Friday, June 4, 2010

Sparkling Korea

Ehem..macam mana nak cakap ek...aduh, jenuh mikir ayat2 paling indah tapi tak leh lawan hati yang kembang berbunga ni :). Bercuti memang menyeronokkan tambah2 dapat ke seberang laut, beribu2 batu jauhnya. Ke negara orang, tengok budaya orang, rasai pengalaman hidup di tempat orang. Bukan sekali dua aku ke luar negara (mostly urusan kerja) tapi cuti kali ni lain rasanya, lain sangat. Indahnya bercuti di Korea. Indah sangat. Ingin aku menyebutnya seribu kali, tidak sejuta kali. Tapi setiap kali jugalah bibir ini menguntum senyum. Mengingat bait2 kenangan, momento2 indah yang telah ditinggalkan. Tapi, berazam untuk menjejak dan mengutipnya sekali.

Mengenang keindahan dan keseronokan pertama kali menjejak kaki ke Pulau Nami tak mampu diungkap dengan kata2. Tanah indah menyaksikan cinta sejati Junsang dan Yujin lewat filem epik cinta Winter Sonata. Biarpun ketika persinggahan ku musim bunga hampir ke penghujung membawa angin musim panas, namun sejuknya masih terasa. Seronoknya berjalan2 menyusuri pohon2 rimbun di bawah cuaca 17 selsius. Dan, sesekali angin bertiup membawa harum bunga sakura mengiringi perjalanan.

Pulau ini bersih dan mulus. Bayangkan sepanjang perjalanan usahkan nak berjumpa sampah, ludah orang pun tidak. Kagumnya aku. Bersihnya. Leka seketika menatap daun2 hijau bergabung dengan kuning, merah dan jingga maple. Rumputnya hijau dan terpelihara. Kebetulan rombongan kami datang, warga Korea bercuti hujung minggu. Maka ramailah pasangan muda-mudi ke sana. Yang bekeluarga membawa anak, isteri dan saudara-mara.

Anak2 muda Korea cantik2 dan handal berfesyen. Untungnya kulit mereka mulus, gebu dan putih. Di mana2 saja akan nampak kelibat Rain, Son Dambi, Lee Joon Ki dan sebagainya. Tak payah sibuk2 mencari artis, orang Korea memang lawa2. Ada yang sangat berani berfesyen, wah rambut bukan main blonde namun bila berjumpa nenek tua, hormat sangat, asyik menunduk. Ada juga army yang diberi cuti, berjalan bersama hamoni (nenek) dan oma (ibu). Suka tengok institusi keluarga mereka.

Mereka sangat hormatkan orang walaupun kami warga asing. Kadangkala naik segan nak bergambar apabila mereka berdiri di tepi memberi laluan kami pose di papan tanda atau mana2 tempat. Sebolehnya dia akan menepi. Dan selepas mengucapkan Kamshanida (terima kasih) mereka akan menunduk dan senyum. Senyumnya sangat ikhlas.

Apa ada di Pulau Nami? Setiap ceruk ada pemandangan indah2. Macam dalam postcard. Ada juga patung hero-heroin tu. Kereta kuda menyusuri jalan berbatu kerikil dan sesekali pasangan kekasih mencelah dengan basikal. Ada arca salji sebijik macam dibentuk Junsang dan Ujin. Sempat jugaklah aku snap gambar. Berjalan di mana2 ada saja pemandangan dan objek indah yang boleh dipandang. Ada galeri Winter Sonata. Ada yang menjual cenderamata permata, rantai kunci dan sebagainya. Wah, semua cute belaka. Bila kita mendekat mereka senyum sambil menunduk kepala.

Untuk ke Pulau Nami perlu menaiki ferry dalam 10 minit perjalanan. Seronok melihat tasik bertemu laut yang airnya biru dan sesekali apabila terpercik ke muka, sejuknya bagai salji. Ada juga pusat bermain ski tapi musim panas begini, sunyi sajalah. Bangunannya bata merah dengan seni bina cantik sekali. Oh, kagumnya aku dengan cara mereka menjaga kebersihan. Tertanya2 juga agaknya, sampah disimpan dalam saku kot.

