Pejam celik, pejam celik dah nak beraya ye...cepat sungguh masa berlalu, ada kalanya tak terkejar. Ketika aku menulis entry ini, mungkin ada yang sudah pulang bercuti. Di desk aku ni pun, esok lusa, Fiza dan Suzan dah mula bercuti. Tinggal lah aku, Roha, Abang Azis, Abang Naim, Kak Nurul, Kak Hazirah dan bos 'bertempur' sehingga Sabtu. Petang sabtu le jawabnya aku pulang kampung, aduh harus le nak tercabut kepala lutut menekan pedal minyak dan brek ( sebab jam...). Harap2 tak sampai rumah menjelang 3 pagi macam tahun sudah. Tapi, masa tu seronok, ada Kapten Hasrul menemani, kali ini aku memandu solo. Masaklah aku...
Frust juga, cuma tinggal 5 hari lagi menyambut lebaran, terpaksa angkat 'bendera merah' pulak. Rupa2nya aku tak keseorangan, ada lima orang di desk aku ni mengalami nasib yang sama. Ha...mula lah merancang yang tidak2 (hahaha faham2 sajala ye). Kali ini si Rush Fiza menjadi 'port'. Thrill betul lah...sungguh la orang kata, sesuatu yang terlarang itu indah..but in our case is absolutely nature call tau...(wah nak sedapkan hati). Tapi ramai juga Melayu Islam yang tak tahu malu. Minggu lepas aku terserempak dengan tiga perempuan Melayu makan di KFC. Tempat terbuka tu beb. Siap berbaju kurung lagi. Tanpa segan-silu menikmati makan tengah hari di situ. Terjegil juga lah mata aku melihatnya. Mungkin kerana malu dan serba salah dengan pandangan umum, perlahan2 mereka mengangkat punggung, hiss apa nak jadi..
Lumrah menyambut lebaran, setiap orang kukira menjadi lebih sensitif, bernostalgik, sayu dan seribu satu macam perasaan lagi la. Yang menarik muncung 14 pun ada jugak (kes kalah undi balik beraya). Jiwa lebih lembut dan mulus dari biasa hingga mendengar lagu-lagu raya pun mahu meleleh air mata... bersahur seorang diri bertemankan air teh dan biskut empat segi (ada orang panggil biskut mayat...sebab makan dengan tak de perasaan kot hahaha) menitik air mata.
Tapi, walau macam mana pun kita beruntung sebab masih ada kampung yang boleh dituju. Masih ada orang tua yang boleh diraikan. Masih berkemampuan untuk menyediakan persiapan raya. Pengalaman menemuramah pelajar luar negara di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sedikit sebanyak membangkit keinsafan juga. Dapat juga menyelami perasaan sayu mayu, pilu sedu bagaimana beraya di perantauan. Bagaimana kesunyian menjadi teman meraikan lebaran tanpa dikelilingi orang tersayang.
Sewaktu menemubual salah seorang responden dari benua Afrika, matanya berkaca bercerita mengenai ibu. Jelas kerinduan melalui getar suara dan mimik wajah sedihnya. All i wish is to see my mother's smile...that's is eidul fitri for me..alahai, sebaknya rasa. Sebaknya terbawa-bawa ketika terbaca kisah seorang ibu tua berbekalkan bungkusan batik (dipenuhi kain bajunya) berlari mengejar kereta anak semata-mata ingin mengikut anaknya pulang di Aidilfitri. Apalah sangat kudrat seorang tua berusia 70 tahun, dia berhenti mengejar setelah 20 meter berlari. Sedangkan si anak tanpa perasaan memecut laju meninggalkan ibunya di bawah jagaan Rumah Orang-orang tua (Harian Metro, Rabu, 16 September 2009). Tergamaknya si anak...keras sungguh hatinya. Entah ke mana diletak akal fikiran ye...
Menjelang musim perayaan ini juga, kuminta kiranya sama-samalah kita menjaga keselamatan. Bukan setakat pandu berhemah dan berhati2 tetapi hindari perbuatan yang mengundang penjenayah mendekati. Baru sebentar tadi, pecah khabar, seorang staff di sini dirompak di depan rumah. Habis kereta, telefon dan barang2 berharga dilarikan pencuri yang jahatnya tak mengenal bulan. Bulan mulia? Dia peduli apa yang penting poketku kembung berisi. Aku terus hidup senang, goyang kaki, duit masyhuk. Syurga neraka belakang kira...ahhhh aku bukan hendak mati esok...So, kepada kita yang berhempas pulas, membanting tulang mencari duit ni, berhati2 lah di musim perayaan ini kerana ada orang yang ingin senang dengan jalan mudah. Moga-moga dijauhkan Allah perkara itu semua. Amin.
Lagi satu sukaku berpesan (wah macam orang tua2 plak) kepada adik2, jangan lah sesekali menyentuh mercun. Jangan ingat seronok saja, keselamatan diketepikan. Kerana kelalaian kamu, kerana kamu terlampau seronok bersuka ria, malang tak berbau, terkurang pula jari dan kaki. Sedih mak ayah, elok2 lahirkan kamu secara normal, alih2 menjadi OKU pulak. Hancur hati mereka, macam jari-jemari kamu yang gugur satu persatu. Masa tu, menangis air mata darah sekalipun, jari kamu takkan tumbuh kembali. Ingat satu je, kamu bukan POKOK...yang boleh berakar, beranting disiram air, ditabur baja.
Kepada keluarga, sahabat handai dan sesiapa saja yang secara sengaja atau tidak sengaja membaca blog ini kuucapkan Selamat Aidilfitri & maafkan segala salah silap, keterlanjuran kata, perbuatan yang tidak menyenangkan, zahir dan batin...Semoga semuanya dirahmati Allah.
8 comments:
selamat ari raya ben...aku harap leh jumpa ko raya ni...
Insya Allah, pi Penang nanti aku habaq kat ko ek...aku pun memang dah lama nak jumpa ko ni Tan...nak le tengok ko pegnant cam ne le rupanya ek...
Ben selamat hari raya maaf zahir batin kalau aku ada tersalah kata, tersinggung bicara maafkan ekkk. halalkan juga makan dan minum. tak dapat nak salam peluk cium ko. Ko pun drive sorang2 hati-hati, take care...aku raya kedua petang baru lik ke Perak. Balik PD dulu.
sama lah kita tie, aku pun nak mintak mahap bebanyak kat ko andainya sepanjang persahabatan kita di luar sedar, aku ada menyinggung perasaan ko. Maklum, kita sebagai manusia tak lepas dari kesilapan.
Semoga ko gembira di Hari Raya ni walau di mana ko berada ye...nanti lepas raya, panjang umur, kita jumpa ek...salam peluk cium untuk ko muahssss
Salam,selamat hari raya,dapat x email saye? From 016xx..@digi.com.my ,saye bg kat awak meteor yg awak nak tu hehehe
bintang..dapat, dan dah pun saya reply...awak dapat tak? mmmm itu nombor awak lah ye...
Hehehe xdpt.lain kali xyah reply situ :) tu la my number
ok, nanti kita email2 ye...btw, thanks for the lovely meteor...cantiknyaaaa...
Post a Comment