Friday, September 18, 2009

Lihat dan rasa dengan hati, semoga rasa tidak kebah, mata tidak buta.

One more day to go...bertolak petang esok, alamat menjelang dinihari le sampai kampung...tak kisah le, janji sampai.

Macam tahun sudah, menjelang dua hari sebelum raya, Bilik Berita menjadi sunyi. Yang tinggal dua tiga kerat menyiapkan stok bahan (bagi meja rencana) tetapi news desk, macam biasalah, cuti terpaksa dibahagi2. Tahun lepas kau berseronok di kampung, kali ini giliran aku pula. Macam itulah kesahnya.

Apabila sunyi, faham2 sajalah. Di meja hujung berderai ketawa, gegarnya satu ruang. Waima bunyi mesin pencetak pun dah macam gempita jentera kilang. Menjelang 12 tengah hari, seorang demi seorang mengangkat punggung. Yang ke assignment, haruslah di sana tempatnya namun ada juga yang mengambil kesempatan membeli-belah di saat terakhir. Bertanggak di Masjid India mungkin dan yang memburu keselesaan, Mid Valley menjadi hala tuju.

Aku belum buat sebarang keputusan, tetap tercatuk di kerusi ini, memikir2 apa yang perlu dibuat. Hendak membeli persiapan raya, rasanya semua sudah kusedia (mana-mana perlu saja). Rasanya, tahun ini lebaran bukan lagi perkara terpenting dalam hidup. Seperti zaman kanak-kanak yang menganggap persalinan raya satu keperluan. Semakin matang usia (bukan berusia ye...hahahaha...), semakin kurang kemeriahan menyambut raya. Mungkin tidak ada apa yang menarik menantiku melainkan ritual tahunan. Menyiapkan hidangan raya, bersalaman dengan keluarga dan melayan budak2 yang datang beraya. Apabila tidak ada tetamu berkunjung, bersantai di depan tv menonton program yang dirasakan menarik walau hakikatnya, tidaklah memikat sangat.

Cuma di kesempatan ini (peluang berseorangan di meja, melayan blues) terpanggil juga untuk membicarakan topik yang sedang hangat sekarang. Yang menjadi isu hangat di akhbar selama lebih dua minggu. Mengenai kegawatan hubungan Malaysia-Indonesia. Yang kununnya dianggap 'kisah dalam kelambu', pergeseran dan pertelingkahan pendapat abang-adik tetapi melarat2 hingga adik dicemuh, dimaki malah ingin dihalau.

Bermula tarian pendet, kontroversi oleh media menyebabkan kediamaan kedutaan kita dibaling telur busuk hinggalah laungan 'Sweeping Malaysia' yang mengakibatkan rakyat kita di sana diancam dengan buluh runcing. Aku pun tidak faham, apa yang nak disapukan sedangkan berbillion2 duit kita yang lebih dulu 'disapu', diangkut ke sana.

Sebagai bangsa bertamadun dan beradab, macam biasalah kita lebih selesa menyelesaikan pertikaian melalui perundingan. Sepertimana juga kita memperoleh kemerdekaan menerusi perundingan, tanpa darah, tanpa mengeronyok penjajah sebagaimana dilakukan 'si abang' kita pada tahun 1948. Agaknya, sebab itu lah rakyat kita berbudi bahasa agaknya, selagi boleh diselesaikan melalui lidah, lebih baik berbincang secara berhemah. Tidak seperti jiran kita yang sangat agresif, sangat lantang malah sangat membabi buta dari segi tindak-tanduk.

Tahukah mereka tidak ada untungnya perbalahan bahkan tidak ada faedahya menimbulkan keributan yang menjanjikan konfrontasi seperti tahun 60 an dulu. Kerana sekarang ini bukan situasi menang-menang lagi sebaliknya sudah bertukar kepada kalah-menang. Siapa yang rugi sekitranya lebih 3 juta (termasuk PATI- pendatang tanpa izin) warga mereka dihantar pulang? Siapa yang susah sekiranya golongan ini tidak lagi upaya menghantar wang belanja untuk seisi rumah (dengarnya sampai boleh membeli banglo dan tanah). Belum lagi keputusan menghantar sebahagian besar banduan warga mereka yang kini makan-tidur percuma di penjara Malaysia.

