Saturday, August 29, 2009

Ramadan...aku rindu saat itu

Seperti tahun lalu, Ramadan kali ini pun terasa berlalu cepat. Belum sempat menarik nafas lega menyiapkan tugasan, harus berhempas pulas mencari stok bahan pulak. Kalau tidak, tak akan senang bercuti.

Apa yang aku buat Ramadan kali ini? Bertarawikh? Belum sempat sekalipun. Selalu terasa rindu tapi keadaan dan waktu tidak mengizinkan. Menghuni di kawasan perumahan yang majoriti kejiranannya bukan islam begini lah jadinya (wah, baek punya alasan). Kegembiraan menyambut Ramadan bagai angin lalu. Semangat dan roh islamiknya belum cukup kuat. Apa tidaknya, laungan azan pun kadang kala dengar, kadangkala lesap disapu angin.

Saat ini aku rindukan kediaman lama, tempat lama yang sangat berhampiran surau. Setiap malam selepas berbuka, aku dan housemate cepat2 menyarung telekung berkejar ke surau. Suraunya kecil, kadang2 jemaah melimpah hingga ke kaki tangga. Ada yang terpaksa bersembahyang di tanah beralas tikar. Namun, itu yang indahnya. Itu yang seronok dan kejap di ingatan. Paling sayu, seusai solat, bersalam, berlaga pipi dan berpelukan. Terasa ukhuwah itu semakin kuat. Semangat cintakan Islam mengalir seiringan menerima pelukan. Tanpa nama, tanpa asal-usul, apatah lagi darjat dan pangkat. Semuanya sama dan sejagan.

Entahlah bila kan merasa saat itu lagi...rindu ya amat rindu tapi peluang belum ada....kadang2 betul juga mutiara kata "Bekerjalah kamu bagai kamu hidup seribu tahun lagi, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari". Tapi dalam kes aku ni...tersepit di tengah2...cam ner?

Thursday, August 20, 2009

Kasihan bangsaku..

Hari ini saya assignment di Muzium Negara- Bicara Tokoh Darurat. Akhir2 ini kerap sangat saya assign Muzium sampai ada yang melabelkan saya duta Muzium...hahaha...itu tuduhan melampau tu, tapi dun worryyy, saya tak ambik ati :)

Bicara ini membabitkan dua tokoh tersohor Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri dan Mantan Panglima Medan Tentera Darat Malaysia, Left Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi. Mereka membicarakan perit getir dialami tentera sewaktu zaman darurat. Terpaksa bergalang nyawa demi mempertahankan negara dari anasir komunis. Mendengar ceramah mereka saya rasa insaf, terbayang di kepala tubuh yang sihat bugar rentung dibakar, kepala bercerai dari badan disembelih, jari kudung dihiris dan sebagainya. Saya ngeri, takut dan cuak, maklum saya anak generasi baru. Tika komunis menyerah kalah 1989, saya masih anak kecil baru ingin mengenal abc. Jadi, saya tidak tahu kesusahan itu semua. Yang saya kenal Ultraman, saya saya hafal dialog Woody Woodpecker, yang saya ingat kartun Transformer dan Smurf.

Tiba-tiba saya merasa bersalah yang amat sangat. Kesenangan yang saya kecapi ini dibina dengan darah dan keringat perwira negara. Kemudahan yang saya kecapi ini tidak pernah termimpi dek generasi yang hidupnya tidak tentu, terumbang-ambing dan sentiasa diburu ketakutan. Malah, ada yang tidak sempat membesar, merasa usia seperti saya. Dan, jikapun umur mereka ketika itu, sebaya datuk dan nenek saya, takdir kematiannya bukan di katil ditemani saudara dan rakan. Tapi matinya bermandi darah dan tidak berkubur.

Mungkin ada mengatakan saya terlalu patriotik. Atau, juga kerana kemerdekaan yang semakin hampir, semangat cintakan negara saya semakin membuak2. Apapun tafsiran dibuat, saya punya kesimpulan sendiri. Manusia yang lebih dulu bernafas di muka bumi ini kematiannya bukan sia2. Perjuangannya kerana ingin membebaskan negara dari dijajah. Laungan suaranya kerana tidak mahu menjadi hamba di negara sendiri.

