Hari ini saya assignment di Muzium Negara- Bicara Tokoh Darurat. Akhir2 ini kerap sangat saya assign Muzium sampai ada yang melabelkan saya duta Muzium...hahaha...itu tuduhan melampau tu, tapi dun worryyy, saya tak ambik ati :)
Bicara ini membabitkan dua tokoh tersohor Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri dan Mantan Panglima Medan Tentera Darat Malaysia, Left Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi. Mereka membicarakan perit getir dialami tentera sewaktu zaman darurat. Terpaksa bergalang nyawa demi mempertahankan negara dari anasir komunis. Mendengar ceramah mereka saya rasa insaf, terbayang di kepala tubuh yang sihat bugar rentung dibakar, kepala bercerai dari badan disembelih, jari kudung dihiris dan sebagainya. Saya ngeri, takut dan cuak, maklum saya anak generasi baru. Tika komunis menyerah kalah 1989, saya masih anak kecil baru ingin mengenal abc. Jadi, saya tidak tahu kesusahan itu semua. Yang saya kenal Ultraman, saya saya hafal dialog Woody Woodpecker, yang saya ingat kartun Transformer dan Smurf.
Tiba-tiba saya merasa bersalah yang amat sangat. Kesenangan yang saya kecapi ini dibina dengan darah dan keringat perwira negara. Kemudahan yang saya kecapi ini tidak pernah termimpi dek generasi yang hidupnya tidak tentu, terumbang-ambing dan sentiasa diburu ketakutan. Malah, ada yang tidak sempat membesar, merasa usia seperti saya. Dan, jikapun umur mereka ketika itu, sebaya datuk dan nenek saya, takdir kematiannya bukan di katil ditemani saudara dan rakan. Tapi matinya bermandi darah dan tidak berkubur.
Mungkin ada mengatakan saya terlalu patriotik. Atau, juga kerana kemerdekaan yang semakin hampir, semangat cintakan negara saya semakin membuak2. Apapun tafsiran dibuat, saya punya kesimpulan sendiri. Manusia yang lebih dulu bernafas di muka bumi ini kematiannya bukan sia2. Perjuangannya kerana ingin membebaskan negara dari dijajah. Laungan suaranya kerana tidak mahu menjadi hamba di negara sendiri.
Jangan kata manusia kini tidak lantang, bukan pejuang. Mereka berjuang, mereka bersuara tetapi berpaksikan kepentingan peribadi dan kerana ingin memenuhi cita-cita politik. Orang macam ini sebenarnya masih lagi dijajah. Ditawan oleh pemikiran yang menganggap bahagia adalah apabila menyaksikan dan merancang kehancuran bangsanya sendiri. Nauzubillah...
3 comments:
Manusia bila bertuhankan harta dan kuasa...hancurlah kecintaan pada negara,jika ada pun hanya di bibir je ataupun dilaungkan krn ada kepentingan peribadi...kadang2 dah muak dgn 'sogokan' yg dinamakan pembangunan dan kemakmuran..tembolok siapa yg diisi? Ibarat peribahasa lama..sepuluh jong masuk,anjing bercawat ekor juga...
selagi manusia terpengaruh dengan wang dan kuasa, itulah dia...susah nak jumpa yang berjiwa patriotik sekarang ni, seumpama sebutir pasir di tepi pantai.
Semangat patriotik ni terlalu subjektif sbnrnya..tiada kayu pengukur,tiada alat penimbang...cara diperjuangkan dan direalisasikan juga berbeza antara individu dgn individu yg lain...
Post a Comment