Wednesday, September 9, 2009

Buka Time

Sudah 19 hari berpuasa. Kali ini kuharungi seorang diri, mula2 sayu juga. Lama-kelamaan alah bisa tegal biasa. Tak perlu difikirkan sangat, bagiku sekarang, makan hanya sekadar mengisi perut dan memberi tenaga. Tak perlu bereya-eya sangat.

Baru semalam mula memenuhi jemputan; bersama kawan2 berbuka bersama TPM di PWTC. Selain rakan press, ada juga blogger dan ngo. Punyalah ramai umat hingga di luar dewan masih ditempatkan meja berbuka. Aku dan kawan2, biasalah memilih tempat duduk berhampiran dengan meja hidangan. Kena pulak berkumpul dengan geng satu kepala...mmm jadi cerita la...riuh rendah satu meja. Sakat menyakat, bergurau senda. Makan tak seberapa, ketawa je lebih. Maklum le, bukan senang nak bersua muka jika tidak ada assignment yang menemukan. Kali ini dapat makan bersama dan berkumpul dalam suasana santai (bukan kerana kerja), maka keluar lah perangai yang selama ini disembunyikan. Gila2 juga golongan wartawan ni. Kira tahap Raja Lawak lah...

Hari ini, bercadang berbuka di Mahbob, lama tak pekena nasi beriani. Sedang berkira-kira memula langkah, rupa2nya ada yang menderma nasi beriani. Syukur, bagai doa didengari Allah. Tak payah la bersusah-susah memikir masalah parking yang semakin kronik di ibu kota ini. Terima kasih le pada sebuah persatuan silat yang baik hati.

Hakikatnya, berbuka puasa di office bukan masalah besar. Kalau malas ke restoran berhampiran, turun saja ke surau (lebih glamer dengan gelaran Surau Inn) berbuka dengan kuih-muih dan nasi bungkus yang memang disediakan setiap hari. Dan, menjelang hari2 akhir ramadan, ada saja yang menaja majlis berbuka puasa, esok Scomi, nanti ada CIMB dan macam2 lagi. Belum lagi undangan kementerian, perbadanan, jabatan, ngo dan syarikat persendirian. Malah, bukan saja kenyang berbuka, silap2 dibekalkan dengan pelbagai door gift, hamper dan angpau raya. Aku tak berapa rajin sangat bab ni....malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tapi ada seorang member ni memang pantang menolak undangan. Bayangkan, sampai boleh mengumpul angpau raya hampir 3 ribu ringgit. Hissss...idak le teman hehehehe...

Begitu le kemeriahan ramadan selama bergelar penulis ini. Bagiku berbuka boleh hendak makan apapun dan di mana saja tapi jangan sampai hilang semangat ramadannya. Jangan kerana perut tepu dan sebu, terus ponteng solat magrib ye...hehehe renung2kan..

No comments: