Dalam hidup ini berlaku macam2 perkara yang tak terduga. Terjadi kerana menguji keimanan dan kesabaran sekali gus mengajak manusia berfikir dan merenung kekhilafan lalu.
Seorang bos suatu ketika dulu disanjung dan dipuja sekelip mata hilang pangkat dan hilang kedudukan. Seorang teman yang suatu ketika dulu bak primadona, hilang kecantikan dan kemasyhuran setelah berkahwin dan beranak tiga. Seorang teman yang dulu mengungguli kerjaya pemasaran, beralih bidang menjadi mekanik. Macam-macam.
Sedang aku sibuk mengemas barang-barang akibat berpindah rumah tempoh hari, handphone ku berlagu. Senyum sampai ke telinga tatkala menatap nama yang kukenal di skrin telefon. Kukira ada berita baik yang ingin disampaikan. Ada cerita lucu yang ingin dikongsi bersama, rupanya khabar malapetaka yang merenyuk perasaan.
Dengan nada tenang, dia memberitahu disuruh menghantar surat berhenti kerja. Kenapa? Apa dah jadi? Mana yang silap? Bertalu-talu pertanyaan mengasak minda. Dalam hati simpati melimpah ruah, bala apa lagi yang menimpa dia? Ampun, banyak kali dia diuji, kalau aku di tempatnya, belum tentu aku bangkit semula.
Katanya, dia perlu kuat. Katanya, dia tak susah hati sebab adanya sokongan teman-teman. Bicaranya lagi, bumi Allah luas, rezeki ada di mana-mana. Tuturnya tenang namun ada luka yang terpendam. Aku tau dia cuba kuat dan memujuk diri.
Keluarga dah tau? Itu saja yang berlegar di kepalaku. Itu saja yang sempat kufikirkan kala otak membeku. Bagaimana suara dia boleh setenang itu? Sesungguhnya, aku tak akan sekuat dia.
"Belum,"jawabnya pendek. Katanya lagi, dia akan menggaris perancangan kemudian setelah berfikir secara tenang. Katanya, dia akan mengatur langkah perlahan-lahan. Katanya, dia cuba menganggap takdir Tuhan sebagai sesuatu yang positif. Macam-macam yang diperkatakan, semuanya yang muluk2 dan membayangkan masa depan yang bakal ditempuh menjanjikan sesuatu yang lumayan.
Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih memikirkan dia. Mengenangkan masa depan dia dan keluarga. Memikirkan betapa ada hati manusia kejam yang tega menutup periuk nasi orang lain. Memikirkan bermacam2 perkara dan kemungkinan. Akhirnya, aku cuma terdaya mendoakan yang baik2 untuk dia. Untuk teman si R juga. Buat abang S ku juga. Buat abang Z ku juga...buat si dia... dan semua yang sekarang ini diuji kegetiran takdir. Jauh di sudut hati paling dalam, aku mengharapkan mereka mampu bangkit dari kegagalan. Semoga doa kecilku ini dimakbulkan.
4 comments:
hai ben, jika tidak diduga, bukan hidup namanya. Setiap apa yg terjadi, ada rahmat disebaliknya. Berdoa dan berdoalah...moga2 hidup kita-kita semua akan lebih bererti di hari mendatang. Utk kakak ku itu juga...simpati aku tiada batasnya...dia wanita yg tabah ben. berkali diuji, dia sentiasa bangkit berdiri! Kita perlu contohi dia; wanita, ibu dan isteri solehah
amboi ada blog baru ye..tahniah..lebih meriah, siap pic sumer..mintak kucing satu bleh? comey le hehehe....
Itu le Ly, selagi hidup, selagi itu le kita diuji...kalau tak bukan le namanya hidup ye tak...
Cuma mari le sama2 kita doakan supaya kita tak hanyut ye...kalau dah rasa terumbang-ambing di tengah lautan tu..cepat2 lah berenang ke tepi kan...
Semoga kakakku itu terus tabah...dia kuat...kita doakan la dia menemui bahagia ye...
hidup ni mmg camtu...yelah..cam aku pun..sapa sangka laki aku dpt vss dan sampai skrg still x dpt keje yg sesuai..klu dpt lak...kami terpaksa PJJ..idup ni mmg byk dugaan..terpulang le sekuat mana kita nk hadapi...
kkdg org tgok kita kuat...dan org fikir kita takde masalah....tp...org kkdg lupa...mana ada manusia xde masalah...
Betul Tan...hati di dalam, siapa yang tahu merintih pilu ye tak? Macam ko, hanya suami dan ko je yang merasa, menanggung dan mengerti....bersabar lah ye...ada hikmahnya tu...pengalaman yang tidak boleh dijual beli.
Post a Comment