20 Jun 2010 - jadi jugak gathering kami bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Perak (SMTP). Terima kasih bebanyak kepada Norsilawatie Che Din yang bertungkus lumus memastikan rancangan ini berjaya. Paling terharu ada yang sanggup datang sejauh Penang dan Kuala Kangsar semata-mata hendak bertemu muka dan memeriahkan program ini. Cikgu yob Sabree pukul dua pagi sampai ke Kuala Lmpur dari Bukit Mertajam ye? Sebelum itu, Laili dan Wan Asmah sanggup ambil cuti dan turun KL semata-mata memenuhi undangan. Memang aku sanjung komitmen kalian.
Apabila dah berjumpa balik ni, bermacam2 isi cerita yang terkeluar. Watie masih dengan perangai selambanya. Cikgu Yob tetap kelolo (kelakar kata orang Perak) macam zaman sekolah dulu. Azlinawatie (yong) tetap 'ratu' di kalangan kami. Dia ni dari dulu sampai sekarang maintain ayu dan jelita...dah ada dua anak pun tetap anggun. Yaya tetap comel dan selamba. Dia boleh tiba2 terpacul di depan kami semua. Macam mana le aku tak boleh perasan si kecik molek ni.
Mad yang dah ada tiga anak (amboi produktif ko Mad) masih kekal dengan sikap pemimpin dan bapak2nya. Kamaruzaman yang masih single plak macam aku suka melancong. Sempat berkongsi rencananya yang berhajat ke Melbourne hujung tahun ini dan tahun depan khabarnya nak jelajah London pula. Hai zaman nampak gayanya tak kawen le kita, kalau dok asyik sibuk nak pusing dunia je. Satu kemujuran bertemu Niza Khair yang bekerja di agensi pelancongan, terus aku close deal ngan dia untuk ke Hong Kong tahun depan.
Jue, Laili dan Wan anak2 dara ni datang kemudian dapat warm welcome. Jue macam aku berisi dan bagai dipam2, Laili maintain aku kira family genetik dia ni, wan nampak susut sedikit. Namun, semuanya gembira bertemu kawan2.
Rozman dan Azman Musa pun ada. Rozman pendiam tapi mahu juga berkongsi cerita. Azman ni aku tengok penampilan dia dah macam tokoh politik, kalau dia mengaku ketua bahagian pun senang-senang orang percaya.
Sempat juga dua tiga orang lagi merancang hendak buat gathering besar2an lepas ni. Termasuk perancangan ke Bali bercuti sama-sama musim cuti sekolah tahun depan. Secara tak langsung Cikgu Yob diangkat menjadi ketua projek. Aku tak kisah, kebetulan ada kelapangan pasti tak ketinggalan join sekali. So, kepada kengkawan, get ready je la...kita jumpa lagi nanti dalam suasana yang lebih meriah lagi ye...neway, thanks bebanyak, kamu semua begitu sporting pada hari itu.. i have a very good moment!
Selit2
Sempena demam World Cup ni teringat aku kisah ketika di form two. Masa tu rancak Piala Dunia juga. Sebagai pelajar, aku akui ada ketikanya malas sangat hendak mengikuti pelajaran lebih2 lagi subjek selepas waktu rehat. Mata pun dah berat semacam maklum baru lepas makan.
Kebetulan waktu itu Mr Foo (guru bahasa Inggeris) bakal mengajar. Double period plak tu. Kami dah masing2 hilang mood.
Salah seorang kawan, Azrul Mahathir (ye Jooi) sudah dapat satu akal. "Apa kata kita ajak Mr Foo sembang2 bola, bila dia dah syok mesti lupa punya nak mengajar," Azrul sengih nakal.
"Boleh gak, aku pun cam malas nak belajar ari ni," sokong si Meor. Aku yang tersengguk2 menahan kantuk memasang telinga.
"Boleh, no hal," sambung kuncu2 yang lain. Mr Foo ni memang gemar berceloteh, bercerita dan friendly sangat dengan murid2nya. Kami memang dah hafal sangat dengan perangai dia yang kalau bercakap mahu habis satu period.
Sebaik memberi ucapan selamat, Azrul bukak gebang , "Sir, tengok tak game Argentina semalam?" Huh, sir aku ni pun apa lagi, bukan main ghairah dia memberikan pendapatnya. Azrul and the gang dah senyum panjang. Buku teks atas meja tak bukak2..aku tumpang seronok mendengar.
Brazil samba, penalty Italy, England main tipu, Italy main kasar bla, bla, sampai habis satu period. Satu kelas rancak menyampuk. Azrul dan kuncu2nya senyum puas. Agaknya dalam hati berkata, "menjadi rancangan aku"
Lagi suku masa loceng waktu kedua berbunyi, tiba-tiba Mr Foo memberi arahan, "Azrul, Meor bla bla (dua tiga orang lagi) beratur berderet kat longkang tu." Dalam terpinga2, Azrul dan kengkawan mengikut juga, dalam blur2 Meor turutkan aja.
"Menonggeng," jeritan Mr Foo dah bunyi guruh. Kami mula tak sedap hati.
"Kenapa sir?" Azrul mula cuak. Muka dah tak tentu arah.
"Buat!" Jerit Mr Foo sebelum "Ini Brazil penalty, ini Italy side kick..ini bla,bla," sambil menendang buntut seorang demi seorang. La, rupa2nya cikgu aku ni tau taktik kami. Satu kelas ketawa tengok Azrul and the geng tersungkur mencium rumput. Tu la buat lagi hahahaha...
Kepada geng2 ni, teringin nak jumpa. Harap gathering akan datang dapat turut serta lah ye...masa tu kita boleh sembang bola puas2 sambil mengimbas kenangan manis bersama Mr Foo hahaha
nota hujung: nanti kengkawan dah bagi gambar kat aku, buleh aku postkan...dalam kamera aku ada dua keping je...bukan apa punya syok bercerita sampai tak ingat nak bergambo..ni ada le sekeping
Ijan, Niza, Yaya (muka separuh) Wan dan Laili...maaf geng lain, tak dapat masukkan semua la...gambar ni pun blur je....aiseh, happy betul kita kan?
4 comments:
mesti bestkan Ben..zaman sekolah Menengah bukan senang nak kumpul sekali tuh. kalau mass com buat ghatering jer cam malas nak join kan...ntah tak tahu ler naper
itulah, aku kagum dengan komitmen dorang...kita akan rancang lebih best lagi Insya Allah..
Sama lah Tie, entahlah mungkin aku rasa kawan sekampung lebih sincere kot..kawan masa kat U dulu..entahlah...ramai gak yang fake. Ada dua tiga orang boleh dijadikan kawan sejati...tambah2 yang dah lupa diri, lagi lah aku nyampah :)
kak ct ada kisah kecewa ngan kengkawan mass comm kot??? jangan mara arr kakak...hahaha
hah, yang tu kena tanya empunya diri sendiri lah :)
Post a Comment