Syukur, ada juga respon untuk bisnes online Celebrities Bank...pelanggan terdiri di kalangan kengkawan. Terima kasih diucapkan. Ya lah, buat permulaan...esok2, balik modal, tambah lagi barang kan? Rupanya, seronok juga berniaga ni ye...bukan lah untung yang dicari sangat tapi kepuasan. Bila ada pembeli, bermakna ada orang berkongsi minat dengan kita.
Insya Allah, akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang. Cita-cita ingin perluaskan lagi cabang produk tapi sabar dulu...jangan berangan-angan Mat Jenin. Biar lambat, asalkan nanti mampu membuahkan hasil. Sekali lagi, terima kasih kepada kawan2 yang sudi membeli. Harap suka, puas dan enjoy dengan apa yang dibeli ye...
Thursday, January 28, 2010
Monday, January 25, 2010
Celebrities Bank
Akhirnya, dapat jugak aku bukak blog untuk menjual koleksi dan barang serta produk yang berkaitan dengan hobi aku; books, muzik, filem dan sebagainya.
Buat permulaan, aku let go semua koleksi Barbie aku. Mostly special edition sebab aku dah tak nak simpan. Then, ada freeze magnet Marilyn Monroe dan poster Rain yang dibeli dari Thailand. Yang ini, aku simpan setengah dan jual dalam beberapa item. Sayang memang sayang tapi apa salahnya berkongsi.
Then, ada lukisan original pelukis terkenal, Adi Putera. Sebabnya, aku sedih tengok ilustrasi gadis menunggu di cafe tu. Tak tergamak rasanya nak simpan. Ada gak cd hero Winter Sonata yang diberi kawan tapi aku dah ada.
Aku rasa, barang baru cuma poster dan freeze magnet tu jelah..tengok2 lah kawan2 ye mana2 yang berkenan. Harga of course lah murah, aku rasa lebih daripada 50 persen off. Boleh beli sebagai gift untuk kengkawan dan barbie doll sesuai untuk hari jadi anak, anak buah atau cousin. Insya Allah, aku akan tambah barang dari semasa ke semasa. Terlanjur melancong ke luar negara dan ada kenalan di kalangan penjual special collection ni, apa salahnya aku pergunakan kesempatan ini untuk buat bisnes kan? Beli lima, dua simpan selebihnya aku ingin berkongsi minat ini dengan mereka sealiran cita rasa.
Dan, kepada kengkawan yang ada apa2 nak dapatkan, hantar saja komen ye..selagi aku boleh dapatkan, Insyaallah aku cuba. So, selamat melayari blog bussines online saya ye...
http://celebritiesbank.blogspot.com/
Selamat membelek dan bershopping (kalau ada yang berkenan)

Sunday, January 24, 2010
Bangun dari lena
Ahad. Macam biasa, celik mata, on TV, make a simple breakfast, flip paper or books, surf internet etc etc etc...gaya hidup urban (ye ke?)..tengah hari sikit mula merancang nak buat apa yang patut, window shopping, nonton wayang, jalan2 cari makan..wah, free as a bird..routine yang tak mungkin dikecapi mereka yang dah berumah tangga. Serasa aku belum pernah aku berlama-lama di katil or take a nap waktu tengah hari...mungkin kerana aku tak suka tidur...kagum aku dengan orang yang pantang jumpa bantal, seminit, dua minit dan zzzzz...minit ketiga...how do they do that ye?
Selak2 kalendar (aku dah bertahun tak simpan diari..malas terikat dengan bermacam2 planning tapi perlaksanaannya..hampeh), aku ada janji dengan Kak Lisa petang ni di Amcorp Mall. Baru nak berjinak2 dengan satu bisnes ni. Kecil2an dan syukur dah ada kelompoknya sendiri. I'm trying not to dream big. Bermula dari bawah dulu, bisnes yang orang belum nampak hala tuju lagi tapi that is challenge lebih2 lagi dah ada targeting client. Itu lebih baik dari bermula besar but dont really know how to manage it, huh tokeh minyak boleh broke...biarlah aku dengan caraku.
Kudoakan biar le ada hasilnya. Biar tak banyak mana labanya tapi cukuplah untuk le duit beranak-pinak sikit. Buat bekalan di hari tua. Nasib kita ni tak tentu, entah tua tercampak di mana..ada anakpun, belum tentu mereka boleh berjasa pada orang tua. Sebagaimana ibu-bapa menatang mereka. Yang berhati binatang, ditinggalnya ibu ayah di bus stop atau pusat perubatan mana-mana...macam pernah dengar je kan? Ini kan lagi kita yang masih membujang...kenalah buat persediaan awal..i think this is about time. Career dah settle down, life dah live to the fullest (ye ke?) and i'm extremely happy and content now...apa lagi yang ditunggukan? Seronok tengok kawan2 lain dah jumpa hala tuju, Roha dengan bisnes kerongsangnya, Angah dengan garment dan tudung, Fiza dengan novelnya dah entah berapa buah terbit, Kak Lily dengan novelnya yang best seller..who else? Siti dan Aton dengan bisnes baby cloth dan publishingnya...Kak Jun dengan cupcake dan cakes...oh, ramai rupanya..wake up Bennie..bangun dari mimpimu yang muluk2 itu, bina mimpi di alam nyata pula...Insya Allah...

Monday, January 18, 2010
Searchin' For My Polestar
Tujuh sahabat bersama Miss Nanae (kiri sekali)..dia ni gf si Kenta, bergambar di depan Astronomikal
Ini drama siri Jepun, tahun 2005. Lama dah siri ni tapi aku baru mendapatkannya bulan lalu..aku beli sebab pertama, aku sukakan one of the pelakon, Joe Odagiri. Kedua,aku suka apa2 saja berkaitan dengan bintang..polestar adalah bintang senduk, ada tujuh dalam lingkaran yang membentuk senduk..
Cerita ini mengisahkan tujuh sahabat akrab. Sangat rapat. Ketika zaman kolej, mereka menubuhkan sebuah kelab Sagitarius..berkaitan dengan bintang, astronomi segala. Ada bengkel tempat melepak bernama Astonomikal dan suka berkumpul di kelab Jupiter. Memang budaya orang Jepun, berkumpul, minum, berborak dengan teman baik selepas kerja. Untuk redakan tekanan.
Selepas tiga tahun graduate masing2 bertemu semula Mifuyu, Sayama, Sotomi, Takeshi, Yuri, Tomoya dan Kenta. kenapa aku ingat watak2 ni. Sebab semuanya amat berkesan dan membekas di hati. Masing2 ada karektor dan isu yang mereka bawa. Mifuyu sedari dulu ingin bergelar guru yang baik tapi tewas dengan kemerosotan akhlak pelajar2nya. Sayama yang ingin membangunkan ekonomi Jepun, bekerja keras siang malam. Tetapi karektor Sayama sangat menarik. Dalam sibuk bekerja sebenarnya dialah banyak menyelesaikan masalah kawan2nya. Dia bijak. Dia sentiasa ada tetapi tak pernah menunjuk2.
Sotomi sangat lembut. Lewat hajatnya melihat meteor di Astronomikal, dia berimpian menjadi isteri yang baik. sangat simple. Jumpa lelaki idaman dan kahwin. Untungnya, hajatnya dimakbulkan. Dia bertemu dengan lelaki idaman, berkahwin dan kerana perkahwinannya itu, rakan2 berkumpul semula. Malangnya, Satomi tidak tahu, suaminya tidak mencintai dia tetapi hanya mempergunakan kelembutan dan sifat kasih sayang menebal dalam diri Sotomi untuk dijadikan pengasuh ibunya.
Takeshi? Dilakonkan oleh Joe Odagiri, watak yang paling penyabar dan menyendiri. Dia selalu tidak ada dalam setiap gathering. Sentiasa ingin menjauhi dan amat misteri. Kawan2 mengetahui perkembangan dia melalui Yuri yang berpasangan dengan Takeshi dan tinggal serumah. Namun, dia memantau perkembangan kawan2 dari jauh. Kenapa? Sebabnya, Takeshi dulunya anak orang kaya, terpaksa berhenti kolej dan mencari jalan menyelesaikan hutang keluarganya. Takeshi amat malu dan merendah diri dengan kejayaan teman2. Takeshi kebetulan sangat reserved dan tidak tahu menyampaikan perasaannya.
Saya suka watak Tomoya yang sangat ambil berat, suka menolong dan kalau ada di antara teman2nya menghadapi kesulitan, dia dulu tampil memberi bantuan. Walhal dia sendiri berselirat masalah. Tiga tahun merantau ke luar negera, dia pun ada kesengsaraan sendiri. Dan lagi, dia terlalu lama menyimpan hatinya terhadap Mifuyu kerana ingin memberi laluan kepada Sayama. Dia pun tahu Mifuyu ada hati dengan Sayama. Oh, kisah mereka sangat complicated dan hanya Takeshi yang tahu. Mujur Takeshi sangat amanah dalam menyimpan rahsia.
Yuri gadis sederhana. Sangat mencintai Takeshi dan tidak pernah putus asa ingin menyelami hati jejakanya itu. Kerana terlalu inginkan cinta, Yuri pernah terjebak dengan lelaki yang tidak tahu menghargainya. Takeshi seperti biasa tidak tahu untuk menegah. Takeshi-Yuri contoh cinta itu datangnya dari hati. Tidak perlu dipaksa, biar hati mencari jalan takdirnya sendiri.
Kenta is a baby among all. Kerana perangai keanak-anakannya, dia macam dibuli tetapi hakikatnya, kawan2 amat menyayangi dia. Kalau tidak, takkan Takeshi sanggup bersusah payah menyelamatkan dia dari hutang. Tapi, itulah Takeshi suka membuat kebaikan tanpa perlu mencanang satu dunia. Kawan2 lain menganggap Takeshi kawan lupakan kulit hakikatnya Takeshi meletakkan kepentingan mereka melebihi dirinya.
Saat Takeshi mati dibunuh adalah klimaks siri ini. Sedikit demi sedikit rahsia terbongkar bahawa Takeshi contoh sahabat sejati alaf moden. Hilang sisi gelapnya, sebaliknya dia jejaka berhati putih. Tujuh sahabat kembali bersatu.
Aku menangis sungguh-sungguh melihat keakraban mereka di sisi Takeshi menghembuskan nafas akhir. Katalah aku cengeng tetapi sumpah, bab ini sangat sedih. Dengan dialog, mimik muka dan lenggok tubuh mereka membuatkan aku seolah2 berada di antara tujuh sahabat ini.
Lebih menyayat hati kala mereka memberi penghormatan terakhir pada Takeshi dan sama2 berikrar ingin menjaga Yuri dan anak Takeshi yang dikandungnya. Oh, aku tidak tahan sungguh, air mata tak mahu berhenti mengalir. Persahabatan mereka benar2 diuji dan polestar hilang satu sinar. Kenapa filem Melayu tidak ada sentuhan begini? Jepun dalam keampuhan sifatnya, boleh menghasilkan sebuah drama/filem yang makan dalam. Terus ke jantung dan membuatkan mata bergenang.
Saat Astronomikal dibakar mereka sebagai simbolik mereka tidak mahu mengingati sejarah silam. mahu menuju kehadapan, hati aku bagai dicarik2. Dirobek2. Mereka sayang, amat sayang tetapi terpaksa melepaskan. Kemudian, ada visual Takeshi turut sama menyalakan api sebelum Yuri melafazkan "Sayonara Takeshi..." Aduh, kesedihan tidak terbendung.
Aku rasa ini drama terbaik tentang persahabatan yang pernah aku tonton selain Now & Then, filem Inggeris yang aku tonton 15 tahun lalu. Movie ni sampai sekarang aku cari tak jumpa. Nampaknya, kita kena belajar menghargai sahabat kerana merekalah mengisi lohong2 kosong di hati kita. Sahabat yang baik saling mengingatkan dan ambil berat. Tapi, mampukah kita bertemu dengan sahabat seperti itu di sini? Wallahuallam...namun, akan ku cari bintang biduk itu...Sayonara My Polestar!
Friday, January 15, 2010
Gym dan Jaja & Din
Apa ye yang berlaku sejak akhir-akhir ni...banyak tetapi pelikkan..dalam banyak itu tak tau apa yang nak dikisahkan..pernahkah anda semua memiliki rasa dan pengalaman ini?
Yang terbaru, berusaha keras mendapatkan semula bentuk badan ideal...51kg...sekarang ini sudah naik mencanak2. Makanya, setiap selasa, rabu dan khamis, muka aku akan menjadi pengunjung tetap gym NST...baru dua hari mula, badan dah rasa ringan...mmmm...rupa2nya ramai sungguh yang peka dengan kesihatan terutama kaum adam. Yang perempuan pun tak kurang, ligat sama mengayuh basikal statik dan berlari di treadmill...semuanya memiliki figura yang tidaklah skinny tetapi voluptious..geram nengok hehehe....
Geng segym, Kak Hazirah...katanya nak figure macam Katrina Kaif, semoga berjaya...tetapi semalam instructor Husni tak de...tup2 muncul yang berkopiah putih...alamak, malunya nak tanya itu ini...dia pun nampak macam sipu2..tak berapa nak pandang perempuan...hahaha terus teringat karektor Burhanuddin al Helmy dalam novel Noor Suraya Jaja & Din...sebijik la...tinggi, hitam manis...senyum manis hahahah..lili nanti, aku bawak ke gym NST ni..jumpa Din Celup ye...terus sessi gym bertukar sessi Mencari Jodoh..hahaha...jangan marah Ly, nampak sangat muka ko merah tu...
Harap2 berjaya la azam aku yang satu ni ye...setakat ini belum culas dan melanggar jadual lagi...Kuharapkan dapat bertahan sehingga tercapai apa yang diimpikan...Aza aza hwaiting Bennie...Kamu Boleh!

Thursday, January 7, 2010
Janda Baik, Pahang
Saufiville, A Boutique Resort, Pahang. Rumah penginapan ala Bali. Wah cantiknya di atas bukit. Meski jam 1 tengah hari, masih berkabus tebal. Dalam hati berdetik...mmmmm sesuai untuk berkarya, menyiapkan novel cintan-cintun, rindu dendam. Berangan juga suatu hari nanti mampu memiliki namun mengenangkan jauhnya, ampun saya tak sanggup. Tambah sekarang ni macam2 cerita jenayah. Suami bunuh isteri, anak bunuh bapak, adik dan atuk, nenek..hisss tak payah lah...tak pe la, saya di KL ni...walau tak hundred percent selamat, at least bermasyarakat la jugak..
Kolam renang dan wakaf rehat kayu di atas bukit. Airnya macam menuju ke gunung..kolamnya macam tak berpenghujung...kagum saya dan kawan, Surianie.
Lagi gambar swimming pool...maaflah kena sengetkan tengkuk...saya tak pandai betulkan gambar ni..sesapa buleh tolong?
Dan lagi...tengok idea bunga teratai tiruan sebagai hiasan...cantik kan?
Landskap hijau bawah kolam...ada terusan yang mengalirkan air kolam keliling kawasan
Ikan kap sebesar peha budak 5 tahun...gemoknyaaa...
Cik su seronok dan leka mengambil gambar...
akhirnya saya tak tahan nak bergambo juga...muka sememeh pun sememeh la..
Unik bunga ni...bentuk loceng..
Bunga mawarnya mekar, segar dan besar kelopaknya...agaknya, cuaca romantik dan redup..maka England Rose sudi tumbuh...
Gambar Bandung, Indonesia
Pegi lama dah, gambar la ni baru nak masuk entry. Kebetulan, saya menghantar gambar Pattani masuk system. Terlanjur menyentuh kamera, apa salahnya, postkan sekali gambar Bandung. Lagipun, dah lama janji kan?
Ini sebahagian gambar tetapi saya memang tak excited merakam apapun di sana. Sibuk membeli-belah hehehe...lagipun, pemandangannya macam juga tempat kita, tak ada yang luar biasa...so, enjoy!
hahaha ye ke? Saya gelak non stop...nasib baik tak kena pelangkung ngan Wak Joko..
Rumah Mode syurga beli-belah...banyak barang menarik, hip and trendy, branded item dan serba mak nenek lagi...dijual dengan harga sangat murah...
Cantik betul landskap ni...romantik dengan lampu samar2..
Sempat bersantap di restoran yang menawarkan landskap bali...namanya lupa la..tapi makanannya enak sekali...
Sebahagian ahli kelab bergambar bersama pelakon Emma Akma yang turut serta. Sporting mak cik ni hehehe...sorry Ma..suka usik ko ngan Pak Denny
Alhamdulillah selamat...
Lembu untuk dikorbankan. Kelab Kebajikan dan Sukan Berita Harian/NST dan Metro menganjurkannya. Antara projek amal tahunan kelab.
Padi bukit, ditanam secara berteres..rasanya lebih enak, peroi dan kurang mengantuk.
Panorama sawah padi sepanjang jalan dari Bandung ke Tasek Malaya
Tuesday, January 5, 2010
Princess Hours dan Andainya Kukembali
Gambar kulit andainya Kukembali
PH sarat adegan langit ketujuh...fuh, berangan sekejap :)
Barisan pelakon Princess Hours (PH)
Chae Kyung yang keletah dan lepas laku. Suaminya menggelarkan dia sebagai 'Virus Periang'
Cuti hujung minggu, saya sempat melangsaikan dua perkara. Pertama, Korean series marathon , Princess Hours dan kedua, menyudahkan bacaan novel terbaru Mia Khaidina aka Hafizah Iszahanid (rakan semeja Berita Minggu) 'Andainya Kukembali'. Mmmm...Fiza senyap2 keluar lagi satu novel ye, entah bila dia curi masa menulis aku pun musykil.
Dalam simpanan ada berderet stok novel untuk ditamatkan termasuk penulis Noor Suraya, Jaja & Din.
Terima kasih juga kepada adik Nurul Farina Nazlan dari Meja Sastera yang baik budi membekalkan stok novel kepadaku...selalu dia datang bertanya, "kak, dah baca yang ni..saya dapat lebih (untuk book review)..saya bagi akak satu ye...' thanks dik...kau tau akak ni suka membaca ye..
Dan, saya masih menunggu2 buah tangan dari penulis kesukaan saya, Lily Haslina...dengar cerita hero terbaru kak Lily bernama RAIN ye...amboi, itu nama pelakon kesayangan saya. Lagilah, tak sabar mendapatkannya.
Membaca karya baru Fiza kali ni, terasa dekat dengan jiwa. Saya tertarik dengan isu cinta berlainan agama yang diketengahkannya. Garapan Fiza begitu hidup kerana memang saya akui, cinta walau bagaimana hebatpun, andai membabitkan agama, kasih dibaja tidak kemana. Hendak2nya, kekasihmu penganut taat agamanya. Saya faham bukan senang menyakinkan kekasih memeluk agama yang kita anuti andai diri sendiri kurang ilmu. Bukan senang menarik dia dari fahamannya sekian lama, lebih2 lagi jika kekasihmu itu pintar berhujah dan berpendidikan tinggi.
Dalam novelnya, Fiza mengetengahkan watak Marc Darcy seorang peguam yang kerap melakukan perbicaraan membabitkan konflik agama. Dua tiga anak guamnya beragama Islam. Sebab itu dari Islamphobia, dia kemudiannya tertarik dan mengambil keputusan melafazkan kalimah syahadah. Alangkah manisnya, jika cinta berbeza agama ini disudahi dengan bahagia seperti kasih Azlin- Marc Darcy. Bukankah bahagia mendapat kekasih seperti Marc Darcy yang sudi belajar, memahami dan mahu berfikir. Walaupun dalam realiti, soal hati tak semudah disangka. Soal agama sangat sensitif sampai satu tahap boleh berlaku pertumpahan darah. Entahlah tetapi terfikir juga, kalaulah Marc Darcy itu manusia nyata...ramailah 'Azlin' yang bahagia di muka bumi ini. Anyway, syabas juga Fiza kerana bercerita jujur mengenai dunia kewartawanan. Mungkin kerana terlibat dalam bidang ini, maka Fiza mampu mengkisahkannya dengan begitu baik sekali. Sekalung tahniah, atas penerbitan novel terbaru ini. Aku yakin jualannya mampu mengatasi Kala Hujan Menitis.
Tiga minggu berlalu, setelah memilikinya, semalam selesai juga menonton drama korea Princess Hours. Ya ini bukan cerita baru tetapi semasa tayangannya di 8TV dulu, saya tidak pernah berkesempatan menontonnya. Lagipun, menjadi kepantangan saya, lenggok percakapan lemak merdu orang Korea itu dialih bahasa ke mandarin. Tak sesuai.
Plot dan jalan cerita tipikal Cinderella moden, perihal rakyat kebanyakan bertemu jodoh dengan anak raja. Maka akan timbul pelbagai konflik yang melukakan hati dan mencalarkan cinta. Itu belum dikira soal sukarnya mencari penyesuaian dua jiwa berbeza adat, budaya, fahaman dan gaya hidup.
Perkahwinan paksa memang menguji kesabaran kerana tidak dibina berlandaskan cinta. Betapa sulitnya mengenal hati budi masing2 selepas perkahwinan lebih2 lagi dia yang dikahwini bukan jenis gadis idaman. Namun, macam biasalah, adakalanya perbezaan mengundang thrill dan keseronokan. Maklumlah, selama ini tidak terlintas pun ingin cuba dan buat sesuatu perkara tetapi atas dorongan kuat pasangan, mula terfikir hendak cuba macam-macam benda. Setelah melakukannya, sebaik mencuba baru terbuka minda, luas pandangan. Baru mengerti rupa2nya yang tidak ingin dibuat sebelum ini sebenarnya amat menguja dan menarik. Justeru, bermula dengan tidak sudi, kalau hari2 mendengar suaranya, melihat keletah manjanya, lama2 hati terpaut juga. Akan bermulalah fasa sunyi Shin (hero) apabila sehari tidak bersua muka dan bergurau senda dengan Chae Kyung (heroin)...mmmm rupa2nya cinta tidak perlu saling mengenali tetapi boleh dipupuk sebaik ikatan disatukan.
Dua2 pasal cinta kan? Kuatnya pengaruh cinta dalam membina peribadi insan. Bermaknanya cinta dalam menambah rencah hidup. Tanpa cinta, jiwa tandus dan kosong. Bagai pokok mati tidak dibaja. Semoga kita semua dikurniakan nikmat cinta tidak terhingga dalam hidup. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)