Jangan kata manusia kini tidak lantang, bukan pejuang. Mereka berjuang, mereka bersuara tetapi berpaksikan kepentingan peribadi dan kerana ingin memenuhi cita-cita politik. Orang macam ini sebenarnya masih lagi dijajah. Ditawan oleh pemikiran yang menganggap bahagia adalah apabila menyaksikan dan merancang kehancuran bangsanya sendiri. Nauzubillah...

Tuesday, August 18, 2009

Bersederhana dalam kelebihan

Letihnya memandu dalam cuaca panas terik hanya Tuhan yang tahu. Cuaca memang tidak pernah kasihan dan manusia macam aku pula tidak pernah mahu bersyukur. Sepatutnya, aku berterima kasih kerana garang sinar matahari membawa pergi musibah jerebu. Belajar2 lah bersyukurkan...kerana ketika ini ada yang bertunggu-tangga di hospital aku masih sihat.

Dalam kerlingan sepicing, kugagahkan diri memandu. Penghawa dingin kereta walau paling maksimum pun masih juga merenikkan peluh. Ahhh..kulitku ini memang sensitif, pantang meleleh peluh akan jadi ruam2 halus. Haruslah pulang ke rumah nanti kutuang bedak hampir setengah botol ke kulit yang mula dihinggapi bintil2 ruam.

Kali ini destinasiku ke rumah penyampai berita sambilan sebuah stesyen televisyen swasta. Oleh kerana kediamannya terletak di ceruk perumahan (perlu juga melalui kawasan kampung), dia memintaku menunggu di stesyen minyak Mobil saja. Selepas sepuluh minit menunggu, dia muncul bersama PR stesyen televisyen itu. Berkali2 memohon maaf kerana terlewat, ada accident katanya. Aku pun tak kisah sangat kerana belum pun lama menunggu.

Selepas dua simpang dan menyusur jalan tar kecil, sampai lah kami ke kediamannya, banglo setengah tingkat di tanah lot. Cantik juga rumahnya dipandang dari luar apatah lagi landskapnya dihiasi pergola diselubungi pokok anggur menjalar.

Sebaik melangkah masuk, segala bahang panas bagai dibawa angin lalu. Tubuh yang bermandi peluh perlahan kembali menyejuk. Tenangnya rumah dia maklumlah mendapat sentuhan ibu yang memang berminat dengan decor.

Bagai mengerti persoalan bermain di kepala, dia memberitahu, "ayah dah tak de, meninggal setahun lalu." Aku cuma mengangguk. Patutlah rumah ini meskipun cantik bagai hilang rohnya. Si personaliti ini memang cantik manis, seimbas pandang mirip Watie Elite, putih melepak, bersih kulitnya namun manja dengan ibu. Itu yang membuatkan aku terkesima. Ibunya oh memang...baik sangat...bertuahnya dia. Cerita punya cerita rupa2nya si ibu taukeh pam minyak. "Petrol stesyen tempat awak tunggu tu kepunyaan ibu sayalah,"katanya. Kalau dia tidak berceritapun, sudah dapat ku agak, keluarganya bukan sembarangan. Dari lenggok pertuturan, cara berpakaian dapat kutelah upbringingnya memang bagus. Lagi membuatku kagum, ibunya begitu merendah diri.

Jarang dapat bertemu orang yang sebegini. Masih bersederhana dalam kelebihan. Ada, ya... memang wujud tetapi tidak sepanjang masa kita berpeluang menemuinya.

Aku- Terharu dengan persahabatan dua teman dalam Wadi Unung. Seorang garang dan suka bercakap lepas, seorang lembut ayu dan penurut. Namun, kerana keadaan dan masa, yang asyik merengus berjaya mengemudi hidupnya dengan baik. Yang lembut dan bertimbang rasa hanyut dek panahan asmara. Memang dunia ini pelikkan?

Thursday, August 13, 2009

The Partner


Title: The Partner


Genre: Law, romance


Episodes: 16





Synopsis
“Who is your partner?” When you take a look at the definition of ‘Partner’, it gives you synonyms such as colleague, sharer, spouse, and accomplice. Partner is a person who is strongly associated with me; the one who knows me very well and stays by my side. The word ‘Partner’ takes a different meaning when it is used in law firm. Partners are the people who survived from the power struggle. They are executives who are on the top of the law firm pyramid. Enterprises are law firm’s partners. Law firms fight each other to become a partner of business. They struggle to be close to power and to become a slave of money. There are some lawyers who want be the partners of commoners as well. They are willing to be the spokesperson for the underprivileged. It is a story about partner; the one who is going to stay by your side and fight together in front of law.
Cast
Kim Hyun Joo as Kang Eun Ho,Lee Dong Wook as Lee Tae Jo,Choi Chul Ho as Lee Young WooLee Ha Nui as Han Jung Won


Aku - Tengah dok giler cerita ni tetapi selalu termiss...ini 'masterpiece' Lee Dong Wook selepas My Girl. Yang syoknya, karektor dia banyak rencah - arrogant, grumpy, funny dan kadangkala bengong. Pernah berdarah hidung ditempeleng Law Attorney dia sebab tak tahan dengan sikap kaki bulinya tu...pun, dalam dok membuli, bila jatuh sakit tahu nak bermanja dan luluh segala ego...oh, man...saat bila mereka dewasa?

Wednesday, August 12, 2009

Dont Judge The Book By Its Cover

Mula-mula terima tugasan merakamkan kediaman penyampai radio popular ini, reaksi saya cuma satu, "alamak out of person...cuma dia yang setuju...aku ni dah le tak suka langsung kat dia ni..." Jahatkan saya...punya lah menyampah kat dia, sampaikan pantang dengar suara dia berkumandang, terus saya tukar channel.

Sedari dulu, saya beranggapan dia ni suka kontrol ayu, cari publisiti murahan dengan kisah cintanya, perasan lawa dan bagus dan berlagak ala diva. Macam mana le gamaknya nanti bila setengah hari aku terpaksa mengadap dia di rumahnya ye.

Pada kawan jurufoto, Halimahton dah kubilang awal2 ketika di dalam kereta, "Ton, aku ada satu masalah la..aku tak suka dia, cam ner nak interview beb? Maka, terpaksa le aku berlakon ek..sungging senyum sampai ke telinga,"kataku sambil menggayakan aksi senyum joker.

Ketika sampai, kulihat dia sedang disolek jurusolek profesional. Pun kutahan lagi. "Time to act..." bisikku kepada Halimahton.."Pandai2 lah ko...,"kata si jurufoto cute ni (dia memang cute...muka dia cam Hafiz juara AF key..sungguh aku tak tipu).

"Hi..."aku pura-pura ramah. Serta-merta karektor bertukar. Si penyampai radio tersenyum. "Berita Harian kan?" tanyanya. "Ya...,"jawabku. Tiba-tiba jadi kaku, alamak mana pergi sikap ramah-tamahku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Maton pandang aku, aku jeling Maton. Sampaikan make up artist tu pun dok keling2 aku. Aku macam terdengar-dengar je lagu latar, "menjeling..menjeling ku memandang" duet SM Salim dan Dato' Siti Nurhaliza. Alamak...i have to do sumthin'..kalu tak kerje tak jalan.

Ketika dia menyambut panggilan, aku ambil kesempatan. Melalui bahasa isyarat yang mujur dia faham, ku katakan ingin meninjau2 rumah. Dia mengangguk dan terus bercakap. Aku mengajak Maton ke halaman rumah. Pura2 tekun bekerja, menunjuk itu-ini pada Maton, sampai replika arnab batu pun aku suruh Maton rakamkan. Aduh, nak buat apa ni...tak pernah aku buntu macam ni..

"Ko ni relaks la...pi la borak ngan dia...nanti apa kata dia," amboi pandai plak klon Hafiz ni sound aku. Terkedu aku sekejap tapi aku akui Maton betul, aku harus profesional. Mesti pandai mengasingkan tugas dan emosi.

Semerta aku melangkah dalam rumah dan kebetulan dia selesai bertelefon. Bermula dengan ayat, "Soothing betul rumah u ni...suka i ngan taman Inggeris u tu.." terus sembang tak berenti. Mulut dia macam bertih jagung, aku macam butir peluru machine gun (ada ka?)...hahaha terus jadi akrab pulak. Siap main teka-teka lagu dalam Jangan Lupa Lirik key..dia menyanyi, aku menyambung. Lepas satu topik ke satu topik kami bercerita namun tak pula aku berani menyentuh mengenai bekas kekasihnya yang juga pelakon popular. Sekarang ni dua2 tengah hangat bercinta, lebih baik lenyapkan saja kisah lalu kan?

