Dalam sebuah sekolah ada dua tiga klik. Pelajar berpecah-pecah, menganggotai kumpulan tertentu. Dua tiga kelompok bergabung ingin mendominasi organisasi.
Entah dari mana munculnya, entah ilham dari langit. Salah satu kumpulan yang mengumumkan perikatan (semua tiga kumpulan dalam satu perikatan) merasakan satu resolusi perlu difikirkan untuk memastikan kemakmuran terus dikecapi di sekolah.
Kumpulan yang mempunyai kuasa paling sedikit di antara tiga ini mengumum penggabungan dengan kelompok lawan. Hasrat murninya menerima tentangan hebat dari dua lagi ahlinya yang mempunyai ideologi berbeza. Sedangkan di pihak yang ingin dijalinkan ikatan menyambut baik dan bersedia berunding.
Tentangan demi tentangan diterima. Kritik demi kritik dilemparkan. Yang tidak ada diada2kan menyebabkan pihak yang mengusul mula berbelah lagi. Kerana ditekan dan merasa tertekan, dia sampai menafikan bahawasanya dia pernah mencetuskan idea itu. Dia lah yang mengusul cadangan dan dia juga yang mahukan satu ketetapan dibuat.
Maka, demi menyelamatkan tengkuk sendiri, dia berdalih. Dia berhelah. Dia hilang ingatan. Dia buat2 lupa dia pernah mengusulkan satu cadangan yang difikirkan terbaik untuk warga sekolahnya. Dia menjadi teruna yang mungkir janji pada dara. Malah, tidak pernah mengaku sama sekali menyentuh dan mengusap dara.
Oleh kerana, dia berwatak alim. Ditambah mempunyai pengikut setia, membuatkan ramai yang percaya dia tidak pernah menabur janji. Dia macam hampir dilepaskan begitu saja.
Sampai bila dia mahu wayang? Kita tengok dan lihat langkah seterusnya. Kalau dah berbakat sangat kenapa tak register Pentas Anak Wayang, ataupun tunggu turn masuk Pertandingan Raja Lawak. Aku rasa dia lebih dari layak kot dan kalau dia masuk, aku nak simpan kredit banyak2 vote dia :)
8 comments:
huih...sapo kah itew
?? hehe sapa eh
he he pandai ben..akak suka anekdot awak ni mengenai perkembangan politik tanah air....apa pun kita doakan yg terbaik....
kak nurul
ala..semua orang boleh teka rasanya...hehehe...maklum, bikin gempaq satu Malaya...
wasey ben........ saya tau mengapa tercetusnya perkara ini dalam entry kali ini, kerana petang itu awak dan fiza bertungkus lumus mendapatkan pandangan umum mengenainya.
Cayalah ben, kalau lah saya boleh menulis sebaik awak sebegitu, entah bile saya pun tak tahu. Hidup Ben.
hahahah..ada2 je Roha nih...yang kelakaunya...dalam dok mencari, sempat kami menebeng pekena cucoq lagi hehehe
Post a Comment