Tuesday, October 27, 2009

Selagi manusia dikurniakan perasaan....

Sejak akhir2 ini ayat2 yang terbit lewat smsnya mencabar kesabaran dan menaikkan darahku. Memanggil kembali habit lama yang kuat merajuk dan menjeruk rasa. Selalunya, sms yang diutus menerbitkan senang dan membuahkan mimpi, namun entah kenapa kali ini memualkan dan nyaris dua tiga kali merasukku menghempas telefon ke dinding.

Mungkin dengan niat mengusik dan menyakat, dia menyamakan aku dengan perempuan itu. Mungkin kerana dia sudah dapat menghidu rasa tidak sukaku, dia mengambil kesempatan untuk menguji kesabaranku. Tidak pernah berkasar, namun sesekali terlucut jua dari bibir "jangan disamakan i dengan dia. I tak suka dia."

Perasaan benci tidak datang bergolek, bukan dibentuk seimbas pandang tetapi berpupuk bertahun2. Sedangkan Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNYA, siapalah kita insan yang kerdil untuk tidak menyukai seseorang. Sedangkan kita tahu, sesama manusia dicipta dari tanah, tiada yang tinggi darjatnya dan tiada yang rendah martabatnya. Namun, kerana perasaan berbilang rupa, bercambah dan sesetengahnya layu terus mati, maka kita tidak mampu berbohong.

Seorang teman akrab menghubungiku. Bukan kerana dia yang tidak aku suka itu membuat onar lagi (ikutkan banyak sangat sms dan panggilan yang kuterima berkenaan dia) tetapi menerusi rakanku ini, dia bercerita mengenai perempuan itu yang berpatah semula ke tempat kerja lamanya. Amboi senangnya hanya kerana pandai mengambil hati majikan dan lidah bercabang dua. Terfikir juga kenapa dia tidak menceburkan diri dalam bidang perhubungan awam saja? Rasanya itu lebih layak buat dia yang bijak bermain kata2. Yang bijak memujuk dan memutar kata.

Kata orang2 di sana (tempat kerja lamanya) "Monster will be coming back". Ahhh...itu cakap2 saja, sekali diurut dan digosok si dia, terus berubah statement, "here come the princess".

Sebenarnya tidak baik begini kan? Menyimpan perasaan tidak muluk2 kepada orang. Tetapi, sekurang2nya aku tidak membalas dengan perbuatan, menyihir orang atau menghantar benda2 yang tidak elok kerana dendam kesumat. Kerana aku berpendirian, sekali aku menetapkan dia tidak penting lagi, dalam hidupku. Akanku padam semua memori dan kenangan. Maka, orang itu tidak akan wujud dalam hidupku. Kiranya, macam program komputer dijangkiti virus, hendak ia baik seperti sediakala, kesan punca, delete dan masukkan program baru. Just as simple as that.

So, bagi si dia yang selalu mengutuskan sms, jangan merosakkan ketenangan malamku dengan ulangan sms yang kusebut di pangkal cerita. Kalau tak nak aku mogok, jangan buat begitu lagi. Jika tidak, akan sepilah malam2 mu dengan kunjungan sms ku..amacam, sanggup?

12 comments:

Bintang D'hati said...

Salam,sabar dik non...jgn hempas hp tu.. Hehehe, dlm dunia ni xde sape pun suka bila disamakan dgn org yg dia xsuka(lbh rela disamakan dgn kaki meja makan keluaran lorenzo ekekeke)..sbr je la dik non

ennieva fauzi said...

betul ler..rela jadi meja makan atau tungku dapur lagi hahaha

Bintang D'hati said...

Salam, nak jumpa saye x? Hehehe..kalo nk jumpa akak gaban ko ni,ari sabtu akak ada kat the mall pukul 2-5 petang.jom aaa makan2

ennieva fauzi said...

aler..ari tu kita keje le plak...tak pe..kita try nanti...kot2 nak dekat kol 5 free...akak gaban buat per kat situ..nolong orang ke? maklum gaban hehehe

Bintang D'hati said...

Lepak je sbb tggu kwn ada event kat pwtc,awak tgk email ye,kite dah email td

rynas said...

sabo jerlah ben itulah dugaan hidup namanya. Tak habis2 yer..ehhh kalau nak hempas hp baik bg aku..hehhe hp aku dh buruk sgt dah

Anonymous said...

Tak baik benci dengan orang..... sebelum kita tak suka dengan seseorang tu, kita kena tgk diri kita dulu.

ennieva fauzi said...

tie...nanti ko beli ler tepon baru...sah2 ko berduit nanti..

Anonymous...bukankah belajar hidup dengan menelek perangai orang juga? Bukankah sudah dikata, perasaan benci tak muncul sendiri kerana ada sebab dan musabab yang mendorongnya...diri sendiri memang tidak sempurna tetapi cuba menjadi lebih baik. Bagaimana orang yang sudah tau dirinya pincang tetapi tidak pernah mahu belajar dari kesalahan. Kalau merosakkan diri tak mengapa tetapi apa kesannya hingga memporak perandakan diri orang.

Itulah menanganinya simple. Suka, berkawan. Tak suka, jauhkan diri. Lagipun, tidakkah pernah mendengar pepatah, "kalau nak melihat perangainya bagaimana, tengok dengan siapa dia berkawan." Kawan mencerminkan peribadi. Jadi, hendal jadi lebih elok walau bukan yang terbaik, kita ada hak memilih kawan. Just as simple as that.

Rashidah Ibrahim said...

Macam tahu saja siapa yang dimaksudkan yang berpatah balik tu...TST. Maaflama tak menjenguk di sini. Bestnya gi Singapura.

ennieva fauzi said...

hehehe..kita tau2 sudah la kak shidah...sape yang makan cili biasanya dia terasa pedas. Tapi cili saya cili boh je..tak pedas manapun tapi ada gak yang berasap telinganya.

Singapura oklah....macam kita pegi Jakarta juga...

Anonymous said...

hihihi...nak tgk perangai sediri,tgk dari kawannya ya?erm...patutlah saya rasa macam empunya diri berperangai camni.sama je macam kawan2 disekeliling.walhal empunya diri juga mengeji sahabatnya sendiri tanpa disedari.tapi dah mmg lumrah manusia,hanya nampak kesalahan org lain sebelum memandang cermin dan melihat diri sendiri.kata org...buku belum bertemu ruas...

ennieva fauzi said...

minta maaf lah ye kalau menyakitkan hati awak secara personally..nampaknya awak ada intention yang tak baik dekat sini...memang awak terlebih rasa agaknya...well terpulanglah..sekurang2nya awak baca blog ini. Dan, yang baik jadikan lah sempadan, yang buruk buatlah teladan. Dan, kalau sekarang ini sedang menuju jalan lurus dan keinsafan, teruskanlah...jangan buat separuh jalan. Saya dan kawan2 saya sedang mencuba menjadi yang lebih baik dari sekarang. Ye, kami bukan sangat2 baik atau menulis yang baik2 dalam blog sedangkan dalam hati berselirat dengki khianat. Kalau tak puas hati, orang itu dikutuk berbakul walau pada mulanya orang itulah yang dipuja, diangkat dan disanjung. Sekurang2nya saya dan kawan2 tidak begitu ye...

So, kepada anda, sekali lagi saya ulang...kalau dah insaf, sedang menuju ke arah kebaikan. Teruskanlah usaha murni anda itu. Insya Allah, saya dan kawan2 mengikuti anda. In fact, sekarang inipun, kami sedang berusaha menjadi individu yang baik kalaupun bukan sempurna. Jangan buat separuh jalan. Dan, jangan lain ditulis,lain pula di hati. Di mulut tersenyum sengih dalam hati memaki mengeji. Sama2 lah kita berusaha ke arah kebaikan.

Sekali lagi, terima kasih kerana baca juga blog saya ni. Wah, bukan senang blognya jadi perhatian orang...walaupun, komuniti yang bacanya kecil dan saya dapat agak siapa yang komen...tetapi terima kasih lah ye...