Mengenal pasti keperluan Malaysia yang bergantung harap kepada pembantu rumah Indonesia, lekas saja mereka merancang menaikkan gaji pembantu rumah kepada RM800. Wah, kalah gaji kerani am dan operator kilang pemegang sijil SPM. Dan, kalaulah dipenuhi permintaan mereka, mampukah mereka memenuhi permintaan kami yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Sedangkan banyak kisah dan cerita2 tidak enak tentang mereka; mencuri wang, membawa lelaki pulang kala majikan keluar bekerja, menipu, ada yang tidak tahu masak, melarikan diri dari majikan sama ada mengikut teman lelaki mahupun ingin mencuba kerja di restoran, siapa mahu jawab ini?

Dan, kalaulah permintaan mereka kita penuhi, bolehkah kalau kita membuat usul mereka harus tinggal berasingan. Segala makan, pakai, sewa rumah, air, elektrik, pengangkutan mahupun keperluan diri ditanggung sendiri. Saya percaya akhirnya mereka sedar, RM800 tidak boleh dibawa ke mana. Silap2 keluarga di kampung berputih mata.

Itulah sebelum melakukan sesuatu berfikir dulu. Tidak rugi menjadi bangsa yang kuat berfikir. Fikir jangan untuk hari ini tapi 20 tahun akan datang kemudian muhasabah diri. Fikir sedalam2nya, mari saya ajar; negaraku selalu berlaku bencana alam, negaraku mengandungi majoriti rakyat miskin, negaraku sering berlaku kebakaran hutan, negaraku selalu berlaku demonstrasi, sesetengah bahagian negaraku masih belum habis berperang dan bunuh-membunuh. Apabila ini berlaku, mana negara yang mula2 menghantar bantuan? Siapa yang sibuk2 menyuarakan simpati dan menghulur bantuan kala Acheh dilanda tsunami? Malaysia yang kamu bilang 'malingsia' ini bukan? Walaupun, di sekitar Pantai Barat negara itu berlaku juga korban jiwa dan harta disapu (ini baru sapu) tsunami. Siapa yang menolong menghantar petugas meredakan kebakaran hutan di Sumatera? Jiran aku, adik aku itulah. Siapa yang bereya2 ingin membantu masalah Timor-timor, masih orang yang sama kan? Belum lagi gempa bumi dan sebagainya.

Tanya juga berapa kerat aku bantu mereka? Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bahkan Highland Towers dulu, ada aku menghantar bantuan? Balik2 pasukan penyelamat Perancis. Paling aku suka memburu dan mendapatkan hidup2 Noordin Mat Top. Oh, apabila tidak bernyawa, si Bambang senyum sampai ke telinga. Tidak sabar2 berurusan dengan kedutaan Malaysia, ingin menghantar pulang jenazahnya.

Kalau hendak diungkit, dikira tentu Parameswara melompat dari kuburnya. Bab jenayah rasanya yang ingin menganyang itu belum dapat kita tandingi. Cuma kita menang dari segi mengkayakan mereka apabila setiap tahun, termaktub dalam agenda, membeli jeans dan kebaya di Bandung, sifon dan fabrik bermanik serta telekung di Jakarta, menghirup udara Bali yang entah berapa kali (mengalahkan kunjungan ke Tanah Suci Mekah), berhibur di Tanah Medan, Padang dan etc2. Banyaknya duit mengalir ke sana hingga tidak nampak Kemboja, Manila, Bangkok dan sebagainya. Itu saya puji, memang kita numero uno.

Tak perlu rasanya buat kesimpulan. Ada mata jangan sekadar tengok, lihat dengan hati, rasai dan hayati lalu ke otak, berfikir dengan kritis. Saya doakan semoga kita terus menjadi bangsa bertamadun, beradab, dihormati dan disegani. Ini baru betul bangsa yang handal bukan?

No comments: