Lega. Cepat plak aku submit story minggu ni...maklum le...seronok sangat sebab bos approve cuti. Bukan senang nak dapat cuti wooo...kena ikut turn. Ini le pertama kali aku apply cuti sejak bertukar kerja. Punya lama lah tak bercuti sampai dah lupa macam mana nikmatnya berehat dari kerja...nak tahu berapa hari aku apply? Seminggu? Dua minggu? Tak lah...cuma sehari saja...hahaha tapi seronoknya mengalahkan bercuti sebulan. Apa2 lah...janji dapat lepas gian, melepak di kampung. I need some fresh air ler...huhuhuhu...ikutkan malas dah hidup di hutan batu ni, apa nak buat dah Tan Sri belum nak pinang aku lagi hehe...Sebut pasal Tan Sri ni, teringat plak geng2 ke Taiwan itu hari yang dok menggelarkan aku Puan Seri...entah macam mana gelaran itu boleh timbul tak tau lah, yang pastinya melekat sampai sekarang.
Biarlah, apapun gelaran, yang empunya diri dok cam tu gak kan... yang mampu kulakukan berdoa dan terus berdoa, moga masin le mulut dorang tu hahaha...Insya Allah, aku tak lupakan korang walaupun Tan Sri berada di sebelah :) amboi, syoknya berangan2 kan...tak pe, tak kena bayo..kata orang Perak. Suka ati lah, janji bahagia!!!
Wednesday, April 29, 2009
Saturday, April 25, 2009
Adik manja
Ini kisah adik lelaki ku yang manja. Amat manja sampaikan usia 24 pun mahu tidur di celah ketiak mak. Peliknya, di luar dia tidak begitu. Nampak karismanya lebih2 lagi kalau bertemu janji dengan makwe. Ku telek atas ke bawah, wah macho juga tetapi bila berhadapan dengan mak, dia tukar karektor...merengek dan menggesel2 macam kucing parsi. Hai...kalaulah girlfriendnya tahu dia begitu..harus meraung 44 hari.
Yang buat aku hangin dia ditawarkan bekerja sebagai PTD (Pegawai Tinggi Diplomatik) , namun berbolak-balik sama ada nak menerima atau tidak. Di mulutnya menyebut sayangkan jawatan sebagai bank officer yang dipegangnya sekarang tapi mak su berbisik, "Dia tak nak berenggang dari maknya, seminggu sebelum ke KL (untuk pendaftaran), hari2 memerap dengan maknya. Tidur pun nak sebelah mak, berebut dengan si Aliya (cucu sulung mak)." Aduh, parah adikku. Sempat jugaklah aku bahasakan dia, "Dah tua Kim...tak relevan ko manja2 gitu..." Tapi dia macam biasalah..."Ah..mana ada..." nafinya sambil membuat muka ala2 sepuluh hari tak sentuh nasi.
Dari dulu kuakui dia paling manja dalam keluarga. Suka merengek dan buat muka kesian kalau kita tak beri perhatian. Magisnya, depan kawan2 dia bersalin kulit dan tegas dengan pendirian. Itu agaknya, dalam usia muda, kerjayanya sudah berkembang baik.
Cuma aku tak bersetuju pendapatnya yang mengatakan dia terlalu tua untuk bertukar kerja. Ku katakan pada dia perjalanan dia masih jauh, banyak yang boleh dibuat dalam hidup. Majukan kerjaya, andai sekarang di tempat yang baik, usaha lagi untuk menjadi lebih baik.
Nampaknya dia dengar kata juga. Dalam pada berat hati, digagahnya juga buat medical check up. Dan, isnin ini dia ditempatkan di Kementerian Kewangan. Aku berdoa dia bertahan, haruslah dicuba juga sebab kakaknya ni dah bagi warning, "kau buat perangai, aku balun kau.." ewah, garang le kunun...tak lah, cuma pura2 garang je. Apa tidaknya, dengan ketinggian dia hampir 6 kaki tu, rasanya sebelas kali berlawan, sekali pun belum tentu aku menang hahahaha

Friday, April 24, 2009
Thanks for the flowers
Wah..hari ini aku macam menang loteri...sebab ada orang bagi bunga sempena hari jadi. Thanks Cik Su, thanks kak Nurul. Dua2nya comel dan istimewa. Sungguh, demi Allah, dah lama rasanya orang tak menghadiahkan bunga kepadaku..kali terakhir menerima jambangan putih dari si dia. Then, bunga itu lenyap bersama cintanya. Tragis. Memang menyayat hati tapi dah tertulis tak ada jodoh....pasrah aje lah.
Sekian lama tak dapat bunga, perasaannya bagai mawar kembang setaman le. Tetiba jadi kaku le plak dan speechless. Dapat plak tepukan dari kawan-kawan. Hahahaha...malu2 manja plak rasanya.
Anyway, thanks for the flowers. Tahun ini hari jadi paling bereerti kerana meskipun dirai sederhana namun ingatan kawan2 menandakan diri ini disayangi. Alahai sayunya...

Thursday, April 23, 2009
Perihal sahabat
21 April baru berlalu...lepas sudah hari jadi, bertambah umur lagi setahun. Terima kasih kepada kawan2 yang wish sama ada melalui sms mahupun bertentang mata. Malah ada yang lebih excited berbanding diri aku yang macam bena tak bena je...bukan apa, belum ada pencapaian yang boleh dibanggakan...jadi, aku macam tak rasa hendak meraikan.
Menyentuh soal hidup seharian, bermacam-macam kisah dan perkara berlaku setiap hari. Setiap hari membawa pengalaman, memberi pengajaran. Semalam, aku belajar satu perkara. Tak semua perkara yang kita anggap menyeronokkan, yang kita anggap membahagiakan, akan turut dirasai oleh lain. Mungkin dalam kita seronok bercerita, kita tak tahu mungkin yang mendengar sedang derita. Hati orang tak boleh dilihat, rasa dan dipegang. Perasaan kecewa, duka, sengsara tersembunyi di sudut hati yang paling dalam. Yang tak mampu diselam dan dijengah. Mungkin luaran nampak tenang dan ceria, dalam hatinya siapa yang tahu...entahkan bergolak bagai ombak ganas musim tengkujuh, entahkan bagai tsunami yang menghancur luluh bumi...pendekata, tak siapa yang tau...
Ceritanya begini, ada seorang teman yang kulihat amat kental jiwanya, dia memang nampak tabah dan kuat. Mungkin kerana karektornya sebagai anak sulung. Aku meminta tolong dia download lagu through pc. Entah kenapa, pcku bermasalah, kami mencuba di tempatnya. Memang success dan aku terus meminta dia memasang lagu itu. Dalam sayu, dia berkata, "saya cuba menahan diri dari mendengar lagu, tengah berkabung, ibu baru meninggal." Terkedu aku sekejap. Dalam hati membayangkan kalau aku di tempatnya, mungkin tidak kuat kerana menjadi yatim piatu dalam usia muda. Sempat aku mengutuk diri, kenapalah aku tidak sensitif, tidak perasan. Hanya kerana aku gembira, aku menganggap orang lain juga sedang bahagia. Padahal, mungkin hatinya perit memendam duka. Itulah...kita manusia selalu alpa dan asyik memikirkan diri sendiri, sepatutnya kita pandang keliling. Baik masa berkongsi duka atau bahagia kerana sememangnya kita tidak berkongsi rasa.
Bercakap mengenai memendam rasa, aku memang terasa hati dengan seorang teman ini. Kurasakan dia hanya mencariku di kala susah, sedangkan waktu senang, usahkan bertanya khabar, menulis sebaris email pun dia enggan. Aku tahu dia tengah susah, aku tau dia tengah rawan tetapi kenapa ketika susah saja mencariku. Kala senang melupakan aku, alangkah malangnya aku.
Aku tak pernah berkira jika dia ingin meminjam wang kerana aku tau hidup ini ibarat roda. Mungkin ketika ini dia di bawah, siapa tahu esok lusa giliranku pula mendapat susah? Dalam persahabatan, jangan ada perkataan berkira dan perlukah kutambah, jangan ada perkataan melupakan juga. Yang buat aku marah ialah apabila kucuba menelefonnya dia tak pernah mahu mengangkat. Bukan sekali dua kumencuba, tapi banyak kali juga. Selang beberapa lama, baru sms sampai, tengah buat itu la, ini la...apa maknanya ini? Aku rasa dia cuba mengelak dan tak mahu bercakap. Tapi, bila susah, ada sesuatu yang dikehendaki, baru mencari aku...entahlah, mungkin aku yang gagal memahami dia agaknya. Atau, aku yang terover sensitif.
Seorang teman pula sedang diuji kesusahan. Memang aku maklum, hidupnya macam kembar dengan kesusahan dan kesulitan. Sejarah hidupnya dari kecil memang mengharukan. Kerana menempuh kesusahan demi kesusahan, dia sampai hilang kepercayaan kepada Maha Pencipta. Dia selalu bertanya, di mana Tuhan kala dia memerlukan? Dia selalu menganggap Tuhan tidak memberi keadilannya padanya. Sedikit demi sedikit dia meninggalkan segala perkara yang pernah menjadi amalannya. Dia mula meninggalkan solat, dari dua waktu menjadi tiga waktu hingga tidak melakukan terus. Katanya, dia sakit hati apabila bersolat, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan memaksa diri. Cuba bersolat walhal dalam hati mencaci-maki Tuhannya. Dia benar-benar memerlukan pertolongan sekarang ini kerana dia benar-benar putus asa. Apa nasihat yang mampu diberi? Apa kata-kata yang mampu menenang dan menyejukkan hatinya? Tidak ada!
Belas juga hati ini mendengar seorang teman yang berkeluh-kesah mengenai kerenah teman-teman sepejabat. Teman ku seorang ini jenis lembut hati dan tabah...sentiasa mengalah dengan teman-teman dan selalu cuba memahami orang lain. Tetapi kerana wujudnya perasaan iri, temanku ini menjadi terpinggir. Kerana dia terlalu lembut dan baik, ada pula yang mengambil kesempatan. Bagi aku, yang melakukannya tak pernah dewasa, kebudak2kan dan tak pernah faham definisi persahabatan. Ku tenangkan dia, kumenyuruh dia bersabar dan lakukan apa yang patut dibuat. Usah dilayan perkara remeh sebaliknya terus menuju ke hadapan dan lebih baik mencari jalan mengukuhkan kehidupan keluarganya.
Dunia ini macam-macam kan? Macam sebuah novel namun tidak ada yang mengarang. Sebaliknya, ia berlangsung secara semulajadi dan amat unik. Macam finger print, yang tak ada persamaannya bagi setiap manusia. Menjalani hidup amat senang namun mengelolakannya mungkin amat sulit. Aduh macam mana ye..

Friday, April 10, 2009
If You Want Me
Are you really here or am I dreaming
I can't tell dreams from truth
For it's been so long since I have seen you
I can hardly remember your face anymore
When I get really lonely and the distance causes only silence
I think of you smiling with pride in your eyes a lover that sighs
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me
Are you really sure that you believe me
When others say I lie
I wonder if you could ever despise me
When you know I really tried
To be a better one to satisfy you for you're everything to me
And I'll do what you ask me
If you let me be free
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me
Lirik ni dipetik dari runut bunyi filem Once. Sebuah filem indi berkenaan seorang gadis yang bercita-cita menjadi penyanyi. Latar belakang zaman hippie, plot cerita yang simple namun realistik.
Irama lagu ni sangat menyentuh hati, begitu juga liriknya. Lagu ini juga yang kudengar berkali-kali dalam pesawat Cathay Pacific menuju ke Taiwan tempoh hari. Kuputar tanpa jemu hingga pesawat mencecah landasan bumi Lha Farmosa tu. Entah kenapa, mendengarnya saja air mata terasa menitis. Indah sungguh gemersik suara si penyanyi. Menusuk ke sanubari.
Hahaha...tetiba berjiwang di tengah hari Jumaat yek...anyway, cuba lah dengar kalau tak percaya...

Thursday, April 9, 2009
Mengukur langit, menyukat laut, menyapa gunung, mengucup angin, memintal awan
Geramnya apabila ingin menulis namun usahkan sebaris bahkan sepatah ayatpun tak mahu keluar. Kenapa otakku buntu dan sebu? Kenapa ilham tak mahu menjelma? Inilah dilemma penulis, inilah gangguan pada penulis sejak zaman berzaman. Orang putih panggil writer blog, kita cuma katakan idea tak mahu keluaq...aduh...sedangkan kerja ada deadline ataun tamat tempohnya.
Kagum aku dengan penulis buku dan novel. Terutama yang saban tahun menerbitkan sampai dua tiga novel. Bagaimana mencari idea? Ketika bila dia mengarang dan mereka cerita? Bagaimana dia memperuntukkan ruang dan masa? Aduh....takjubnya. Ahhh...ajaibnya.
Dalam keluarga, aku seorang yang tersesat menceburi penulisan. Sedangkan kebanyakan ahli keluarga terbabit dengan perubatan. Dari mana lahir kemahiran menulis? Dari mana datang imaginasi? Entah..memang tak ada jawapan. Kadang2 sentuhan begitu menjadi, lumayan dan mengasyikkan. Tetapi selalu juga tergelincir lalu muncul bahasa2 jelek...
Aduh...datanglah ilham, muncul lah ayat-ayat yang sedap didengar telinga. Ketika ini, rasanya aku ingin terbang jauh merentas angkasa, melalui denai dan belukar. Andaikan aku boleh terbang, inginku kibarkan sayap, berlalu pergi menjengah bulan dan menyapa awan. Menatap kerdip bintang dan menitip pesan di angin lalu. Bahawa aku mahu pergi jauh dari kesesakan fikiran, aku mahu lari sebentar dari rutin hidup yang menyesakkan. Aku mahu ceria sehangat mentari dan bebas sebebas helang mengukur langit. Kalaulah aku boleh...kalau lah aku mampu...tidak aku menjadi aku!!!

Monday, April 6, 2009
Apa dah jadi?
Seharian di pejabat, petang ini aku terkejut besar. Terlopong. Kiranya lalat boleh singgah masuk mulut sebab disangkanya gua batu belah batu bertangkup. Padahal hati aku yang kuyup dan telungkup. Kecut seluruh perut dan badan. Serasa tak percaya, en Rashid dah tiada di tempatnya. Mulanya, aku sangka dia ke Pattaya (memang dia ditugaskan ke sana). Kemudiannya, aku cuak tengok mejanya bersih berkemas. Hai, rajin bebenor pulak en Rashid nih. Kalau tak selain aku dan Angah tukang sepah kat sini, dia kiranya pemenang hadiah gangsa la...Dengan kata lain, meja dia boleh sembunyikan satu safari lah..nenek gajah, kakak dinosour, mak mentua ular dan macam2 lagi.
Aik, lain macam je kemasnya...hati dah mula seram sejuk dan kembang kucup. Apa berlaku??? Baru, pagi tadi Kak Ya mengucapkan tahniah kepada aku..."selamat mendapat boss baru," katanya. Aku senyum kambing sambil membelek paper. "Tak jadi lah kak ya..." ucapku sepatah. "Kak Ya dengar lain pulak...bukan ke berkuatkuasa 1 April ari tu tapi ditunda sebab Perhimpunan Agong Umno?" Ye ke...aku sekadar sengih. Mana2 pun aku boleh berkerja asalkan dia profesional, bertimbang rasa, perihatin dengan kebajikan kami. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku serik.
Sebelum keluar lunch, Cupin pulak menyapa, "boss datang?" . "Cupin, kan ke cuti dia hari ini. Mana ada?" "Bos baru?" tanyanya sambil mengangkat kening. Cupin memang klon Ziana Zain cuma matanya saja macam Leftenan Koishi. "Biar benar Cupin...dah dua orang buat lawak ngan aku ari ni?" aku tetap sengih2 kerang walau bulu roma dah naik meremang. Apa cerita ni?
Petangnya, sebelum menghantar story, kulihat meja boss bersih. Hai, en Rashid...nak pindah terus ke Pattaya ke...setakat makan nasi pattaya sudah le, jangan la plak nak jadi warganegara. Tak puas hati, aku hubungi kak Nurul Comel.... selepas berborak lebih kurang, kesimpulannya ada perubahan organisasi. Mak aih...kenapa aku tak tau? Baru sehari cuti, terasa macam setahun melancong ke Iran. Kenapa aku tak tau? Kenapa? Kenapa???? Rasa macam nyawa di hujung kuku, telur di hujung tanduk.
Aku rasa aku boleh, aku dengan siapa2 pun boleh tapi aku kesian sangat dengan abangku yang seorang ini. Jiran sebelah meja...Apa lah yang cuba ditunjukkan takdir. Aku tak risaukan orang lain, aku resah dan sesah mengenangkan dia. Lagipun, aku tak mahu bekerja dalam suasana tegang. Aku tak mahu ada di antara kami yang menanggung duri dalam hati, menyimpan sembilu di jiwa.
Apapun, sempena tahun yang masih lagi baru dan muda ini, aku harap segalanya berjalan dengan baik. Unit ini perlu terus hidup, unit kecil ini perlu terus bernas setanding dengan desk2 lain yang cemerlang. Aku sayangkan kerjaku ini, aku sayangkan kawan2ku semua. Aku pernah mengecapi kebahagian bekerja dan aku sedang menikmati keindahan ini. Jangan diragut ia pergi dariku...

