Permulaan cerita, filem ini sama juga seperti filem2 lain sebelumnya yang dibentuk berpandukan realiti zaman kegawatan. Jepun sama ragamnya dengan negara lain yang dihimpit kemiskinan; institusi keluarga berantakan, suami tertekan menjadikan isteri tempat melepas geram, anak tersepit dengan perbalahan keluarga, suami pulang rumah mabuk2, tidur tak kira tempat dan semuanya adegan2 memualkan. Bagusnya, Eiko, isteri yang berani dan bukan isteri yang mudah diperkotak-katikkan. Peristiwa dia menghentak suami dengan kayu membuatkan sang suami serik seumur hidup.
Babak seterusnya, menyaksikan Masa membesar bersama ibu dan kadang2 mengunjungi bapa yang hidup bersama pelacur2 kelas bawahan. Bagusnya, Masa anak yang tak banyak kerenah dah jarang menyusahkan keluarga. Pernah juga dia mengikut ibu yang terpaksa menyara hidup menjadi GRO. Mungkin kerana usia yang masih mentah, Masa tidak pernah merungut, cuma sesekali dia gentar ditinggalkan ibu yang kadangkala mengikut lelaki pulang.
Menjelang remaja, Masa menjadi terlalu bergantung dengan ibu, terlalu akrab hinggakan perlu ditemani ke sekolah. Hanya setelah remaja dan berdikari, Masa pandai mencari takdir hidup sendiri. Namun, yang meruntun hati tentulah pengorbanan ibu yang membanting tulang mencari wang menyekolahkan Masa. Walau adakalanya Masa terbabas, hanyut dengan keseronokan hidup, alpa dengan tanggungjawab hingga tidak lulus periksa, ibunya tetap senyum. Baginya, Masa tidak ada dua tiga.
Ketika Masa tersedar dan bangkit semula membina kerjaya, malangnya Eiko pula mengidap kanser. Kerana kasih terhadap ibu menggunung, Masa membawa ibu tinggal bersamanya. Bermulalah kembali detik Masa bersama ibu, berkongsi cerita, berkongsi derita.
Sungguh filem ini memang mengharu hati. Sentuhannya luar biasa dan bisa mengalirkan air mata. Paling aku tidak tahan satu adegan Masa berbual kosong dengan ibu.
Masa: Ibu tak ada simpan harta? Tidak ada tanah di kampung.
Eiko tersenyum dan mengeluarkan sekeping sijil yang dibingkai cantik dari bungkusan kain.
Eiko: Inilah harta ibu, ini pelaburan ibu (sambil menunjukkan ijazah Masa... yang akhirnya dalam genggaman setelah dua tiga kali gagal dan menangguhkan pengajian)
Masa terkedu dan menunduk.
Banyak lagi adegan menyentuh kalbu, termasuk Masa berbaring di sebelah mendiang ibu, memeluk mayat ibunya. Dan satu lagi, adegan tidak boleh lupa ialah ketika Masa menerima panggilan dari editor menyuruhnya menghantar artikel segera.
Editor: Masa, awak belum hantar artikel.
Masa: Ibu saya baru meninggal pagi tadi.
Editor: Ya, saya tahu takkan kami hendak print lembaran kosong. Saya minta maaf, tapi awak kena hantar juga artikel.
Masa: Cuba awak fikir, bagaimana saya hendak menulis di depan mayat ibu saya? Macam mana fikiran saya boleh tumpu pada kerja sedangkan ibu saya terkedang depan mata.
Editor: Awak kena fikir juga macam mana caranya.
Masa memutuskan talian dan menangis. Sejurus, muncul bayangan ibunya ketika muda, minta Masa teruskan hidup dan bertanggungjawab terhadap kerjanya.
Ketika ini, aku bayangkan aku. Agaknya dengan tugas aku sekarang, nak nazak pun kena hantar bahan agaknya. Seorang kawan fotographer pernah berkata kepadaku...agaknya nak matipun kena heret kamera jugak Bennie. Kena edit gambar dulu. Selesai semua baru boleh mengucap.
Kepada yang ingin mendalami kasih ibu. Dahagakan cerita menggambarkan realiti hidup, carilah cd atau dvd ini. Mana tau kot2 ada dijual di sini...saya jamin selepas ini pasti perasaan sayang pada ibu makin mendalam dan meronta2 hendak balik kampung. Selamat menonton
poster filem
Joe Odagiri
11 comments:
baca sinopsis ko ni pun aku rasa citer ni mmg best. tambah2 citer pasal ibu pasti buat air mataku mengalir cepat. Teringat plak kat mak di kampung uuuwaaa..nak balik jumpa dia tetiba jer rindu dia.
Memang best tie..dan ada kait mengaitkan kerja macam kita ni. Yang kena meet the deadline whatever happend. Then, aku rasa citer ni nak menyedarkan balik masyarakat Jepun moden yang mula luntur kasih sayang. Really, its a good movie dan menginsafkan...
bestnye sinopsis filem ni.
hari ni jugak nak gi cari.
tapi ada jual ke? erm....
ye cik yam...best..tadi, saya jalan2 kat Speedy, cari gak filem lain si Joe ni tapi tak jumpa la...frust huhuhu
Salam ben..mmm menarik cite tu,bestnya kalau ada sorang mak.....
Saye lak tengah cari 1 dvd/vcd tamil tajuk 'NANDHA' ...kisah hubungan anak ngan mak gak tp 100% xsama ngan cite awak tu. Cite tamil ni saye tgk kat tv last few years masa deepavali...filem ni berjaya buat airmata saya meleleh! Gaban nangis tu weh! Huhuhuhu
sebut pasal mak, semua orang akan sayu...ini dah janji Allah kan..syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Kalau citer ni tak de di mana2 kedai cd kat sini, kalau nak saya buleh burnkan...saya pun ada gak tengok2 tapi tak jumpa..heran kan..movie best cam gini tak sampai ke sini...
Ben... dah try cari tapi takde. Orang yg jual kat kedai tu pun tak tahu citer tu. Awak nak burnkan ke? Hehehe. Kalau jumpa dvd tu kat kedai leh layan weekend ni. Takde rezeki.
yam, memang tak de...awak cuba download dari internet..kalau tak de jugak, Insya Allah, saya cuba burnkan...usah kata movie ni, filem lain Joe Odigiri pun saya tak cuba walhal kalau surf kat internet mamat ni popular sangat. Banyak filem dia berlakon tau.
benn...
siapalah ye kawan kita yg kata kena heret kamera kalau dah nak nazak tu... lawaks lah ... kena load gambar dulu baru mengucap.. ha ha ha...
Siapa lagi kalu bukan Ustaz N...kat tempat keje lama kiter tu le hehehe..betul gak cakap dia tu kak...saya setuju 110 persen..kat tempat lama la..sini ok je hehehe
Kepada sesiapa yang ingin membeli cd ini, saya dah jumpa di Speedy, Midvalley berharga RM29.90.
Post a Comment