Kalau diizinkan Tuhan, ingin sekali lagi ke Pulau Nami ini bermain salji pula. Tentu seronok lepak2 di kerusi taman sambil membentuk snowman kan? Terbayang di kepala ini babak2 romantik Jun Sang dan Ujin saling melempar salji. Jelas, ini pulau cinta, patutlah ramai pasangan muda-mudi singgah di sini.

EVERLAND
Taman tema tercantik di Korea, sama taraf dengan movie world di Gold Coast, Australia. Kata seorang teman, di sini pernah merakamkan babak Rain (Yong Tze) mencari Jien dalam siri tv Full house. Ye betul lah..cam betul aku dengan roller coasternya. Menurut sumber, roller coaster ini antara terpantas dan tertinggi di dunia. Ada teman ajak mencuba tapi aku gerun.

Melangkah masuk, seronok betul tengok pengunjung memakai topi dan cekak rambut cute kucing, arnab, riben Minnie Mouse dan sebagainya. Aku pun beli le satu. Cekak rambut kucing dengan harga 12000 won (puluh ringgit gak la duit kita) untuk dipakai sepanjang tiga jamn di taman ini. Alahai, tak pernah dibuat tapi di sini semua orang selamba dan ceria. Aku pun dah macam kanak2 tadika dah mencuba itu-ini.

Ada bermacam pilihan permainan dan tempat. Selain roller coaster ada ferris wheel, kuda pusing dan sebagainya. Kalau sukakan binatang, boleh ke Safari World dan kalau sukakan bunga dan suasana romantik, ada taman Four Season. Sungguhpun di awal musim panas, landskap taman cantik amat. Bunga pelbagai warna dan spesis cukup membuat hati terpesona. Sudah lah begitu, ada yang dibentuk seperti kumbang, rama2, muzik dan lain2. Nak tengok keliling taman, naiklah choo choo train. Sesekali angin bertiup lembut, lepak pula di tepi air pancut, wah rasa macam berada di taman di pergunungan.

Taman Temanya pun sangat bersih. Kuperhatikan kru dan staffnya tak reti duduk diam. Sekejap2 menyapu, sekejap2 memangkas, menyiram bunga. Memang betul lah macam dalam movie dan series, mereka ini sangat pembersih. Kalau boleh setitik habuk pun tak nak tengok.

Di sini bermacam permainan boleh dicuba, tak perlu bayar tiket tambahan. Memadai sekadar membeli tiket di pintu masuk. Sempat juga aku tengok drama anjing laut dan mencuba permainan perang dengan hantu di Ghost Mansion. Kanak2 di sini pandai mencari hiburan. Ibu bapa beri kebebasan mencuba apa saja. Selamat. Tak perlu risau penculikan ke apa ke.

Kedai snek dan cenderamata bersepah. Semuanya menjual produk2 comel sesuai tema theme park. Maskotnya arnab dan harimau putih. Jadi, dua haiwan ini cukup banyak diabadikan sebagai patung, rantai kunci, pen, mug, topi, bantal dan sebagainya. Alang2 datang ke sini, rugilah kalau tak sambar satu hehehe

SUWON
Perjalanan balik sempat juga singgah di Suwon. Suwon bermakna kawasan pergunungan. Melawat kota lama dan lapangan memanah di situ. Di sini, pernah diadakan shooting Boys Over Flowers. Adegan Yijoeng dan Won Bin menembak burung.

Turun saja bas, terus terpaku dengan padang dan bukit melaut. Saujana mata memandang. Di sepanjang bukit, dipagari tembok konkrit dengan laluan berbatu. Seronok menyusuri jalan sambil bergambar di kubu lama. Bersandar di temboknya dan memerhati sayup2 jalan raya dan orang tengah memanah. Angin bertiup kencang membuat tubuh yang lesu segar semula.

Hendak lebih, teroka dungeon dan menara. Seram juga tapi bila sampai ke puncak, macam berada di pundak dunia.

Hah, tandasnya mengejutkan.Sudahlah air sejuk, maklum dialirkan dari gunung tapi ada mini landskap siap dengan pagoda mini, bunga matahari dan replika istana. Aduh, macam manalah mereka terfikir untuk menghias tandas ye. Wangi bunga memang membunuh busuk tandas walau hakikatnya tandas mereka bersih dan tidak berbau. Dalam dok lepak2 di situ, terlintas di fikiran. Kenapa tak R&R kita mencuba cara ini? Aku rasa kat Tapah tu boleh dibuat macam ni kot...surely, lagi best.

ITAEWON
Oh, ini kota muda-mudi. Ini bandar hiburan dan fesyen. Rumah fesyen tumbuh macam cendawan membawa jenama Prada, Nike, Adidas dan sebagainya. Di sini, foreigner lebih2 lagi mat saleh dah sama ramai dengan orang tempatan. Bahkan, ada yang kahwin dengan orang tempatan.

Paling senang mencari makanan halal di sini sebab ramai warga arab. Dua tiga restoran makanan halal termasuk kedai roti dan sebagainya. Di sini juga ada satu2nya masjid besar. Saiznya sama lah macam masjid Jamek.

Aku dan kawan sempat memborong cd di sini. Ada imitation bag gred A dan baju musim dingin. Syok betul lah. Rambang mata dibuatnya. Selepas beli, cuci2 mata pulak tengok mamat2 yang macam boyband 2pm dan big bang. Dan, gelap mata juga tengok mamat2 Afrika yang dok sengih2 di bar-bar coffee..ceih...

INCHEON
Selain National Ginseng Outlet dan Amethyst Factory (permata ungu), aku sempat ke gedung kosmetik. Ada serba mak nenek jenama Etude, BB dan ntah apa lagi. Semuanya menggunakan selebriti sebagai jurucakap. Joon Ki, Bhu Hyun, Lee Min Hoo dan macam2 lagi. Rambang mata dibuatnya tambah2 salesgirlnya cantik2 belaka. Yiputa (lawa) kata orang sana. Packaging alahai menarik dan comel, tak sedar memborong dua tiga lip balm. Fikir2 balik, buat apa la aku beli banyak2 ni ye...sebab kagum punya hal...hisss

Petangnya ke Istana Kyongbok (dibina pada tahun 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun). Dulu2 raja Korea tinggal kat sini. Sekarang jadi tempat tarikan pelancong dan penggambaran filem saja. Filem Princess Hours dan Hong Gil Dong menjalani penggambaran di sini.

Masuk ke balairung seri nya, kami disambut pahlawan Korea dulu. Dengan aksi fighting yang menarik dan costume serta dandanan sebijik zaman disnasti lama itu. Jangan tak tau, ada pengawal yang terpacak diam macam di Buckingham Palace. Cakap la apa pun, usiklah mana2 patut, dia takkan bergerak dan senyum. Kawan yang dajal sempat tarik janggut, pun seinci tak bergerak hahaha jahat. Sekali dia libas pedang dia tu putus dua.

Kawasan istana ini sungguh luas, dirimbuni pohon sakura, padang kuda dan dibina muzium bagi menyimpan khazanah lamanya. Aku kira sejam pun belum tentu habis pusing kawasan.

Balik singgah pula di kediaman Presiden Blue House.Lalu sajalah, ambil gambar. Lain lah menteri ke apa ke, buleh lah masuk makan kimchi.

Stay Seven, hotel kedua kami berdekatan dengan pusat penyiaran KBS, MBS dan SBS. Kata tour guide, Mr Hackey, kalau nasib baik berpeluang jumpa pelakon dan selebriti. Hahaha..tapi pelakon kat sini sangat menghargai privacy. Mana ada keluar dengan transport awam meskipun teksi. Betullah kata Roha, jumpa poster sajalah. Itu sebab kalau terserempak mereka di tempat awam, peminatnya histeria. Mereka tak akan menjejak kaki ke tempat umum.

Malamnya, aku dan teman sebilik tak duduk diam. Berpakat merayap dan mencari kopi. Tengok nite life dorang yang sebenarnya. Penat berjalan singgah sebentar di GS 25 (macam Seven eleven la) dan Seven Eleven mencari kopi botol Maxim. Enak betul. Berbotol jugaklah kami beli, maklum pelbagai flavour, ada esspresso, capuccino, black dan lain2. Sekarang ini, aku asyik teringat2 kopi tu. Kemudian berjalan2 menyusuri MRT. Sejuk sampai ke tulang hitam tapi tak terasa sebab seronok. Tak sedar jam dekat 12 malam tapi masih selamat. Tak de plak jumpa mat rempit, cuma terserempak mat saleh mabuk soju dengan kawan Koreanya. Haram depa tak kacau, just tukar2 senyum je la..

NAMDAEMUN MARKET
Wah, ini syurga beli-belah. I like. Di sini juga terkenal dengan kerongsang2, rantai dan sebagainya yang lawa2 belaka. Sempat aku menjenguk pusat membuatnya. Blink blink..mata aku pun dah naik silau. Tapi satu je lah yang disesalkan. Tutup awal sangat. Pukul 6 petang dah bungkus dan tutup kedai. Dia takkan berubah hati walaupun pelanggan berkerumun. Biarpun kita pujuk, dia akan  cakap 'biane' (maaf).

Pakaian up to date, sneakers, cenderamata dan serba mak nenek lagi tak usah cakap. Bersepah. Mak ayah je tak jual hahaha...harga boleh runding. Celebrities Merchandise pun banyak...mug, poster, sticker, freeze magnet, towel, cakap je semua ada. Lagi satu, aku tengok orang Korea ni tak berkira. Senang dapat diskaun. Dan, kalau kita pembeli yang tak banyak songeh dia akan hadiahkan sesuatu pada kita.

Peniaganya sangat peka. Ini aku alami sendiri tika mencari-cari merchandise Kim Hyun Joong (pelakon dan leader of SS501 boyband) untuk cousin aku. Dia tengok aku beli tanpa banyak songeh, dihulurnya aku sticker Kim Hyun Joong. Pelik gak aku pasal tak mintak pun.. "gift, gift" katanya. Rupa2nya dia bagi free jer hehehe...

Banyak gak lak berabes duit kat sini dan rasa nak tercabut plak kaki. Balik ke hotel dengan MRT jer. Tak usah risau, train ni datang ontime. Dah tu, orang Korea tak kisah nak berebut2 dan mereka lebih suka berdiri dalam MRT. Yang dok penuhkan tempat duduk, kami orang Malaysia jer heheheh

NAMJA
Jangan salah sangka ye, ini bukan nama tempat tapi mamat2 kat sana. Haruslah kena cerita sikit kan, baru le lengkap seisi cerita.

Dari segi fizikalnya, jejaka2 Korea ni tinggi dan tegap2 belaka maklum semuanya diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun. Kulit tip top, bersih gejala jerawat. Fesyen? Tak usah cakap lah, apa yang mereka tidak cuba.

Tapi satu sikap yang aku peratikan lelaki kita tidak ada (bukan semua ye) ialah gentleman dan caring. Mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang. Dalam MRT kiri-kanan couple berkepit. Aku tengok lelakinya punya hensem, perempuan alahai pendek pula. Tapi, si lelaki bangga amat. Cinta punya hal.

Aku sempat menonton reality show dorang tajuk Better Me, kisah perempuan spesis Halimah Jongang bercinta dengan Namja meletops. Yang perempuan sanggup buat plastic surgery agar nampak sepadan dengan kekasihnya. Sedangkan lelaki tu keberatan. Katanya, buruk ke hodoh ke kalau dia sayang semua jadi indah..aigu, aigu...

Jeng jeng, yang ni aku alami sendiri. Bersama Mr Dean, mamat yang menemankan rombongan kami. Huh, hensemnya macam pelakon So Ji Sub (bukan maggie sup ye) membuatkan kami anak2 dara cair dan teruja. Ini kisah di Pulau Nami, si klon So Ji Sub ni mengajak kami singgah di R&R makan buah berangan. Dalam dok leka bergambar, tak sedar sungguh sudah mengganggu trafik. Tetiba pulak ada kereta, entah dari mana, alamak macam mana ni kaki macam kena gam.

Nasib baik ada So Ji Sub, dia sudah buat aksi stunt tahan kereta tu. Ayo sangat ngeri. Rasanya, aku belum lagi apply jadi pelakon drama KBS ke SBS ke. Dah tu, dia bukan marah aku tapi marah driver kereta tu. Yang pemandu kereta tu pulak menunduk2 minta maaf. Then, siap tanya plak, aku ada luka apa2 ke..aku rasa tangan dia kot la yang luka. Langsung So Ji Sub memakai sarung tangan sampai ke lengan. Aduh, gila lah..hahaha bila cerita pada Shiqah..dah la kak, dah la kak..tak nak dengar...hehehe jeles la tu..

Bukan aku sorang ye..sepanjang bersama dia, dia jaga semua orang. Mak cik2 dipimpinnya. Dia siap masakkan pokun bap (nasi goreng) untuk kami dan siap suapkan kami nasi kimchi. Aduh lah, malu tapi mahu hahaha...

Di Nami Island banyak le kisahnya tapi biarla kita simpan sendiri aje lah...untuk skrip drama akan datang, Date With So Ji Sub Klon hahaha...tapi seriously, lelaki Korea memang gentleman. Susah nak cakap, korang kena pegi sendiri le, baru tau..

Frankly speaking, ini cuti2 paling indah seumur hidup. Berbaloi betul. Kawan sebilik Ruby,siap nak hilangkan passport lagi hahaha naik cuak aku. Dah satu kerja kena dok tanya "Beb, passport ko mana? Dah masuk beg dah?" hehehe... dapat gak kawan baru yang gilers cam Amat, Ida dan Syaz. Amat paling sempoi, rambut macam rangga, badan macam kerengga hahaha...

Aku tentu rindukan sangat Seoul lepas ni. Rindukan Maxim coffeenya, rindu nak lepak2 di GS25 then, tengok orang2 sana lepaskan tekanan perasaan main baseball jam 12 malam. Huh, rindu kimchi dan So Ji Sub jugak hahaha agak2 la.. Angneyo.

Nota: Nanti aku masukkan gambar2nya plak ek...penat le menulis..hahaha sapa suruh

4 comments:

rynas said...

wah sudah balik dr Korea. Fuhh..bestnya baca cerita ko satu persatu sampai noktah terakhir. terasa nak sampai ke sana juga huhuhuh..
ehh mamat Korea tu hansem mana?? ada gambar tak? nanti masukkan yer..jgn terpikat sudah yer ben..

ennieva fauzi said...

Memang best. Hundred percent. Masa menulis pun aku senyum2 sendiri, terbayang satu-persatu kenangan manis. Dah berpakat gak ngan member sekepala, tahun depan kita bag pack hehehe...

Eh, hensem ler, gambar ada...berdating di Everland ngan Pulau Nami. Naik choo choo train berdua. Hahaha...macam tau2 je, aku sudah jatuh hati hehehe....gila la...

lili norlaili said...

bestnya ben...seronok baca catatan perjalanan ko ni...terasa nak pergi juga tapi tak mampu...

ennieva fauzi said...

memang best..apa lak lie, gi la bulan madu nanti...dua orang tak sampai RM10 rib kot...sekali seumur hidup. Tapi, aku rasa cam nak berkali2 jer nih hahaha