Saturday, January 15, 2011

Aku Rentung...

Dan Interlokpun Dibakar - Dr Fatimah Busu

Dan Interlokpun dibakar
Gambar Abdullah Hussain dibakar
Tapi yang terbakar kulit di jasad Melayuku

Dan api pembakaran Interlokpun menyala
Api pembakaran gambar Abdullah Hussainpun menyala
Tapi yang panas darah Melayu dalam tubuhku

Dan asap bakaran Interlokpun naik ke udara
Asap bakaran gambar Abdullah Hussainpun naik ke udara
Tapi yang tercemar udara langit dan bumi Melayuku

Dan Interlokpun hangus, rentung
Gambar Abdullah Hussainpun hangus, rentung
Tapi yang hangus, rentung perasaan dan hati Melayuku

Dan abu Interlokpun dipijak-pijak
Abu gambar Abdullah Hussainpun dilanyak-lanyak
Tapi yang dipijak, terlanyak maruah Melayuku

Berlangsunglah detik sebuah kebiadapan purba
Mencakar kaca jendela peradaban bangsa
Retak
Berpetak-petak

-tamat-

Sajak ini dialunkan Dr Fatimah dalam Wacana Interlok: Jujur atau Perkauman dianjurkan Berita Harian.
Lantang suara Fatimah mendeklamsikannya, merinding bulu romaku. Sedih, pilu, marah, geram sesal bersatu, membangkitkan rasa dan jiwa melayuku.

Lama sudah aku tidak berperasaan begini sejak mendendangkan lagu Warisan (anak kecil main api, terbakar jarinya sendiri antara bait lirik) ketika tadika dulu.

Ya, aku marah, marah sangat2 kerana mereka itu buta seni. Tidak tahu menghargai karya yang bagus, karya agung. Mungkin baru membaca serangkap dua sudah membuat kesimpulan dangkal.

Wahai sekalian, Interlok diangkat dari sejarah dan segala yang ditulis adalah realistik, berlaku ketika zaman itu, berlaku ketika zaman muda pengarangnya. Sejarah tidak mungkin menipu melainkan dimanipulasikan.

Belajar menghormati sejarah sama seperti memahami susur galur sendiri. Andai melenting kerana perkara fakta, realistik umpama dia menidakkan asal-usulnya. Umpama dia memaki nenek moyangnya kerana melahirkan dia begitu.

Tak mahu cerita panjang, cuma renung2kan sendiri...marilah kita bermuhasabah diri

2 comments:

rynas said...

Ben apalah yg dorang takut sangat dengan perkataan kasta 'pariah' tu dah memang fakta sejarahnya begitu. Takut dengan bayang2 sendiri dan tu diberi alasan Interlok boleh merosakkan generasi muda piraahhh!!!!
Ntah-ntah tak baca sampai habis lepas tu melenting tak pasal-pasal..hello!!! dah namanya pun karya sejarah mmg kenalah terima kenyataan apa yg ditulis wpun benda tu busuk.alah saja jer gimik polemik politik...tapi kalau bab karya sejarah pendidikan pun nak dipolitikkan hancusslah!!!! sib baik kerajaan tak dengar pendapat golongan2 rendah ilmu dan akal ni.
sekian terima kasih.

ennieva fauzi said...

dia tak baca habis la yang jadi gitu..hanya one word tu je yang dia nampak..ataupun, ada orang bagitau dia, tetiba melenting.

Wee Ka Siong baca, tapi dia kata takde apa2 pun..kalu ikutkan banyak lagi buku yang lebih teruk macam Untouchble (Mulk Raj Anand), Kanthapura (Raja Rao), A Passage To India (E.M Foster) even filem Slumdog Millionaire pun bongkar kudis2 mereka.

Dalam untochble tu ada perkataan, " Dirty dog! Son of a bitch! Offspring of a pig" lagi teruk...tu la jangan buat polemik boleh tak? Bebudak tu nak belajar, jangan la huru-harakan dorang