Wahyu dan Dilemma
Apabila 'wahyu' datang segala perkara harus tolak tepi. Biarpun, kadangkala yang diarah dan disuruh hanya menjaga kepentingan peribadi, yang dikerah harus melaksanakan juga. Begitulah adat dunia, sementara di atas, pergunakan lah kelebihan dan kesempatan yang ada.
Agak lucu juga apabila akhbar yang terkenal dengan wibawa dan story yang berat, sarat dan panas disuruh membuat liputan majlis kahwin dengan arahan MUST COVER ok. Bukan cuba membantah, bukan dikata suka menyanggah tapi apa perlunya? Apa rasionalnya? Mana nilai beritanya. Lagi berang apabila membabitkan cuti yang semua maklum masa untuk beristirahat dan bersantai. Memang penat lelahmu dibayar. Memang ada imbuhan untuk itu tapi bukankah masa untuk diri sendiri juga penting? Masa yang terhad ingin dikecapi sebelum masa sempit menjengah.
Lagi panas bila pergi majlisnya nan ador. Rupa2nya seorang selebriti yang terkenal dengan kontroversinya baru berjinak2 ingin menjadi perancang majlis perkahwinan. Berbakul sumpah si jurufoto, membengkak dalam hati. Pening kepala dia memikirkan angle dan shot. Entahlah aku pun tak paham. Layanan diberi mestilah first class ( maklum le press, takut juga dia di 'pressed' kalu tersilap langkah kan?) tapi mampukah mengubah hati yang menanah. I feel like been used. Mungkin sebab aku belum berumahtangga maka segala macam perkara diperlekehkan? Ala, dia hidup membujang, apa ada tanggungjawabnya? Lantakkan aje lah..salahkah aku berstatus bujang kalau jodoh belum menjemput. Aku tahu itu, aku arif sangat. Yang memandang hanya mampu melihat, yang merasa beban tergalas di bahu. Sungguhlah bagai dikata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Entahlah, benda2 macam ni penat kalu diperkatakan...penat kalu bercerita. Orang tak akan paham atau sengaja buat2 tak paham. Sebab masing2 sudah di tempat selamat, peduli apa dengan orang lain ye tak? Itu sebab aku bersikap berdiam diri saja. Benda2 macam ni penat kalau dilayan sangat, akhirnya kita yang letih lesu. Orang mampu mendengar (di depan saja), entahkan di belakang mencemik benci. Entahlah...sampai bila dilemma ini akan berakhir...selagi manusia digelar manusia agaknya...

Thursday, April 2, 2009
Bahagiakah aku?
Bahagiakah aku sekarang? Oh, bahagia sangat subjektif seperti kemunculannya yang tiba2 dan menghilang secara tiba2 juga. Senangkah bertemu bahagia? Sengsarakah mencari bahagia? Entah, soalan mudah namun jawapannya selalu sukar...
Bahagia tak semestinya dilimpahi harta bergudang, tetapi kadang2 hadir dalam acara dan suasana paling simple. Misalnya, sekiranya berkesempatan bertukar sapa dengan si dia pujaan hati. Itu sudah cukup membahagiakan. Nikmatnya seperti Hensel dan Gretel terserempak kotej coklat dan candy.
Bahagia apabila saling bersms dengan kekasih lama dan dia tiba-tiba rindu padamu lalu bertanya khabar? Sebaris sms 'I ingat kat u malam ni la...' sudah cukup membuatkan kamu tersenyum lebar. Mekar dan indah bagai bunga kembang pagi.
Mencari bahagia sukar sepertimana percubaan mentafsir maknanya. Pelik. Ada orang dihinggapi bahagia apabila dihidangkan sedulang makanan yang diidam selama ini. Ada pula memandangnya sebagai sesuatu yang memudaratkan (ini bagi yang berdiet).
Entah...tapi mencari bahagia bukan memerlukan tempoh setahun dua dan sepelaung perjalanan. Jika ingin menemuinya, adakalanya perlu berjalan hingga ke hujung dunia. Namun, ada juga yang bernasib baik tatkala bahagia menyembah diri. Duduk bersimpuh di hujung kaki.
Persoalannya, bahagiakah aku? Gembirakah aku? Ceriakah aku? Itu yang perlu aku usahakan...

Subscribe to:
Posts (Atom)