Kenapa entry ku bukan main jiwang karat akhir2 ini...entah la ek...mungkin kerana hormon ku sedikit beralih ke paras kurang normal, mungkin kerana gangguan fikiran yang melampau..mungkin kerana aku kehilangan insan tersayang baru-baru ini (walaupun berita kematian nenek kuterima setenang mungkin tapi secara perlahan ia makan di dalam)..
Aku rasa bersalah kerana tidak mampu meratap lama peninggalan nenek. Aku terkilan namun aku cuba redha dengannya. Aku rasa sedih, sayu namun aku cuba tidak meratap hiba.
Hakikatnya, sedari kecil arwah nenek begitu menyanyangi aku. Sayangnya kukira melebihi cucu2 yang lain. Maklum, aku satu2nya anak yang tidak menetap dengan orang tua. Sesekali aku berkunjung ke rumah orang tua ku, air mata nenek pasti bergenang dan berlinang menerima kedatanganku. Selalu aku naik segan apa dikucup seluruh muka dan dipeluk erat bagai tidak mahu melepaskan.
Sepanjang di rumah ibu-bapaku, nenek melayanku seperti puteri raja. Sebut saja apa makanan yang teringin dijamah, pasti nenek berusaha mengadakannya. Malah, aku yang dipanggil dulu mengadap hidangan disediakan.
Kala mahu pulang ke Kuala Kangsar, sekali lagi air mata nenek berlinang. Nenek tidak pernah lupa menyelitkan wang saku ke dalam poketku. Paling sedikit RM50. Bagi kanak-kanak berumur ranum (ketika di sekolah rendah), wang pemberian nenek ku rasakan sangat lumayan. Dengan wang itu, aku membeli bermacam2 benda yang aku hajati...
Sebelum melangkah masuk ke kereta abah, sekali lagi nenek mengucup seluruh wajahku seraya berbisik ,"datang lagi..jangan lupa nenek". Walaupun, masih budak2, jauh di sudut hatiku merasa hiba juga. Limpahan kasih sayang nenek membuatkan jiwaku sebu, hati ku pilu.
Sungguhpun memecut pulang namun aku tidak dapat menatap wajah akhir nenek. Aku cuma terlewat sepuluh minit. Sewaktu kereta menjejak rumah keluargaku, jenazah nenek baru selesai disemadikan. Aku memutuskan untuk tidak turut ke kubur. Aku tidak mahu menatap tempat nenek bersemadi. Aku tidak mahu sekadar merenung tanah merah kuburan nenek. Seboleh mungkin aku singkirkan rasa terkilan. Seboleh mungkin aku tidak mahu menganggap nenek tidak ada dan aku tetap akan terus bertemu dengannya apabila pulang ke Kampar..aku akan terus merenung mata sayunya ketika merenung aku. Aku mahu terus disayangi dan dimanja nenek...(bayangkan walau sudah bekerja, nenek tetap ingin menghulur duit kepadaku)...Dan, kali terakhir aku menghulur wang poket padanya, nenek menangis sungguh2...mungkin nenek tidak percaya cucunya ini sudah besar. Mungkin di mata nenek, aku masih kanak-kanak kecil yang asyik bercerita dan bermain dengan adik2 kala berkunjung ke rumah orang tuaku...
Nenek sudah tiada, yang tinggal kenangan manis dibawa ke mati. Insan yang menyayangi sepenuh hati sudah pergi, membawa kasih sayang itu ke liang lahad. Aku sedih, sangat sayu, sangat pilu namun aku cuba jadi kuat kerana aku tau hidup perlu di teruskan.
Kepada nenek Saadah...bersemadilah kau dengan tenang...sampai bila2pun aku akan tetap menjadi cucumu... sampai bila2 pun aku tetap mengasihimu...sampai bila2pun...
3 comments:
alfatihah tuk arwah nenek ko...
moga d tempatkan d kalangan insan2 yg beriman dan beramal soleh
al-fatihah ben..mg arwah tenang di sana.
Terima kasih sahabat2ku
Post a Comment