Thursday, June 25, 2009

Nafsu makan







Aku sangat terdera dengan nafsuku sekarang. Jangan salah anggap ye...aku sengsara dengan nafsu makanku yang seakan tidak mahu surut. Menurut tuntutan perut dan mengarut apabila tidak diisi.


Terus-terang aku takut sangat kembali ke berat dulu. Berat yang selalu mengundang perli dan gelak orang. Jangan tak tau dulu beratku pernah mencecah 85kg sebelum turun mendadak ke angka 50. Kini, nampaknya jarum timbang semakin meningkat dan meningkat.


Aku jadi takut, gerun, resah, sengsara, derita dan ingin muntah hijau. Sesiapa yang pernah mengalami situasi ini dan ada petuanya, silalah perturunkan ilmu mengekalkan berat ideal padaku ye..aku amat terhutang budi.


P/s: Fiza kenapa ko tak bagi aku buat gastric bending (betul ke ejaannya gini) ?

5 comments:

Unknown said...

Ben kalau dulu boleh makan buah saja, kini hadkan makan setengah cawan atau sesenduk nasi je, macam tak tahu pula...

Rashidah Ibrahim said...

atas tu tadi komen dari kak shidahlah, tersilap tak sign in.
Bila dah biasa hadkan banyak tu, lama-lama nanti perut dah tak boleh terim lebih dpd tu...dulu kak shida diet mcm tulah.

hafizahiszahanid said...

Sebab kau tak layak ! Kau bukan dari keturunan yang ada masalah diabetik/jantung pun.. berat kau pun bukan meletup2 sampai 100 atau 200 kilo.
Relax, enjoy life to the fullest but gastric banding not one of them dear
Kalau tak caya p tanya Dr Fauzi

ennieva fauzi said...

Kak Shidah...aduh, disiplinnya kak Shidah. Patut le, kak Shidah maintain slim sampai la ni...Insya Allah, saya cuba. Akak, adik ipar akak gi Paris minggu nih..seminggu tau..best ler..

Fiza...memang le tak berat sampai cam tu, tapi runsing nengokkan baju yang sendat nih...banyak baju dah tak leh pakai sebab terlebeh seksi..tetiba je mak jadi dik nun gebussss hahaha

Anonymous said...

aisehh ben pas ni kena diet lg ker..
gud luck ahh