Monday, June 22, 2009

Ragam dunia, saham akhirat..mana satu kamu mahu?

ISNIN. Aku sorang je yang bekerja di desk aku ni. Assignment cuma satu, pagi, di Bukit Indah, Ampang. Selepas itu, memang aku relak sesangat. Kesempatan ini, kugunakan untuk berjumpa dengan rakan2 di tempat keje lama. Sesekali ingin melawat mereka dan saling bertukar cerita. Dan, kebetulan aku punya sebab. Ingin menghantar bagasi yang dah lama, aku pinjam dari seorang teman. Dua tiga kali teragak nak hantar, tapi masing2 sibuk. Ini pun, dia cuti tapi kerana dah terbawak aku hantar je la..

Lama juga melepak di tempat kerja lama tu. Baru hendak pulang, ada saja yang menahan mengajak borak. Sudahnya, dari sejam berlarutan hingga tiga jam. Terasa berdosa plak, makan gaji buta. Ampun bos, esok saya cover balik yer...saya bereskan semua story esok.

Pulang opis setengah jam sebelum 4.00 petang. Berjanji pula dengan rakan lama. Alamak, muka lesu, melekit dan berpeluh, lalu ke toilet 'touch up' semula. Hiss, agaknya dah gemuk aku ni, terlucut pulak butang baju. Memang benarlah, komen diterima dari teman lama mengatakan aku dah berisi. Bukan sorang dua ye...tapi rata2 yang kujumpa. Senang hati, kata dorang. Memang ye...tapi, mungkin juga disebabkan selera makanku yang kian memuncah. Apapun, harus le berdiet selepas ni.

Dalam perjalanan ke toilet dan ketika jejari ini sibuk mengancing butang baju, terserempak dengan jiran di meja depan. Panik sekejap sampai terkeluar jeritan halus. Dia pun nampak terkejut..dalam hati agaknya, apalah minah ni..nak kancing butang pun tengok le orang.

Muka aku dah sah merah macam udang kena bakar. Mujur dia ketawa saja sebelum menyapaku. Aduh, malunya, rasa nak hantuk kepala ke dinding. Wrong timing hehehe...

Selesai bersolek lebih kurang, terima panggilan teman sudah menunggu di cafe. Bergegas pula berlari turun. Dengan dia hampir dua jam berborak. Ampun, mengular lagi. Ye lah, kawan dah setahun tak jumpa, tak sampai hati pula hendak minta diri di saat dia ghairah bercerita. Kak Nurul, ampunkan saya, nanti saya cover balik ye...saya hantar story bebanyak kat akak. Sayang akak hehehe

Bermacam2 cerita dan kisah terbit dari mulutnya. Paling panas tentulah cerita seseorang (aku tak tau nak kategori dia ni sebagai apa? Nak kata kawan, perilakunya macam mencari lawan. Nak kata teman, buat orang tidak siuman).

Meskipun, melompat dari satu tempat kerja ke tempat kerja (dia boleh masuk guinness book of record Malaysia la, pencari kerja paling aktif) namun dia tak pernah serik. Ada saja ulahnya yang bikin orang sesak nafas. Kukira dia ni ada bau2 bacang dengan ikan laga kot sebab kerjanya tak lain ialah melaga2kan orang. Kalau ada anugerah batu api terbaik, aku rasa harus dia menang.

Berkeluh-kesah le kawan aku sorang ni dan berkali2 ayat "kenapa awak tak cakap perangai dia begini pada saya," diulangnya. Sampai dah jadi irama lagu burung kakak tua. "Maaflah, saya tak suka membawa cerita. Saya hendak biarlah pengalaman perit dikhianati tu awak alami sendiri. Bukan saya tak fikirkan tentang awak. Kadang2 lagi banyak kita bercakap, lagi orang tak percaya. Silap2 kita dituduh jahat plak. Saya bukan orang jenis itu."

"Ya lah...Tuhan kan ada. Serah saja pada Tuhan." Pandai pula kawan saya ini bercakap pasal takdir walaupun jelas dia bukan beragama Islam. Tetiba, saya pula jadi malu. Orang yang tidak menganut agama kita, pandai jaga persahabatan. Orang yang seagama dengan kita, kerjanya memporak-perandakan orang lain.

Saya terdiam dan terfikir, bila lah dia ni nak insaf. Walaupun, tembelangnya pecah dia masih bermuka tembok. Sementelah, dia pandai bermuka2. Sehari dua bolehlah kot, tapi lama2...tembok pun orang boleh robohkan, betul tak?

Saya ingat, sudah sampai masanya saya mengikuti kelas usuludin. Belajar mengenal diri sebelum mengenal dan mencintai Allah. Kebetulah, rumah Puan Nor yang saya shoot tadi, anak bujangnya baru balik dari Yaman. Bergelar ustaz dan giat mengajar di surau dan masjid. Kadang2 dia mengajar orang persendirian juga. Saya kagum dengan dia. Walaupun umurnya baru 26 tahun tapi ilmu agamanya penuh di dada.

Saya cuma bertanyakan, "Ustaz, macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat?" Dia kata, "mari kita belajar. Belajar kenal diri dulu. Belajar Usuluddin. Di dalam tu ada Fiqah, Tauhid segala...Diajar adab dan tata tertib wuduk, sembahyang. Cara membaca dan menyebut Fatihah juga kena betul. Sebutkan Allah Hu Akhbar juga ada caranya. Kalau tidak jadi lain."

"Ustaz, saya nak juga belajar tafsir al Quran. Selama ini hanya baca al quran tapi tidak benar2 faham." Dia terdiam sejenak sebelum menyambung "Oh, jauh lagi tu...kena belajar kenal diri dulu. Itu pelan2, kemudian baru kita buat."

Bertemu dengan orang berilmu dan mahu membawa ke jalan akhirat ini, sering membuatkan saya insaf. Sering mengingatkan kita ini tak akan kekal lama. Kesihan juga pada diri sendiri yang banyak kekurangan. Insya Allah, saya akan belajar dari dia, kebetulan ada sorang hamba Allah ini menawarkan kedainya untuk kami belajar. Kelompok kecil aje. Saham untuk akhirat.

"Menimba ilmu jangan bertangguh. Nanti terus tak jadi," pesan Ustaz muda sebelum saya keluar rumah. Insya Allah tapi hati bertekad akan dicari juga masa itu.

3 comments:

rynas said...

Ben kalau tak kerana butang baju mesti ko tak disapanya.

aku pun teringin nak menambah bekalan untuk akhirat. kalau dh dapat tarikhnyer bg tau aku juga yer ben mana tahu berkelapangan.

INTAN said...

bagus la ben...menuntut ilmu akhirat ni mmg x terperi kebaikannya....


aku pun tingin...bila tgok akak2 aku yg dh pencen..sibuk citer kelas ngaji..kelas agama.....aku jd jeles....tp xkan nk tgu aku pencen baru nk start balajo menda2 tuh....rasa mcm dh terlewat pulak

ennieva fauzi said...

rynas - hehehe...ada hikmah di sebalik terbukanya butang baju. Malu tapi mahu hahaha

Intan- aku sokong kalau nak mula dari sekarang sebab nyawa ni tak tentu tan...