Thursday, September 3, 2009

Cerita Hisham

Akhir-akhir ini memang jarang aku update entry. Tak tau mengapa kurang selera menulis dan mungkin juga tak banyak aktiviti yang berlaku dalam hidup. Jadi, tidak ada perkara menarik untuk dikongsikan. Nampak sangat hidup aku stagnant dan tak berwarna-warni kan?

Tapi, semalam aku dikejutkan dengan berita kematian seorang teman sepermainan zaman kanak-kanak dulu. Umurnya masih muda, baru 27 tahun. Dikhabarkan, arwah meninggal kerana barah otak. Sudah sakit lama sebenarnya tapi dia menganggapnya sebagai pening-pening biasa. Sakitnya berkurangan sebaik menelan panadol.

Yang menyayukan aku arwah Hisham meninggalkan isteri dan anak yang masih bayi. Dan, di bahunya tergalas beban yang berat, menanggung ibu-bapa yang tiada sumber pendapatan lain.

"Macam mana Cik Esah In?" Tulisku dalam pesanan sms kepada Solehin. Apapun yang berlaku di kampung E'In memang menjadi sumber rujukanku. Maklum ler dia ni kawannya dari sekecik2 budak sampai le orang tua tak bergigi. Kalau berjalan dengan dia dah macam mengiringi YB. Sekejap-sekejap angkat tangan. Sekejap-sekejap membunyikan hon kereta. Heran juga aku, dari kutu lepak sampai orang tua tergigil-gigil senyum sampai ke telinga melihatkan dia.

"Cik Esah dan family masih bersedih dengan pemergian arwah yang tersayang" balas E'In. Ceh, siap ada perkataan 'tersayang' lagi tu. E'In kalau bab bersms macam2. Mungkin dia terbawak-bawak dengan kesedihannya kot.

Eh, eh kenapa plak si E'In yang terlebih interframe ni. Memang kalau berkisah pasal si E'In ni seribu satu malam pun tak abes. So, kita tinggalkan dulu si romeo kampung ni ye...

Mengenai arwah Hisham, aku terkenangkan kenakalannya sewaktu kecil-kecil dulu. Ada saja kerenahnya yang membuat mak ayah mengurut dada. Bukan apa, dia ni terlampau suka mengusik adiknya yang beza dua tahun dari dia. Pantang aku ke rumahnya, akan terdengarle jeritan si adik yang terusik dengan perbuatannya.

Namun, ketika main pondok-pondok, oleh kerana fizikal halusnya, dia sering ku'pinjam' menjadi 'anakku'. Yang dia pulak, tak tahu membangkang, lagi suka ada. Penat jugalah aku menyuruh itu-ini. Selaku 'anak' yang taat dia menurut saja.

Tapi itu semua kenangan lama, sirna bersama masa. Meniti kedewasaan, aku dan Hisham jarang bercakap macam dulu-dulu lagi. Ada tak ada dia ke rumah menjemput Solehin pekena teh tarik. Sepatah ditanya, sepatah dijawab selebihnya dia gemar tersenyum. Mungkin dia segan kot, lagipun orang dah beristeri lain pembawakan. Apapun, kenangan manis sewaktu zaman kanak-kanak dulu tetap teguh dalam ingatan. Masih terbayang lagi Hisyam yang berhingus, berseluar pendek dan tidak berbaju. Kurusnya sampai nampak tulang selangka. Kini, berakhir sudah episod hidup Hisham meninggalkan kami detik manis untuk dikenang. Alfatihah untuk arwah.

9 comments:

INTAN said...

sedihkan...ninggal bulan posa.....alfatihah utk dia...


kita...bila pulak gamaknya....moga amalan kita ckup mengiringi pemergian kita..huhuh

kiranajoe said...

Muda lagi dah meninggal..Allah lebih sayangkan dia. Dipinjamkan dia sekejap di dunia kemudian diambil kembali oleh Penciptanya...

setiap yg hidup pasti akan mati. al fatihah

ennieva fauzi said...

Tan & Angah - memang insaf sangat, nampak sangat bila2 masa kita akan dijemputNYA...mintak2 time kita esok elok le janjinya...amin.

rynas said...

Cam nerlah isterinya terima berita niekan..dgn anak lagi. Harap2 dia tabah ler

Bintang D'hati said...

Al fatihah...dia dijemput Allah dlm bulan yg mulia ini..Allah lbh menyayangi dia. Barah otak memang 'mudah' disembunyikan,hanya yg sakit je tahu betapa sakitnya menanggung...

ennieva fauzi said...

Tie - entah lah kesian juger, isteri tak bekerja sedangkan ada mulut kecil yang perlu disuapkan. Yang paling kesian anak le, tak mengenal ayah

Bintang..setuju, barah pembunuh dalam senyap

Bintang D'hati said...

Yup..barah pembunuh..dan kehilangan itu sakit,terlalu sakit..
p/s kalo nak contact awak selain kat sini cemana ekk?..errr..boleh ke?

Rashidah Ibrahim said...

Sangat muda lagi, sudah pergi. Benarlah, maut tidak megenal usia Ben.

ennieva fauzi said...

Bintang - boleh jer..email je kat saya ennievafauzi@yahoo.com

Kak Shidah...itu le nyawa tak kenal usia, darjat dan pangkat. Sampai masa tidak lambat dan cepat sesaat dipanggil mengadapNYA...