Saturday, October 17, 2009

system failure

Deepavali/ sabtu. Terlupa hari tidak bekerja bagi kebanyakan orang, jam 9.15 aku sudah tercatuk di office. Sunyi, lengang. Metro dan NST shut down. Cuma BH beroperasi seperti biasa.

Hari ini nama ku tidak ada dalam schedule assignment. Haruslah ditugaskan mencari follow up. Follow up cuti2 begini? Siapalah yang melayan reporter uolsss...

Di pejabat, cuma ada dua tiga umat. Tidak sampai lima orang. Terlihat kelibat Echa, si cantik manis di news desk, segera aku ke mejanya. Sambil mengepit akhbar "Tak de assignment Cha?", Echa mencebik, muka frust, "tak de la...awak?" "Pun, tak de, tengah flip paper cari follow up...,"jawabku memandang front page sepintas lalu "Sedia Berubah" dan di sebelah kanan, ilustrasi PM berucap dengan penuh ekpresi.

Echa memandang sekilas, "Story UMNO banyak la...MCA sikit,"bebelnya, dengar tak dengar. Kalau cam ni Crime story kena kuat, kalau tak mati. Kalau boleh biar boleh jadi front page, baru semua orang boleh tarik nafas lega. Yang 'cap ayam' boleh sisih tepi.

Aku sungging senyum, "bukak sistem Cha, tengok update assignment...", sesaat dua saat, sistem Tera tidak berjaya dibolosi..."apahal..."serentak kami merungut...

"Oh ya..hari ni office shut down...sistem dysfunction.."alamak...cam ner nak bukak tera, shell...dan yang lebih mengharukan...cam ner nak tembusi internet.

Sekonyong-konyong Nik Syukry bersuara, "Balik le wei....tak pun, bawak2 le melepak kat mamak,"....dia kujeling sekilas, buat-buat muka cengel. Haram dia takut. "Jom...ikut aku balik," katanya sambil berjalan lenggang itik. Dari belakang, muncul Sazarina, Abang Man...semuanya blur sebab sistem tak berfungsi.

Aku menuju ke tempat...double check. Pun, hasilnya sama. Hingga muncul abang Naim...dua tiga minit tercatuk di depan pc dan berlalu pergi...kukira dia pun buhsan.

Semua orang dah melesap. Abang Manaf pun laju menuju lif. Kerana perut dah berlagu dang dut, sudahnya aku mengajak Echa ke mamak...jom kita lepak...tak de story, kita ramai2 pakat balik...tak pun jenguk muka ke mana2 open house cari maruku...hehehe ada berani ka?

2 comments:

Unknown said...

salam benny
dah ubah deko rumah ya? seronok baca entry ben tapi mata kak jun ni makin kelabu dan tak berapa nak clear bila baca font ungu.....:-))

ennieva fauzi said...

ha ah la kak, yang lama tu macam bebudak sangat...kita kan dah dewasa hehehe....tak pe kak, nanti saya tukar tulisan putih ye..

entry saya tu apa yang berlaku dan mengikut persepsi saya je....kalau akak suka, tima kasih...tapi tetap tak buleh menandingi kehebatan cupkekasih yang always vouge tu :)