Aku suka dia,
Telah lama tunas rasa ini tumbuh,
Dan akarnya menyusup jauh ke dasar hati,
Merekah tanah, berkisar kerikil,
Secara senyap aku menghimpun bahagia,
Belum terungkap rasa dan jiwa,
Belum bermula kembara hati,
Dengan Izin Aza Wajalla,
Mungkin air ke muara,
Mungkin basah tanah yang tandus,
Mungkin berputik semula mawar berduri,
Mungkin terjawab persoalan hati,
Jangan dibunuh tunas rasa ini,
Jangan dicantas benih cinta,
Biar ia hidup untuk beribu tahun lagi,
Biarpun abad silih berganti,
Biar roboh tembok Cina,
Biar bergegar kota purba Machu Pichu,
Sungguhpun, ketamadunan Atlantis bersua lagi,
Satu kupinta,
Jangan ragut kasihku ini,
Jangan direnggut bahagiaku ini,
Kerana aku amat memerlukannya.
Telah lama tunas rasa ini tumbuh,
Dan akarnya menyusup jauh ke dasar hati,
Merekah tanah, berkisar kerikil,
Secara senyap aku menghimpun bahagia,
Belum terungkap rasa dan jiwa,
Belum bermula kembara hati,
Dengan Izin Aza Wajalla,
Mungkin air ke muara,
Mungkin basah tanah yang tandus,
Mungkin berputik semula mawar berduri,
Mungkin terjawab persoalan hati,
Jangan dibunuh tunas rasa ini,
Jangan dicantas benih cinta,
Biar ia hidup untuk beribu tahun lagi,
Biarpun abad silih berganti,
Biar roboh tembok Cina,
Biar bergegar kota purba Machu Pichu,
Sungguhpun, ketamadunan Atlantis bersua lagi,
Satu kupinta,
Jangan ragut kasihku ini,
Jangan direnggut bahagiaku ini,
Kerana aku amat memerlukannya.
3 comments:
ben moga tunas yg bercambah itu akan menjadi dahan dan akhirnya buah yang manis rasanya, moga bahagia itu menjadi penamatnya.
p/s:org tengah bahgia mesti wajah ceria teringin nak jumpa ko..walau kita selalu berjumpa hehhehe
hehehe...walaupun bagai pinang dibelah kapak, tetap mengharap ada peluang kan:)
insyaallah Ben..teruskan berdoa dan berusaha pasti ketemu bahagianya.
p/s: aku pun tumpang gembira juga..
Post a Comment