Sampai la akhirnya, dia mempelawaku menjenguk banglo barunya di sebuah kawasan perumahan elit. Mak ai...cantiknya rumah dia. Melihat dari reka bentuknya, teringat aku rumah agam siri tv Korea Full House tapi kediaman dia ni lagi cantik dan privacy. Ada kolam renang tersembunyi, berdinding kaca, bilik air seluas master bedroom rumah aku, setiap bilik dilengkapi balkoni, lampu candeliar kristal hampir mencecah lantai, halaman luas, pendek kata dia beruntung. "Hasil kerja kuat,"katanya bagai mengerti segala yang bermain di kepala. "Nak duduk dengan sape ni? Tunggu si dia?" giatku... "Harap2 macam tu la,"ujarnya. "Kawen la cepat2, dah ada calon..apa tunggu lagi, jangan diingat yang sudah2," wah pandai aku memberi nasihat. Dia cuma mengangguk dan merenung jauh, teringat kekasih lama kot, kalau tak, takkan le dia terlepas cakap, "I beli rumah ni pun sebab ada alphabet dia." mmmm kantoi...

Itule secebis kisahku hari sabtu lepas. Penat jugak le tapi berbaloi. Sebabnya, aku dapat satu lesson, 'Dont Judge The Book By Its Cover". Pandai gak omputeh menilai dan menelah hidup ek...

Wednesday, August 5, 2009

Mawar Terpinggir

Mawar Terpinggir - Francessca Peters

Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu di dalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar menghilang
Siapa sebenarnya aku padamu
Aku sendiri terkeliru
Kau mengharapkan aku sentiasa mengerti
Terima saja apa yang terjadi

C/o: Diri mawar yang terpinggir
Terkadang dipuja (Ter)kadang tersingkir
Hati disebalik tenangku
Bagai kaca musnah
Terhempas ke batu
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu di dalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar hilang

Ini lagu sedih. Sayu. Gambaran hatiku tika dan saat ini. Sedih bukan kerana cinta kekasih tetapi sayu diri dianaktirikan.

Aku sayangkan dia kerana dia yang melahirkan aku. Walaupun tidak dapatku zahir dan kuucap, tapi hanya Tuhan tahu betapa aku menghargai dia. Kuharapkan dia juga berperasaan yang sama, menyayangi aku kerana aku darah dagingnya. Kalaupun tidak membelai, cukup sekadar bertelefon bertanya khabar. Memadai sekadar berbual kosong, bertukar cerita, bertanyakan perkembangan diri paling tidakpun mengambil tahu kisah peribadiku.

Namun, hubungan kami tidak begitu. Perasaanku sering terbiar sepi. Dia dengan caranya, dan aku membawa haluan sendiri. Boleh kubilang patah perkataan antara ku dan dia. Boleh kukira berapa kali dia menyebut namaku dan aku memanggilnya. Perhubungan ini tidak aneh tetapi pembawaan diri saja yang janggal.

Tidakku ingin membuka kisah luka kerana lirik lagu ini cukup mencerita kan segala. Mimpi aku dan dia tak pernah bersatu. Walau sealiran darah tapi pertalian tidak sampai ke dasar hati. Entah mana silapnya, aku selalu meneguk derita.

Tak usah nak diharapkan kata2 indah dan pujian darinya. Usah bermimpi memeluk dan mencium pipinya. Usah berangan berbaring di ribanya. Semuanya wujud dalam mimpi tetapi tidak pernah mampu dizahirkan.

Entah sampai bila perhubungan ini harus begini. Sampai salah seorang menghembus nafas akhir kemudian merintih dan meratap sesal. Selalu aku ingin mengalah tetapi sebanyak itu juga hati ini menegah. Kerana luka terlalu dalam, kerana hati kerap terhiris. Tuhanku kenapa hidupku tak serupa orang lain? Kenapa takdir tidak selalu manis. Aku tidak mahu menyesal malah aku berterima kasih dilahirkan dia. Di jariku ada dia, bibirku mirip dia, malah ikal rambutku diwarisi daripada dia. Tapi kenapa dia tidak menerima hakikat yang aku ini juga anaknya....Oh Tuhan, bantulah hambaMU ini, tunjukkan jalan buatku. Kasihankan lah aku...