Agak lama juga aku tak menulis di sini. Dua tiga menjak ni aku rasa jadualku padat sekali. Selepas pulang kampung, bercuti selama empat hari, aku tak menang tangan menangani kerja.
Semalam, berembun di Jalan Rahmat sehingga 12 malam menemu bual bekas mat rempit. Banyak juga cerita di sebalik tabir yang aku tau, tak kurang teladan dan tauladan (aku selalu keliru dua perkataan ini...). Sebelum berpisah, sempat juga aku, Angah dan Rosela disajikan aksi2 ngeri mat rempit macam willkang, willy dan superman. Terima kasih bebanyak kepada Faizal Hasyim yang sentiasa cool dan bersabar dengan permintaan kami yang ingin dia menunjukkan pelbagai aksi. Dia tetap tersenyum menurut arahan Rosela yang menyuruh dia bergaya itu-ini.
Pulang rumah memang flat giler. Penatnya Tuhan saja yang tau namun kugagahkan juga menyiapkan pakaian untuk dipakai esok. Memang tabiatku begitu, tidak mahu kelam kabut di waktu pagi. Tidak mahu spoil mood.
Sebelum tidur, terpandang novel Munajat Cinta di pinggir katil. Hai, entah bilalah dapat kuhabiskan. Kukira hampir sebulan juga kubuka tutup novel itu. Jalan ceritanya menarik dan sarat pengajaran, kaya ilmiah dan unsur keagamaan. Mungkin kerana tema dibawa terlalu berat, membabitkan persoalan hukum-hakam, akidah, fiqah segala menyebabkan pembacaanku sedikit tergagap. Maklum, kalau boleh aku tidak mahu terlepas walau sepatah perkataan pun. Sebolehnya, kucuba memahami jalan ceritanya. Semahunya ingin kuteroka isinya. Lagi suku muka surat, Insya Allah tamatlah pembacaan.
11.40 malam, aku masih bertunggu tangga di pejabat, menanti lay out terakhir siap. Kesempatan ini kugunakan untuk meneliti apa yang patut. Seperti biasa menetapkan temu janji, memeriksa email dan mengemas kini entry blog. Sesekali menulis penghujung malam begini, seronok juga. Ilham memuncah walau tubuh lesu. Tapi, mungkin kerana biasa, aku tidak betah mengeluh lagi. Kawan-kawan di unit grafik menghiburkan. Dapat pula kakak assistant editor yang sporting dan penyabar (sayang Kak Nurul), bos pun nampaknya tenang-tenang saja...hai membuatkan kita tak berkira langsung soal kerja dan masa. Sesekali terhambur ketawa lucu melihat gelagat Abang Sam XY pura-pura marahkan Shahril Grafik yang suka mengusiknya. Aduh, meriahnya.
Sekarang sudah ada geng pencinta drama Korea, si DP dari XY...seronoknya juga bertukar cerita dan info. Dia gilakan Coffee Prince, aku taksub dengan Boys Over Flowers. Apabila keduanya mula bersembang, terlopong dan terpinga2 lah Angah di tengah. Ala, Ngah..ko geng Samarinda...diam2 sudahlah...
Itulah kisah, sesekali stayback di office, supaya tidak jemu, pandai2 lah mencari hiburan untuk menyingkir rasa tension. Apapun, syukur punya pekerjaan kan? Itu harus diingat selalu.
3 comments:
enjoy ben
enjoy sesangat Tan...syukur!!
rumah baru ben...wah...bercahaya ni..
Post a Comment