahniah, Puan Liza dengan kehadiran Puteri Batrisya Nur Qaseh. Dan, aku sama-sama hanyut dalam bahagia apabila seorang sahabat bakal menjejak kaki ke tempat aku mencari rezeki kini. Dia pekerja berdedikasi, tekun dan penuh tanggungjawab. Di mana-mana pun, dia akan hidup dan baktinya pasti dikenang (ini bagi yang tahu menghargai dia lah...)

Minggu ini aku berkesempatan ke Singapura selama dua hari. Walaupun singkat dan diberitahu lebih awal perjalanan ke sana menaiki bas, tetapi aku bahagia dengan assignment kali ini. Bagiku, ini satu lagi peluang memperkaya khazanah hidup.

Sebelum ke kota Singa itu, aku diperdengarkan bermacam2 cerita dan maklumat. Kata mereka kota itu bersih, teratur dan lima tahun terkehadapan kita. Aku telan dan aku cerna baik-baik. Beritahu seorang teman yang lain, kota itu bukan untuk warga kita, barang-barangnya di luar kemampuan, kos sara hidupnya amat tinggi dan hidup di sana memeritkan jika tidak berduit. Pun, aku dengar dan simpan kukuh dalam hati.

Saat melangkah kaki ke Singapura, desas-desus yang kudengar rupanya ada betulnya. Bandar itu kemas, bangunannya tersusun dan dipelihara. Kukira pantang kusam, akan dicat semula bagi menjaga imej bandar. Trafiknya lengang dan pemandunya berhemah walaupun jalan raya kecil dan mengerikan juga sesekali bersaing dengan bas dan lori. Betul lah seperti diberitahu seorang teman.

Demikian juga dengan kos sara hidupnya yang tinggi. Buat kita yang tidak menukar banyak wang terkesima dan terliur. Ada yang berkenan tetapi terpaksa mencongak dua tiga kali sebelum membeli. Mujur juga jadual terlalu padat menyebabkan kesempatan membeli-belah terhad.

Kami menginap di hotel lima bintang di Sentosa. Selepas menjamu selera pada malamnya, sempatlah juga sejam dua ke Vivocity Mall. Bukannya hendak shopping sangat tetapi terlalu teruja dengan bangunannya yang mirip karang laut itu. Tetapi saat menjengah dari satu kedai ke satu kedai, oh baru tau...this is not my cup of tea. Bayangkan sehelai sweater (baju panas) Tiny Toon selepas ditolak 20% berharga Sin Dolar 49.90. Memang murah bagi warga tempatan tetapi cuba culculate dengan RM2.45, bukankah hampir RM100 harganya?

Yang murah sedikit, mungkin cd dan dvd original yang rata-rata bernilai S$6, makanya ditukar ke ringgit, dapatlah dalam RM12. Tetapi, cuma cd tertentu sajalah...lalu apa yang hendak dibeli? Semua itu memang sedia ada di negara kita...lebih2 lagi gedung beli-belah itu bertaraf Midvalley dan KLCC...huh, sudah tentu window shopping aje lah.

Selesai acara melawat lokasi pembinaan Universal Studios Singapura, penganjur membawa kami makan-makan di Takasyima, Orchard Road. Oh, di sini lagi lah parah. Dikelilingi gedung beli-belah setaraf Pavilion, untuk golongan berduit, ini mungkin syurga mereka kerana peluang mendapatkan gaya terbaru Prada, Gucci, Dolce & Gabbana dan seangkatan dengannya terbuka luas. Berbondong2 golongan berwang (bukan beruang ye) memborong jenama unggul rumah fesyen ini.

Tempoh sejam 'free and easy' dimanfaatkan mencari cenderahati buat kawan2 di Lucky Plaza (lebih kurang macam Central Market di sini). Pun, difikir2 kan kembali, harga barang2nya jauh dari munasabah. Bayangkan sebuah mug bodoh (di sini harus le dijual lambak di kedai RM5) harganya boleh mencecah sehingga RM22. Ya ampun, terasa seperti aku ini pendatang dari Kalimantan dan negara pendalaman Zimbabwe. Wang yang aku ada cuma di celah gigi.

Dalam pada itu, berbangga juga kerana televisyen di sana banyak mengimport drama2 kita. Untuk siaran melayu ajelah (Suria). Sekarang, drama bersiri Manjalara tengah meletup. Akan datang, Farah Syakirah (terbitan Skop Production) bakal menemui penonton. Terbaru, aku dengar cerita Nur Kasih menjadi gilaan orang Singapura. Kalau tidak, takkan lah para pelakonnya diserbu kala berkunjung ke sana.

Kalau ingin dicerita, dikisahkan, beribu-ribu perkataan ingin ditulis. Tetapi cukup2 lah ye...nanti lah, senang2 akan disertakan gambar2nya pula...bukan tak nak bagi kawan2 tengok tapi banyak sangat yang berunsur syok sendiri :)....maklum le...itu saja cara menghibur diri. Tunggu ekkk...

4 comments:

hafizahiszahanid said...

Whooaaa... aku tak tau kenapa, tapi setiap kali membaca tentang Singapura aku mesti menguap! Errrr... kecuali tentang Aaron Aziz.. hahahahahahha!

ennieva fauzi said...

hahaha at least ko bernapsu gak ngan dia...:)

rynas said...

ben gambonyer tak ada ker??? tingin gak nak nengok bandar tersusun dan bersih tuh?

ennieva fauzi said...

nanti ye...aku cuba masukkan...sekarang ni keje berderet hehehe