"I nak ke Arab ni, keja sana," terkejut juga dapat mesej ni di satu petang.
"Are u serius?" balasku.
" Ye. I dah pikir habes, kat sini pun bukan ada apa." Aku terdiam. Nekadkah dia? Betul ke apa yang aku baca ni.
" You, pikir habis2, besar langkah u nak buat ni, ini bukan perkara main2," walaupun pernah beberapa kali dia mengeluh ingin perubahan, mahu berhijrah, tak sangka pula kali ini dia betul2 buat.
Alamatnya, aku akan kehilangan kawan rapat. Kawan yang baik dan yang memahami.
Sepanjang usia, kawan silih berganti, ada yang seperti angin lalu, ada yang singgah kemudian hilang bagai debu, ada semusim, ada yang ingatkan kita bila susah saja tapi kala senang meninggalkan teman. Ada yang bertemu kehidupan baru yang membahagiakan lalu tidak mahu menoleh lagi. Ada yang menganggap kawan sekadar daki di kulit, tapi tanggal setelah disental.
Tapi dia walaupun baru kenal, sangat lain...kami sangat akrab. Lebih daripada yang kukenal bertahun2 namun lama2 macam aku tak kenal langsung. Tapi, sayang persahabatan kami nampaknya diuji. Tentu ada rahmat di sebaliknya walaupun tertanya2 juga apa yang cuba ditunjukkan.
Kepada dia, aku doakan dia bahagia selalu. Dia berhak memilikinya. Sebagai teman, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya. Perkara macam ni membuatkan aku terpikir, kalu dia boleh, kenapa tidak aku? Apa yang menghalang aku? Terima kasih teman kerana menunjukkanku jalan.
No comments:
Post a Comment